Rate

Bab 1

Action Series 4884

Erina berjalan keluar dari kelas sambil membawa sebakul makanan yang dipegangnya , bekal itu untuk kekasihnya Tengku Rykal Zafuan . Dia memasuki kereta kancilnya lalu bergerak menuju ke rumah Tengku Rykal Zafuan .

Sampai sahaja dia di tempat yang dituju , dia tidak melihat kelibat kekasihnya , lantas Erina bertanya kepada seorang wanita yang sedikit
berumur , namanya Melissa . Melissa ialah pembantu rumah yang sudah bertahun
bekerja dengan Tengku Rykal .

"um mak cik , Rykal pergi mana?" Tanya Erina .
"oh Tengku Rykal kata dia nak keluar dengan kawan sebab ada urusan tapi tak pasti kat mana"
Erina yang mendengar jawapan dari Melissa , menganggukkan kepalanya sambil matanya melihat disekeliling rumah

"Erina buat apa datang sini?"
"oh tak de lah cuma nak hantar makanan untuk Rykal je"
"umm kalau tak bagi saya je lah nanti kalau Tengku Rykal dah balik saya bagi kat dia" Kata Melissa dengan lembut.
"Boleh je" , Erina memberikan bekal yang berisi makanan itu kepada Melissa dan berlalu pergi.

Sebelum pulang ke rumah , Erina singgah ke sebuah cafe untuk membeli minuman .
Erina seperti melihat sosok seorang lelaki dan seorang perempuan pada kedudukan yang jauh.

Dia menyadari bahawa lelaki itu adalah kekasihnya sendiri , Erina pantas mendekati mereka.

"Oh jadi kat sini lah kau ye..?" Kata Erina dengan nada yang menahan geram . Tengku Rykal terkejut dengan keberadaan Erina di cafe itu .

"Biy siapa dia nie?" tanya seorang perempuan jalang . Amarah Erina makin membuak mendengar panggilan dari perempuan jalang itu kepada kekasihnya.

"Y-you buat apa kat sini?" Tengku Rykal berdiri di hadapan Erina , "aku yang patut tanya kau , kau buat apa kat sini?!" .
Erina memandang Tengku Rykal dengan pandangan yang tajam , Tengku Rykal tersenyum kecil , "You salah faham nie" , Tengku Rykal mencuba untuk menenangkan Erina .
"Salah faham apa ! " Kata Erina dengan air mata yang sudah membasahi pipinya . "Look i boleh explain semua ni" . "Explain apa!....dah tak de apa lagi kau nak explain semua dah terjadi depan mata aku !" . Perempuan jalang itu berdiri disebelah Tengku Rykal lalu memeluk tangannya dengan erat . "Ni siapa!...aku tanya ni siapa!"
Erina tidak kisah lagi orang lain melihat ke arah mereka . "Hai I'm Analia Anderson...gf Tengku Rykal" . Analia menghulurkan tangannya tapi pantas sahaja di tepis oleh Erina
"Aku penat dengan kelakuan kau Rykal"
Erina pergi meninggalkan cafe itu dengan hati yang kecewa .
Erina berjalan menuju ke keretanya , dia menangis hingga hujan pun dihiraukannya . Erina meletakkan keretanya agak jauh , jadi dia perlu menyeberangi jalan . Sebuah kereta nyaris terlanggar Erina tetapi mujurlah ada seorang jejaka yang menyelamatkanya .

"Awak nak bunuh diri ke?" , Erina termenung seketika lalu melihat tepat ke arah wajah jejaka itu , "Bf saya curang dengan saya..saya dah tak tahu nak buat cam mana lagi" keluh Erina .
"kalau cam tu awak jadi baby sugar saya je lah nak tak?" Erina memandang jejaka itu dengan wajahnya yang agak terkejut . "Kau gila ke?....dah makan ubat ke?" , "Kalau awak jadi baby sugar saya , saya akan bagi awak berjuta juta duit , itu pun kalau awak nak.." .

"Hello , aku perempuan yang ada maruah tahu , and lagi satu kenapa kau nak aku jadi baby sugar kau..?" , "untuk mengelakkan dari dikejar perempuan" , Meluat Erina mendengarnya . "Eish dah lah buang masa aku je cakap dengan kau nie" omel Erina .
Erina yang ingin pergi pantas dipegang tangannya oleh jejaka itu , tangan Erina dipegang erat . "Eis lepas kan lah.. " Erina mencuba untuk melepaskan tangannya dari jejaka itu . "Kejap lah saya nak kenal awak je" . Erina menjelingkan matanya , "I"m Nur Erina Adrianna"
"I'm Tengku Putera Hadi Mahendra" .
"Saya panggil Hadi je lah lagi pun nama awak tu panjang" , "Boleh je...kalau awak nak panggil sayang pun boleh"
"Eish dah lah saya nak balik bye " , "Eh tunggu!"
Erina memusingkan badannya , "Apa lagi"
"Nah ni nombor saya kalau ada apa-apa call lah okay?" , "Ugh fine" . Erina mengambil kad yang berada di tangan Tengku Hadi . "Bye baby girl" Tengku Hadi mengenyitkan matanya kepada Erina , "dasar playboy" omel Erina .

Semasa dalam perjalanan pulang , Erina terfikir tentang tawaran yang diberikan oleh Tengku Hadi . Erina sangat memerlukan duit untuk membayar bill pembedahan ayahnya .

Sorry kalau tak best , i tried :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience