Bab 4
Untungnya menjadi si gemuk (Bahagian 2)
Aku menarik nafas dahulu sebelum bertanyakan soalan. Ambik moment sekejap supata Ijam tertanya-tanya soalan apa la yang boleh kalahkan soalan Mikael gemuk dia tu.
“Soalan dia aku makan dua keping Lamb Chop, satu jus epal dan segelas ais kosong. Campur harga semuanya, agak agak berapa ringgit yang aku kena keluarkan untuk bayar?"
Ijam ketawa sedikit sambil menepuk meja. Mungkin baginya soalan itu tersangatlah simple. Hatta, budak kecik pun boleh jawab kalau diberikan menu dan sekeping kalkulator. Itulah kesilapan paling besar Ijam.
"Lamb Chop satu RM10. Epal jus sama Ais Kosong. Jawapan dia dalam RM24. Aku konfiden. Tapi apa kena mengena?"
"Sebab dengan jawapan yang kau bagi tu, kita boleh tau siapa yang paling rugi dan bodoh. Kau sekarang makan Nasi Goreng biasa kan? Dengan air suam?"
"Sebab aku nak save duit bengong. Ini kos makanan aku cuma dalam RM5 je. Takkan baru mula sem dah nak habis duit pulak?"
"Ok, ok. Kita tengok siapa yang paling beruntung sekejap lagi," kata aku sambil mengesat mulut dengan tisu.
20 minit lepas tu aku senyum tengok Ijam genggam tangan kuat kuat sebab lecturer yang lepak sekali dengan aku tu decide nak belanja makan satu table.
Biar gemuk tapi bila ada potensi mahu makan percuma, kita tibai dua Lamb Chop.
Kehkehkeh.
Share this novel