BAB 6

Horror & Thriller Completed 4551

Aziz turut membuka satu lagi cerita hantu di LPT2 iaitu ketika dia bersama rakannya berhenti di RNR Ajil. Menurutnya, ketika itu rakannya menaiki kenderaan bersama isterinya, manakala dia memandu bersendirian.

"Ketika di RNR Ajil, saya nampak isteri kawan saya turun untuk ke tandas dan setelah selesai dia naik semula ke kenderaan dan kami bergerak ke rumah masing-masing."

"Apabila rakannya tiba di rumah di Jerangau Barat, beliau keluar dari kereta, manakala isterinya tidak berganjak dari tempat duduknya.

“Bagaimanapun, dia mendapat panggilan telefon daripada isterinya dan walaupun agak pelik dia mengangkat dan apa yang mengejutkan beliau si isteri sebenarnya masih berada di RNR Ajil."

"Apabila dilihat di dalam kereta, makhluk yang menyerupai isteri kawannya itu sudah tiada dan barulah dia menyedari yang berada di sebelahnya itu bukanlah isterinya," katanya.

Aziz berkata, banyak yang memperkatakan tentang cerita hantu di LPT2 dan RNR Ajil ni termasuk ada yang mendakwa nampak lembaga hitam yang besar di atas jejambat.

Menurutnya, memang perkara mistik tidak boleh diketepikan tetapi dia percaya kebanyakan kes kemalangan maut yang berlaku adalah disebabkan kecuaian sendiri.

"Sebagai pengguna kita perlu lebih berhati-hati dan memandu mengikut had laju supaya tidak berlakunya kemalangan yang meragut nyawa," katanya sebagai penutup perbualan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience