#3 Untungnya Menjadi Si Gemu (Bahagian 1)

Other Completed 2360

Bab 3
Untungnya menjadi si gemuk (Bahagian 1)

Malam tu, kami lepak borak borak santai sambil makan dengan lecturer kami. Pelbagai perkara yang dibualkan. Dari kepada perkara kecil seperti kenapa soalan ujian hari tu susah, kepada perkara pujian seperti kenapa Dr nampak sangat hensem hari ni? Dan ini adalah perbualan kecil yang berlaku antara aku dan salah seorang dari rakan lepak.

"Mikael, kau power matematik kan?"

"Nganjing ke? Ni nak bahan aku la ni?"

"Tak tak. Aku serius. Ok, aku uji dulu. Kalau satu campur satu jawapan dia berapa?"

"Dua"

"Ok, kau lulus. Ini pulak soalan menguji. Satu Lamb Chop campur satu Lamb Chop jawapan dia apa?"

"Dua Lamb Chop"

"Salah!"

"Apsal salah? Habis tu jawapan dia apa?"

"Jawapan dia Seekor Mikael yang gemuk. Kahkahkah! Apa ke bodoh kau ni malam malam henyak dua Lamb Chop"

Wow. Ini kurang ajar. Kalau Ijam ni aku tak kenal, seharusnya aku menumbuk mukanya paling kurang sekali.

"Babi apa Ijam! Ok, aku pun ada soalan Matematik jugak.”

“Ha, bak datang soalannya ke aku cepat!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience