BAB 1

Horror & Thriller Completed 4550

Wanita berjubah putih

Mohd yang bekerja sebagai pekerja kilang melihat kelibat wanita berjubah putih labuh dengan rambut panjang mengurai kira-kira tiga jam selepas berlaku kemalangan yang meragut nyawa dua beranak yang juga jiran hadapan rumahnya.

Dalam kemalangan kira-kira jam 11.40 malam pada bulan Jun lalu di Kilometer 273.9 susur keluar ke Plaza Tol Cheneh itu, seorang peneroka Felda dan anak perempuan sulungnya terbunuh sementara isteri dan anak bongsunya cedera.

“Sejurus mendapat khabar mengenai kemalangan yang menimpa jiran saya bersama abang Mutalib segera bergegas ke Hospital Kemaman di Chukai untuk menziarahi.” Kata Mohd.

“Kami balik ke rumah ikut LPT2, namun di separuh jalan saya nampak satu lembaga wanita yang pakai baju putih labuh dan rambut panjang duduk di atas pengadang jalan di jejambat Lubuk Batu, iaitu lebih kurang lapan kilometer sebelum tempat arwah peneroka itu kemalangan.

“Tapi muka lembaga itu saya tak nampak sebab gelap. Menggeletar badan saya masa itu dan waktu kami lalu di bawahnya ayat-ayat suci al- Quran tak putus-putus saya baca dalam hati. Waktu itu saya sempat toleh ke arah jam dan jarum tunjukkan pukul 3 pagi,” katanya.

Setelah tiba di rumah, Mohd pelik kerana abangnya yang memandu kenderaan mengakui tidak nampak apa-apa sepanjang perjalanan pulang mereka ke rumah.

“Sebelum ini saya cuma dengar cerita orang saja pasal macam-macam kisah mistik sepanjang LPT2 ini. Tapi lepas lihat sendiri, tak tahu nak cerita macam mana perasaan waktu itu,” katanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience