#8 Bowling

Other Completed 2360

Bab 8
Bowling

Hari ini adalah hari Khamis. Kebetulan bowling di pusat membeli-belah ini menawarkan sesuatu yang istimewa. Dengan hanya RM5, kau boleh bermain bowling sebanyak 2 set berserta dengan sewaan kasut. Harga itu terlalu murah dan sangat bangang jika diabaikan. Tambahan pula, aku ni memang kaki bowling. Begitu juga dengan rakan-rakan yang lain. Walaupun tidaklah sehandal mana, tapi cukuplah sekadar untuk saling mengajing antara satu sama lain. Kiranya jumlah bola menuju longkang itu ada, tapi agak sedikit. Mungkin kalau 10 kali baling, 4 darinya memilih longkang.

Selepas dua petempuran hebat seolah-olah melibatkan pemilihan untuk mewakili bumi dalam Kejohanan Bowling Seantaro Galaksi, kami duduk sambil membuka kasut. Aku melihat pada papan markah yang tercatat pada monitor komputer. Bangga sekejap. Yang tidak aku perasan ialah si Azman pun sedang melihat papan markah yang sama. Ini adalah peluang menganjing yang tidak mungkin aku lepaskan.

"Kau tengok la point tu. Aku ni kira kalah la." Ujar aku.

"Kalah? Apa maksud kau Mikael?"

"Kau tengok elok-elok point tu. Aku kalah la kan?"

"Cilakak apa? Kau tengok la point tu. Aku 68. Kau seratus lebih. Macam mana pulak kau yang kalah? Menganjing aku! Menganjing!"

"Eh, betul la. Aku kira kalah la tu."

"Kalah? Kalah apa?"

"KALAHkan kau. Hahahaha!"

"Babi kau. Kau babi Mikael!"

Dan kami pun ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience