Rate

Bab 4

Action Series 4884

Di tempat kerja

"Fuhh penatnya...hmm apa kata ajak Erina keluar lah" , Tengku Hadi mengambil telefon bimbitnya lalu menghubungi Erina dengan harap Erina membalasnya .

Erina yang sedang tidur , terbangun kerana telefon bimbitnya berbunyi , pantas dia menjawap .

"Hello?..." , "hello baby girl , hari ni awak free tak?..." , "free je kenapa?..." , "ouh kalau macam tu jom jalan-jalan " , "boleh je lagi pun aku bosan lah duduk rumah tak de apa nak buat" , "okay awak cepat-cepat bersiap saya jemput awak okay?..." , "okay" .

Erina meletakkan kembali telefon bimbitnya , dia bangun dari tempat tidurnya dan mengambil tuala mandi lalu membersihkan diri .
Selesai sahaja mandi , dia bersiap-siap untuk berangkat tetapi , Erina lupa bahawa jam 9:30 ini dia perlu mengahdiri program sekolah adiknya . Dia menghubungi kembali Tengku Hadi .
"Hello Hadi..aku lupa nak bagitahu kau hari ni adik aku ada program kat sekolah aku kena datang..kau nak ikut tak?..." , "boleh saya okay je" .

Tengku Hadi memasuki keretanya lalu memutarkan stereng kereta dan bergerak menuju ke rumah Erina untuk menjemputnya .

"Ninie dah siap ke?.." , "dah" , "haa jom lah nanti lambat pula...kawan akak dah tunggu tu " , "okay jom". Erina dan Annie pantas memasuki kereta Tengku Hadi .

Mereka berjalan dari rumah ke sekolah , suasana pada pagi itu sangat menyegarkan bagi Erina . Setelah sampai ke sekolah , mereka keluar dari kereta lalu menuju ke dewan . Tengku Hadi yang memasuki sekolah itu membuatkan ramai pelajar perempuan terpikat dengannya . "Wei hensemnya lelaki tu " kata seorang pelajat perempuan kepada kawannya , "eh haah lah" . Mereka berdua termasuk juga pelajar lain tidak berhenti melihat ke arah Tengku Hadi .

Erina dan Tengku Hadi duduk di kerusi , "awak pun dulu sekolah kat sini ke?.." tanya Tengku Hadi sambil melihat sekeliling sekolah . "haah rindu zaman remaja dulu " , " saya rasa , saya pun pernah sekolah kat sini tapi tak lama sekejap je lepas tu pindah ke sekolah lain sebab daddy ada urusan kerja " , " ouh " .

Selesai program di sekolah , mereka menghantar Annie pulang . Tengku Hadi membawa Erina ke sebuah pantai yang tidak ramai orang berkunjung , Tengku Hadi sengaja membuat seperti itu kerana dia hanya mahu berdua sahaja dengan Erina .

"Tenangnya kat sini" kata Erina . Muka Erina ditiup halus oleh angin , Tengku Hadi memandang wajah Erina . "kau kenapa pandang-pandang aku " , "tak de apa muka awak comel " , "ugh " .

"Erina " , " ye " , "boleh tak awak stop jadi sugar baby saya.." , "kenapa?..." , "sebab saya nak halalkan awak , saya dah mula suka kat awak" , "kau jangan main-main " , "tak saya serious" , "hmm tengok lah macam mana " , "apa kata bulan depan kita tunang" , "kau gila ke awal sangat tu " , "biar lah , nanti saya minta restu umi dengan daddy dan ibu ayah awak..." , "aku tak kisah pun Hadi kalau kau nak halalkan aku , yang penting aku boleh harapkan kau " , "Jadi awak terima lah ni?..." , "haah" . Gembira hati Tengku Hadi mendengar jawapan dari Erina mahu sahaja dia bersorak .

Mereka meluangkan masa bersama-sama , berjalan di tepi pantai sambil meluahkan prasaan masing-masing .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience