Bab 6
"GOOD luck,” ucap Syafiqa lalu membukakan pintu. Umaira menarik nafas cuba mengatur debaran di dada, sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam. Hari ini, dia akan berjumpa dengan calon cina buta yang terakhir sekali. Selama seminggu ini, dia telah mengadakan perjumpaan secara rahsia dengan kesemua calon-calon cina buta yang dipilihnya terlebih awal, namun sayangnya kesemua calon-calon tersebut tidak mampu memenuhi syarat yang telah ditetapkan nya.
Terlihat seorang lelaki muda berpakaian kemas menoleh kerana menyedari akan kedatangannya.
"Hai..." sapa Umaira lalu membuka pelitup muka. Mata lelaki itu terus membulat tidak berkedip memandangnya lalu berdiri pantas. Sedar akan hal itu, Umaira tersenyum nipis. Dia tahu, perasaan lelaki itu sedang bercampur baur ketika ini. Antara terkejut dan juga tidak percaya.
"Yes, it’s me. Syafiq, am I right?" soal Umaira.
"Y… Ye..." jawab Syafiq tergagap.
"Have a sit." Pelawa Umaira lalu dia mengambil tempat di arah bertentangan. Manakala Syafiq pula, kembali melabuh punggung di atas kerusi. Matanya tidak lepas memandang Umaira. Terlalu banyak persoalan yang ingin ditanyakan, tetapi lidahnya terasa kelu.
Umaira menyodor fail hitam di atas meja. “Read.”
Syafiq teragak-agak mengambil fail hitam itu lalu membeleknya. Sementara menunggu Syafiq selesai membaca, Umaira mula menilik wajah lelaki itu. Boleh tahan. Tampan, berkulit cerah, kening lebat, hidung mancung, berkumis dan berjambang nipis dan kemas. Tepat dan memenuhi citarasanya. 100% sama seperti di dalam gambar profil. Tetapi, lelaki ini muda dua tahun darinya.
"Dah baca syarat-syarat tu?" soal Umaira setelah melihat Syafiq menutup fail itu.
Syafiq angguk sekali.
“You setuju dengan semua syarat?”
Syafiq teragak-agak mahu menjawab. “Err… Setuju.”
Umaira terus tersenyum sungging mendengar jawapan itu. Nampaknya, misi pencarian calon cina buta rasmi tamat hari ini. Dia telah pun mendapat calon yang tepat!
"So, what's the main purpose you bersetuju nak jadi cina buta I? Just tell me. No need to hide it,” ujar Umaira ingin tahu. Matanya lurus menatap wajah Syafiq yang kelihatan sedikit gusar itu.
"Err… I perlukan duit untuk menampung kos pengajian I dan juga kos perubatan ayah I yang tengah sakit di kampung. I juga nak tempat tinggal yang lebih selesa memandangkan sekarang I berkongsi satu bilik sewa dengan 4 orang kawan I,” ujar Syafiq, jujur. Umaira terus mengangguk faham. Nampaknya, lelaki ini terdesak atas kesempitan wang.
"So, you nak I tanggung kos pengajian you dan kos perubatan ayah you?" soal Umaira ingin memastikan.
Syafiq terus mengangguk kecil. “Ye, sampai I graduate.”
Umaira terus mengerut kening nipis. Sedikit keliru dengan kata-kata Syafiq itu. “Bila you graduate?”
"Next year.”
Semerta terangkat kening Umaira sejurus mendengar jawapan Syafiq. "Next year? Jadi maksud you, I akan tanggung kos pengajian you dan teruskan perkahwinan tu nanti selama setahun?"
Teragak-agak Syafiq mengangguk.
Umaira terus tersenyum sinis. Jika tadi dia merasa sangat lega kerana dia berjaya mencari calon cina buta yang tepat, tetapi kini rasa lega itu hilang terbang melayang.
"You lupa ke dengan syarat yang I bagi? I cuma nak kahwin selama sebulan je. Lepas tu, cerai. Bukan setahun,” ujar Umaira cuba mengingati.
"Ye, I tahu… tapi… tolong lah. Mungkin permintaan I ni agak keterlaluan, tapi I tak ada pilihan lain. I cuma minta tempoh perkahwinan tu diperpanjangkan sedikit. Pejam celik pejam celik, dah setahun. You jangan risau tentang syarat-syarat you yang lain tu. I akan penuhi. I tak ada masalah langsung. I tak kisah kalau kita tak tinggal serumah atau tak berjumpa sekalipun sepanjang tempoh tu. I juga tak kisah kalau you keluar dengan mana-mana lelaki. I okay je,” ujar Syafiq bersungguh-sungguh.
Umaira mendesis sinis sambil menggeleng perlahan. "You ingat, I ni sugar mummy ke?" perlinya sinis.
Syafiq terus terdiam.
“You kena ingat, Syafiq. I cari cina buta, bukan anak ikan. Kalau pun I nak anak ikan, I takkan setuju dengan permintaan you tu. Sangat tidak adil. Apa yang I dapat, kalau I tanggung you, tapi tak jumpa langsung? Itu ibarat I beri you kemewahan secara percuma, tanpa dapat balasan apa-apa. Kalau begitu caranya, lebih baik I pergi sedekah dekat tahfiz ke, rumah anak-anak yatim ke. Ada jugak hasilnya. Dapat pahala banyak.”
Lagi-lagi Syafiq terbungkam seribu bahasa. Dalam diam, air liur ditelan.
"I think, you misunderstanding here. But nevermind. I do understand, zaman sekarang ni ramai student terdesak sampai sanggup melakukan apa sahaja dengan memilih jalan pintas untuk mendapatkan wang yang lumayan. Semuanya disebabkan kesempitan wang dan tidak berkemampuan tetapi mahu hidup senang dan mewah.”
“Tak. I bukan nak hidup mewah. I cuma…”
“It’s okay, Syafiq. Don't worry…” cantas Umaira kembali sambil tersenyum nipis. Syafiq kembali mengatup mulut.
“You jumpa dengan I ni pun, still beruntung sebab you takkan balik dengan tangan kosong. Tapi, you kena ingat satu je. Kalau I dapat tahu you cuba nak bocorkan tentang perjumpaan rahsia ni, ataupun tentang agreement ni, I takkan teragak-agak saman you. You dah bersetuju dan tandatangan kan?" ujar Umaira sambil menjongket sebelah kening. Syafiq terus mengangguk beberapa kali.
"Okay." Umaira terus sahaja mengeluarkan buku cek lalu menulis di atasnya. Sekeping cek ditolak di atas meja. Setelah itu, dia bangkit dari duduknya.
"Use it wisely,” ujar Umaira lalu beredar dari situ.
Syafiq terkebil-kebil memandang susuk tubuh Umaira menghilang di balik pintu. Dia memandang ke arah sekeping cek diatas meja itu lalu perlahan tangannya terhulur meraihnya.
Membulat matanya apabila disajikan dengan jumlah cek itu. Seluruh jari-jemarinya semerta menggigil ketika ini.
"Ya Allah...”
****
"SO, macam mana? Diam je sejak jumpa lelaki tu," ujar Syafiqa. Mereka kini sudah kembali semula ke pejabat. Umaira yang bersandar di dada kerusi sambil mengurut pelipis, terus menggeleng lemah.
"La, kenapa? Dia minta sesuatu yang kau tak mampu tunaikan ke? Dia nak anak dengan kau macam calon-calon sebelum ni?" teka Syafiqa.
"Tak. Tapi, dia nak kami berkahwin selama setahun sambil menanggung kos pengajian dia dengan perubatan ayah dia sekali,” ujar Umaira.
Membulat mata Syafiqa. "Hah? Dia ingat kau sugar mummy ke?"
"Kind of... tapi, aku tetap bagi dia duit sebab kesian pula aku tengok dia,” ujar Umaira.
"Berapa?"
"100k,” jawab Umaira selamba.
Hampir tersembul keluar mata Syafiqa mendengarnya. “Apa?!” Tubuhnya yang bersandar di dada kerusi, terus duduk menegak.
"Kau gila ke?”
Umaira hanya diam menanggapinya.
“Betul ke, ayah dia sakit? Zaman sekarang ni mana boleh percaya sangat. Baik lelaki, baik perempuan. Ada je cara nak dapatkan duit. Kalau dia tipu, percuma je duit kau tabur macam tu. Dah lah lelaki-lelaki sebelum ni, kau dah bayar 5k setiap seorang untuk tutup mulut,” ujar Syafiqa lalu mengeluh.
"Come on, babe. Anggap je lah aku bersedekah kali ni. Lagipun, aku memang kenal ayah dia. Ayah dia dulu pernah bekerja jadi security outlet ibu dekat Cheras. Tapi, terpaksa berhenti kerja selepas ayah dia jatuh sakit setahun yang lalu. Sakit buah pinggang,” cerita Umaira.
"Oww ye ke?” Syafiqa terus termangut-mangut. “Habis tu, kenapa kau nak juga jumpa dia?"
"Sebab bagi aku, dia adalah pilihan terbaik dari antara yang terbaik calon cina buta yang aku dah pilih. Aku tahu, dia anak yang baik. Aku ingatkan, dia graduate bulan depan, tapi tak sangka dia ada tinggal setahun lagi. It's mean, dia pernah repeat paper atau quit for a while. Cuma, bila dia minta kahwin selama setahun tu, aku memang tak sanggup,” kata Umaira, sedikit kecewa.
“Kalau anak yang baik, dia takkan pilih jalan ni,” gumam Syafiqa, namun jelas dipendengaran Umaira.
“Jadi, kau nak cakap aku yang cari cina buta ni, tak baik jugak lah?” soal Umaira, naik bengang.
“Ha’ah. Terdesak sangat nak kahwin semula dengan bekas suami kau tu, tu lah sanggup buat kerja gila ni,” perli Syafiqa selamba. Umaira terus menjelingnya sebal.
****
UMAIRA tersenyum manis sambil mengangguk nipis apabila isteri-isteri para jemputan yang duduk di meja yang berdekatan menyapa sambil melambai kecil kearah nya. Kalau ikutkan hati, dia sebenarnya malas menghadiri majlis itu. Tetapi, memandangkan dia sudah bersetuju mewakili ibunya, mahu tidak mahu, dia terpaksa akur dan memunculkan diri pada majlis itu. Janji tunjuk muka untuk menghormati tuan majlis. Kerana itu juga, dia memilih untuk bernampilan ringkas tetapi tetap kelihatan elegan. Dress merah berlengan panjang dan separas lutut menjadi pilihan hati.
Sesekali Umaira meliar anak mata memandang suasana majlis gala night yang penuh gilang-gemilang itu. Majlis itu dihadiri oleh lebih dari seribu ahli-ahli perniagaan dan juga kakitangan-kakitangan Rose Golden.
"Weh! Bestnya, gala night ni. Thanks tau, bawa aku sekali,” ujar Syafiqa teruja sambil mencuit lengan Umaira. Senyum di bibirnya tak pernah lekang sejak kaki menapak ke dalam dewan hotel yang megah itu.
“Ramai lelaki-lelaki kaya yang handsome-handsome datang. Dapat lah aku cuci mata. Mana tahu, ada yang menyangkut,” bisik Syafiqa sambil matanya terus meliar kesana sini.
"Hish! Kau ni. Simpan sikit miang kau tu. Jangan terlalu menonjol sangat," bisik Umaira geram lalu mencubit paha Syafiqa.
“Gurau je…” Syafiqa tersengih seperti kerang busuk.
“Ye lah tu,” Umaira menjelingnya sebal.
Sedang asyik memandang sekeliling, mata Umaira terus terhenti pada satu figura yang cukup dikenalinya. Lelaki itu duduk di meja depan bersama dengan seorang wanita muda.
"Abang..." Tanpa sedar, sebaris nama itu meluncur perlahan dari bibir. Entah apakah yang dirasakannya ketika ini. Hatinya bagai dihempap batu besar. Matanya tidak berkedip memandang Zakuan yang sedang gelak sakan berbual bersama dengan wanita yang duduk disebelahnya. Wanita muda itu tidak kurang cantiknya. Dia tidak pernah melihat wanita itu sebelum ini. Siapakah wanita itu? Apa hubungan nya dengan Zakuan?
Namun, cepat-cepat Umaira menggeleng kepala. Dia tidak mahu memikirkan yang bukan-bukan. Mungkin saja, wanita itu saudara, atau teman satu kerja ataupun setiausaha baru bekas suaminya itu. Tetapi yang menjadi persoalannya kini… Bagaimana Zakuan boleh berada disini? Sedangkan majlis itu hanya menjemput ahli-ahli perniagaan yang berjaya. Bukan kah, syarikat lelaki itu menunggu masa untuk di istiharkan muflis?
"Babe!"
Umaira tersentak lalu memandang Syafiqa yang sedang menggoncang lengannya.
"Kau tengok tu!” Syafiqa memuncung mulut ke arah satu tempat.
“Apa?”
“Lelaki tua tu!” ujar Syafiqa penuh keterujaan.
“Lelaki tua?” soal Umaira, tidak mengerti. Bekeriut keningnya disaat itu.
"Kau ingat tak, aku pernah beritahu kau pasal lelaki tua handsome yang duduk di belakang kau masa kita lepak dekat cafe dulu tu? Kau masih ingat tak?" gesa Syafiqa.
Teragak-agak Umaira mengangguk. "Aha.. kenapa?"
"Dia ada dekat sini,” ujar Syafiqa penuh keterujaan.
Terangkat kening Umaira lalu meliar anak mata mencari susuk yang dikatakan itu. “Mana?”
"Tu! Cuba kau tengok meja paling depan sekali tu. Meja nombor satu. Dia duduk dengan VVIP lah. Mesti dia bukan orang biasa-biasa,” bisik Syafiqa. Mata Umaira terus bergerak mencari meja nombor satu.
"Eh! Eh! Tu! Tu! Yang berdiri tu!” Gesa Syafiqa.
Umaira terpaksa memincing anak mata mencari susuk yang berdiri. Masalahnya, bukan seorang dua sahaja yang berdiri ketika itu. Tetapi, ramai.
"Yang mana satu?" soal Umaira sambil mengerut kening. Bingung dia seketika cuba menatap satu-persatu wajah-wajah lelaki yang berdiri sambil berbual-sakan itu. Tiada seorang pun yang kelihatan tampan di matanya. Semuanya sudah berusia.
"Alaaa... Kau lambat lah. Dia yang jalan menuju ke pintu tepi tu. Kalau dia pusing sini kan bagus. Nampak juga muka dia,” rungut Syafiqa terdengar kecewa. Umaira memanjangkan sedikit lehernya. Terlihat tubuh belakang seorang lelaki yang memakai kot hitam sedang berjalan menuju ke salah satu pintu yang terdapat di dalam dewan besar itu.
“Ah, biar lah… belum tiba masanya Tuhan nak suruh aku tengok muka dia,” ujar Umaira acuh tak acuh. Dia kembali menoleh memandang ke arah meja yang diduduki oleh Zakuan. Kali ini, Umaira terpaku apabila Zakuan tiba-tiba menoleh ke arahnya, sekali gus pandangan mereka bertembung. Zakuan agak sedikit terkejut, tetapi perlahan mengukir senyum.
Melihat Zakuan tersenyum, Umaira pantas meraih telefon bimbit di atas meja lalu menatal skrin. Setelah itu, dia kembali memandang Zakuan. Tidak lama, Zakuan mengeluarkan telefon bimbitnya dari saku di dalam kot. Lelaki itu menunduk sambil menatal skrin.
Ting! Telefon Umaira berbunyi. Umaira pantas membuka mesej itu.
'Okay. Let's meet.' Balas Zakuan. Senyuman Umaira terus melebar lalu kembali memandang ke arah Zakuan. Terlihat Zakuan sudah berdiri sambil membetulkan butang kotnya.
****
"ABANG! Sini!" panggil Umaira bersama senyuman ceria apabila melihat Zakuan menoleh ke kiri-kanan mencarinya. Zakuan terus berlari anak menghampirinya.
"Maira..."
"Abang... I miss you..." luah Umaira tanpa segan silu lalu meraih tangan kanan Zakuan.
"Maira... jangan macam ni. Nanti orang tengok,” ucap Zakuan lembut lalu perlahan melepaskan tangan Umaira dari terus menggenggam tangannya, walaupun hakikatnya ingin sahaja dia memeluk tubuh bekas isterinya itu. Dia juga amat merindui wanita itu. Sesekali dia meliar anak mata memandang sekeliling. Takut jika ada orang melintas di kawasan itu.
Umaira terus tarik muka sedih. Dia sedikit terkilan tetapi dia juga mengerti maksud Zakuan.
"Macam mana abang boleh ada dekat event ni?" soal Umaira. Dia tidak mahu terus melayan rasa terkilan nya itu. Berjumpa dengan Zakuan sudah cukup memadai baginya untuk melepaskan rindu. Bukan senang untuknya berjumpa dengan bekas suaminya itu di kawasan umum setelah mereka bercerai. Mereka harus mengelak dari menimbulkan sebarang gosip dan menjaga air muka keluarga masing-masing.
"Abang dijemput,” jawab Zakuan sambil tersenyum.
"Tapi, bukan ke company abang tengah ada masalah sekarang ni?" soal Umaira sedikit hairan.
"Ye. Tapi, dah berjaya diselamatkan atas pertolongan seseorang yang abang kenal. Now, kewangan company abang dah mula stabil," jelas Zakuan.
"Oh, ye ke? Alhamdulillah. Syukur,” ucap Umaira sambil tersenyum lega.
Tiba-tiba, telefon bimbit Zakuan berbunyi. Lantas dia mengeluarkan telefon nya itu dari poket seluar.
"Maira... abang kena masuk dalam. Partner abang dah cari abang,” ujar Zakuan sambil menatap skrin telefon.
"Oh, ye ke?"
"Abang masuk dalam dulu ye. Nanti, kita jumpa lagi,” kata Zakuan ingin beredar dari situ.
"Okay,” jawab Umaira dengan senyuman hambar.
“Take care.” Zakuan pun mengatur langkah pergi tanpa menoleh memandang Umaira yang masih berdiri tercegat disitu. Sesekali lelaki itu berlari anak meninggalkan nya.
Umaira menghela nafas berat. Berat rasa hati ingin melepaskan Zakuan pergi. Baru sebentar bersua muka untuk melepaskan rasa rindu yang ditanggung selama ini. Kini, rindu itu kembali bertandang. Bila kah masanya mereka akan bertemu lagi dan bersatu kembali? Ya Allah...
Umaira menyeka airmata yang mula menitis ke pipi.
****
"WAIT! Wait! Wait!" Umaira bergegas ingin menghalang pintu lif dari tertutup. Lelaki yang berada di dalam lif itu, terus menekan punat agar pintu lif kembali terbuka.
"Thanks!" Umaira terus melangkah masuk ke dalam kotak lif. Namun malang tidak berbau, apabila dia tersalah langkah menyebabkan dia hilang keseimbangan badan.
"Aargh!" Umaira terpelicuk lalu jatuh melutut.
"Aduh!" Umaira menggosok lututnya. Ah! Malunya! Dia cuba sedaya upaya untuk membangunkan diri namun pergelangan kakinya terasa begitu sakit. Dia perlahan mendongak memandang lelaki yang berdiri di depannya itu, berharap lelaki itu akan membantunya.
Namun… Zap!
Mata Umaira melotot sempurna. Alamak! Orang tua ni lagi! Lelaki yang berdiri di depan nya itu hanya menunduk memandangnya dengan pandangan kosong. Kedua tangannya pula masih di dalam saku seluar. Tiada tanda-tanda ingin membantunya sama sekali.
"Shit! Shit! Shit!” Umaira menyumpah di dalam hati. Dia pantas menunduk lalu mengetap bibir. Terpejam matanya buat beberapa saat menahan rasa malu dan sakit.
Tidak mahu membuang masa dan terus menimba lebih banyak rasa malu di depan lelaki itu, Umaira berusaha berdiri sambil memegang rail besi di dalam kotak lif itu.
“Memang betul-betul sombong orang tua ni!” Sempat lagi Umaira menggetus di dalam hati. Setelah dia dapat berdiri dengan tegak, dia terus menekan punat lif. Pintu lif pun terus tertutup rapat.
Sepanjang menunggu lif itu berhenti di lantai bawah, Umaira tidak henti-henti mengutuk diri sendiri. Dia membelakangi lelaki itu dengan memandang dinding lif sambil mengetap bibir. Rasa malunya tika ini sudah mencecah ubun-ubun. Merah padam seluruh wajahnya. Hangat membahang sehingga kedua daun telinganya terasa terbakar.
“Mesti dia gelakkan aku dalam hati sekarang ni. Aargghh!" kutuk Umaira tak sudah-sudah di dalam hati. “Tapi, apa orang tua ni buat dekat sini? Dia…”
Ting!
Pintu lif terbuka luas. Umaira terngadah dari melayan perasaan. Lelaki itu terus melangkah keluar tanpa mempedulikannya.
“Ground floor juga ke orang tua ni?” desis Umaira di dalam hati. Dia mula melangkah keluar dari lif namun baru setapak kakinya mencecah lantai, kesakitan di pergelangan kaki kanan nya kembali menyengat.
"Aargh!" Umaira terus terduduk di depan pintu lif lalu memegang kakinya.
"Aduh...." Umaira menyeringai kesakitan sambil mengusap buku lali kakinya itu.
"Awak boleh berdiri ke, tak?" Umaira tersentak lalu mendongak. Terlihat lelaki itu sedang berdiri menunduk memandangnya.
"Boleh,” ujar Umaira penuh yakin walaupun dia dapat merasakan dia tidak mampu berdiri apatah lagi berjalan. Oleh kerana tidak mahu menambah malu lagi, dia cuba menggagahkan diri untuk berdiri namun kesakitan itu tidak dapat dibendung lagi. Umaira kembali terduduk.
"Aduh!" Kaki kembali dipegang.
Lelaki itu terus mendesis sinis sambil menggeleng kecil.
"Aargh!" Umaira terjerit kecil apabila tiba-tiba tubuhnya seperti melayang ke udara. Dengan sekali sauk sahaja, tubuh Umaira selamat dicempung. Automatis kedua tangan Umaira memeluk leher lelaki itu.
"Pa...pak cik! Turun kan saya. Sa...saya boleh berjalan sendiri,” pinta Umaira mula gelabah. Dia menggeliat tubuh ingin diturunkan. Namun, lelaki itu langsung tidak mengendahkan nya sama sekali. Lelaki itu malah membuka langkah luas membawanya menuju ke satu sofa yang terletak di ruang lounge hotel itu.
Ya, Tuhan! Malunya setengah mati. Umaira hanya mampu mengemam bibir. Entah mengapa, lidahnya jadi kelu, jantungnya terasa mahu tercabut di saat ini. Seolah-olah aura lelaki itu terlalu kuat untuknya tangani sehingga dia membiarkan sahaja tubuhnya dibawa pergi oleh lelaki itu. Ditambah lagi dengan bau wangi yang sangat maskulin terbit dari tubuh lelaki itu membuat Umaira semakin lemas. Sempat lagi, dia menilik wajah lelaki itu dari arah sisi.
Beberapa orang yang berada disitu terus menoleh memandang ke arah mereka. Pasti kehairanan melihat dirinya dicempung oleh lelaki asing. Semakin naik merona kedua belah pipi Umaira di saat ini. Mudahan saja tiada yang mengambil gambar mereka secara sembunyi. Jika tidak, esok pagi pasti riuh satu Malaysia.
Terasa waktu berjalan dengan begitu pantas sehingga Umaira tidak sedar tubuhnya sudah pun selamat mendarat di atas sofa oleh lelaki itu dengan penuh berhati-hati.
"Terima kasih, pak cik,” ucap Umaira menahan malu. Posisi duduk diperbetulkan untuk mencari keselesaan. Lelaki itu tetap diam lalu dengan selamba bertinggung di depannya.
Tanpa meminta izin terlebih dahulu, kaki Umaira diangkat sedikit. Umaira terkejut dengan tindakan lelaki itu.
"Err... pakcik nak buat apa ni?" soal Umaira dengan kedua tangannya cuba menghalang lelaki itu dari terus membuka kasut bertumit tingginya. Ini pertama kali kakinya disentuh oleh lelaki.
Lelaki itu langsung tidak menghiraukan nya. Tangannya masih sahaja memegang kaki Umaira. Dia menoleh ke arah kaunter penyambut tetamu hotel itu.
"Mirul, come here."
Umaira sedikit tercengang apabila lelaki itu tahu akan nama penyambut tetamu disana. Bagaimana boleh dia tahu? Ah! Mungkin sahaja dia tahu dari melihat name tag yang melekat di baju seragam penyambut tetamu itu.
"Ye, tuan..."
"Ambilkan ice pack dengan first aid box bawa kesini,” arah lelaki itu.
"Baik, tuan."
"Eh! Tak payah lah pak cik. Nanti, okay lah kaki saya ni. Sakit sikit je ni,” celah Umaira mula merasa segan. Lelaki itu kembali membelek kaki Umaira dengan perlahan.
"Jangan nak mengada. Kaki awak dah bengkak ni,” ujarnya. Umaira terus tergamam. Mengada? Dia kata, aku mengada?
Tidak lama, Mirul muncul dengan membawa kotak kecemasan dengan satu ice pack.
"Ni dia, tuan,” ujar Mirul. Lelaki itu terus menyambut kotak kecemasan dan ice pack itu lalu di letakkan di atas meja.
"Ada apa-apa lagi, tuan?" Soal Mirul penuh sopan.
"Tak ada. Thanks.”
Mirul pun mengangguk lalu kembali semula ke kaunter penyambut tetamu.
Umaira tersentak apabila ice pack melekap di kakinya. Dia pantas menunduk lalu mengemam bibir menahan rasa sejuk yang membeku itu. Entah mengapa, dia membiarkan sahaja lelaki itu menyentuh dan merawat kakinya.
"Kenapa awak tak call saya? Saya tunggu awak sampai ke hari ni, tapi awak langsung tak call saya. How about your car?” soal lelaki itu tiba-tiba. Umaira yang sudah asyik merenung wajah lelaki itu, terus terkesima. Mujur sahaja, lelaki itu tidak mendongak memandangnya. Kalau tidak, pasti tertangkap bahwa dirinya merenung wajah lelaki itu dalam diam.
"It’s okay. Saya tak nak menyusahkan pak cik. Saya takut, pak cik terjatuh miskin lah pula nanti kalau repair kereta saya tu. Kan, pak cik juga yang kata, sikit je kemek dia." Tanpa sedar, Umaira memperli lelaki itu.
Lelaki itu terus tersenyum sinis lalu mendongak. Umaira terpegun seketika. Dia tidak menyangka lelaki itu memiliki senyuman yang sangat... mempesonakan.
Mata Umaira langsung tidak berkedip.
"Awak masih panggil saya pak cik?" soal lelaki itu lalu kembali menunduk menekap ice pack di kaki Umaira.
"Err..." Umaira kehilangan kata-kata. Hendak kata lelaki ini tua, agak keterlaluan juga. Apatah lagi, lelaki itu sedang membantunya merawat kaki. Hendak mengatakan rambut sudah beruban, masalahnya sekarang rambut lelaki itu kelihatan gelap. Mungkin sahaja lelaki itu sudah mewarna rambutnya agar kelihatan muda dan segak. Ah! Serba salah dibuatnya.
"Saya hairan dengan wanita zaman sekarang. Disebabkan ingin menarik perhatian lelaki, mereka sanggup menyakitkan diri sendiri asalkan nak nampak cantik. Sanggup pakai high heel 4 inci macam ni. Dah nanti bila lelaki cuba nak dekat, kata lelaki miang,” ujar lelaki itu tiba-tiba.
Umaira terus ternganga mulut. "Apa maksud pakcik?" soalnya mula tidak senang dengan kata-kata itu. Seolah-olah kata-kata itu ditujukan khas buat dirinya.
"As you can see now. Disebabkan nak nampak cantik, awak sanggup ambil risiko pakai high heel walau pun dah tahu awak akan terpelicuk bila-bila masa je,” ujar lelaki itu berterus-terang. Umaira terus mengetap bibir geram.
"Pak cik ingat, model Victoria Secret yang runaway atas stage tu tak pernah terpelicuk ke?"
Lelaki itu hanya menyungging senyum.
"Ini semua Qada dan Qadar. Dah memang saya akan terpelicuk, terima je lah dengan hati redha,” ujar Umaira lagi. Lelaki itu terus tertawa kecil.
"Pak cik buat apa dekat sini? Pak cik check in sini ke?" soal Umaira sambil memandang lelaki itu mula membalut kakinya dengan bandage.
"Nope. Saya attend event. Awak pula buat apa dekat sini?" soal lelaki itu kembali.
"Maksud pak cik... Rose Golden gala night?" soal Umaira.
"Yup. Awak attend event yang sama ke?" soal lelaki itu, sekilas mendongak.
"Ye. Pak cik ni siapa?" soal Umaira ingin tahu.
Lelaki itu terus mengerut kening, hairan. "Awak tak tengok kad saya ke?"
Umaira terus terkedu. Dia terlupa, dia sudah membuang kad lelaki itu tempoh hari.
"Err... lupa." Bohong Umaira lalu berdehem sekali.
"Awak boleh panggil saya, Redza.”
Belum pun sempat Umaira bertanya, lelaki itu kembali bersuara. “Okay, all done." Kaki Umaira perlahan diletakkan di atas lantai. Setelah itu, dia berdiri lalu menyeluk kedua tangannya ke dalam poket seluar sambil menatap wajah Umaira.
"Nama pakcik, Redza?" soal Umaira sambil mendongak.
"Ye, Syed Redza Syed Lukman."
Degh! Umaira terpempan. Ternganga mulutnya dengan mata tidak berkedip.
“Syed Redza Syed Lukman?”
Syed Redza hanya tersenyum nipis lalu beredar dari situ.
"Oh my god..." Umaira terus menekup mulut yang ternganga luas itu. Matanya tidak lepas merenung tubuh belakang Syed Redza dengan rasa tidak percaya.
"Aduh… Macam mana ni, ibu? Apa aku nak buat sekarang ni?"
Share this novel
update please