#5 Bagaimana Seorang Gadis Masih... (Bahagian 1)

Romance Completed 2395

Bab 5
Bagaimana seorang gadis masih terbercinta dengan seorang lelaki alim? (Bahagian 1)

Yang sorang, nak pergi Konsert pun rasa berdosa. Seolahnya seperti hendak masuk ke neraka percuma.

Yang sorang lagi, kaki mosh. Yang pantang nampak peluang depan mata, pasti menghenyak langkah serupa tidak ada lagi hari esok.

Dan ini kisah yang berlaku semasa Glorious Sessions 2014 tempoh hari.

*******

Aku masih lagi menutup mata, melayan petikan musik yang aku rindu nak dengar live sejak semua indie dah pandai nak masuk mainstream. Dan pada yang tak masuk mainstream, mereka memilih untuk berkubur sambil bertenang-tenang dengan family. Ada juga diantara mereka yang sudah pun memilih kerjaya yang lain. Sayang.

Ketika itu diatas pentas ialah Plague Of Happiness, sebuah band yang lagu dia sedap buat layan hangguk kepala. Jika kau mengaku sebagai penggemar indie tapi haram tak kenal siapa mereka, memang betul punya tak patut.

Kemudian, aku rasa bahu aku diusik. Fokus bertukar.

"Hey, kau tengok tu!" kata Aswad separa menjerit dan aku memaling pandang pada arah jari telunjuk Aswad.

Dan ketika itulah aku nampak seorang gadis mosh yang paling cool pernah aku tengok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience