Series
4908
Bab 3
Benar. Ada sesuatu yang tak kena. Hawa rasa diikuti. Tapi siapa? Dia menoleh ke belakang tapi tiada sesiapa. Laju kaki dibawa melangkah ingin segera ke kereta yang menjemputnya.
Harini dia pulang lambat kerana ada kelas tambahan. Selepas tamat kelas, dia diminta guru untuk bawakan kertas soalan ke bilik guru. Suasana dalam sekolah sangat sunyi.
Hatinya berdebar-debar. Sesuatu yang buruk akan berlaku? Benar kah? Hazim tak puas hati dengan aku ke? Logik juga.
Hawa melajukan langkah tapi tak semena tangannya ditarik seseorang. Terus hidung ditekup dengan sesuatu. Tubuh Hawa jatuh melorot. Mawar melopong melihat kejadian itu.
Ottokeii ! Anybody please help us !!!
MAWAR gelisah melihat keadaan Hawa yang masih tidak sedarkan diri. Kereta dipandu laju. Aku patut buat apa ni? Pipi Hawa ditepuk berkali-kali minta dia sedar. Selamatkan diri kau Hawa! Kita lompat dari kereta ni sebelum tiba di markas mereka. Bangun Hawa, bangun! Kau mengantuk sangat ke? Woii bangun lah woii! Kau nak mati macam aku ke? Woi bangun! Eh bodoh, bangun lah. Bangun la woi!
Kenderaan berhenti. Dah sampai ke? Muka Mawar berubah pucat. Kenapa rasa macam dejavu?
Hawa masih pengsan tak sedarkan diri. Tubuhnya digendong di atas bahu seorang lelaki memasuki sebuah bangunan lama yang masih utuh tidak terbengkalai. Tubuh Hawa diletakkan di atas sebuah katil dan bilik itu siap dikunci kembali.
Mawar tak senang duduk. Dia mundar-mandir membilang detik.
Apa lelaki tu nak buat? Nak bunuh Hawa ke? Nak rogol? Nak jual organ? Ke nak buat bini?
Alamak.. Apa patut aku buat?
Ok biar aku check kawasan dulu. Kau tunggu jap Hawa. Aku cari tahu kenapa dia culik kau. Mawar menghilang mencari asbab. Oh ya! Beritahu Ibu Sarah dulu!
****
Sarah di dapur sedang tenang menyiapkan juadah makan petang untuk keluarganya. Menunggu anak-anak pulang dari sekolah dan riadah. Tenang dia siapkan kek carrot yang diorder oleh si anak dara. Siapa lagi kalau bukan Hawa Najwa. Ni kek kegemarannya.
Siap! Baru nak berlalu ke ruang makan, cawan yang elok terletak tiba-tiba jatuh terhempas. Berderai. Sarah pandang sekeliling. Tiada angin tiada ribut, terjatuh.
Hati yang senang tadi tiba-tiba rasa tak sedap. Sekali lagi cawan jatuh, pecah. Sekali mungkin tiada apa, tapi sampai dua kali?
”Mawar, is that you?”
Pecah lagi.
”Kenapa pecahkan? Hawa mana?”
Pranggg. Pecah lagi. Lagi dan lagi. Kemudian diam. Baik Sarah dan Mawar keduanya diam. Mawar beredar dari situ setelah yakin Ibu Sarah faham tentang amarannya. Sarah diam tak tahu nak buat apa. Dia kaku di situ. Masih cuba untuk percaya segalanya baik-baik sahaja. Jep yang datang menjenguk isterinya tatkala terdengar bunyi pecah di dapur, terkaku melihat si isteri statik tidak bergerak, dengan kaca yang penuh di lantai.
”Sayang? Are you okey?”
”Jep.. Hawa..”
****
Berita penculikan Hawa Najwa menjadi hangat diperkatakan di Malaysia. Sekejap je berita tersebar. Semestinya Jep dan Sarah tak duduk tenang. Memikirkan keadaan dan nasib si anak gadis.
Katakan sahaja wang tebusannya, Jep akan bayar. Hanya satu pintanya. Hawa jangan diapa-apakan. Kau berani sentuh walau hujung rambut anak aku sahaja, siap aku kerjakan!
"Ibu.. kita ni kaya sangat ke? Kenapa diaorang culik kakak?"
Orang lain sibuk fikir pasal keselamatan Hawa, si Jebat sibuk pertikaikan itu ini. Otak dia dari tadi tak henti berfikir. Motif nak culik Kak Hawa? Bukan senang nak jaga minah tu. Baik culik Teja, senang sikit nak handle.
"Kalau Kak Hawa kena culik, Mawar pun diorang ambil sekali ke?" Anak itu tak habis-habis berfikir.
"Kenapa rasa macam tak suspen pun ek?"
"Kau takut tak Tuah?" Dia pandang abang kembarnya pula.
"Tak takut kan? Rasa macam Kak Hawa pergi rombongan sekolah je. Esok lusa balik lah tu." Sambung Jebat lagi.
Tuah tercengang. Jebat boleh santai? Kau boleh diam tak? Jangan nak menceceh yang tidak-tidak. Tak ibu yang bagi kau backhand, aku yang bagi. Tak sempat dia bagi, si ibu dah berubah wajah.
Sarah bengang mulut itu bikin semak, dihalaunya dua beradik itu masuk bilik masing-masing. Sibuk nak menyibuk bila orang-orang tua berbincang. Sudah lah tak membantu langsung.
Jebat angkat bahu dan terus masuk bilik diikuti Tuah yang sakit hati dengan perangai kembarnya. Tak pasal-pasal aku tak boleh menyibuk sekali. Kau punya mulut, aku sekali kena masuk bilik. Bengang je dia. Tuah pandang Jebat tak puas hati.
"Apa? Aku cakap benda yang dalam kepala otak aku saja. Tu pun salah ke? "
"Hak kebebasan bersuara kau dah sekat hak kebebasan menyibuk aku. Tau tak?"
"Eeww pakcik bawang." Jelingnya pada si abang.
Kau ni memang nak kena lah..
”Jebat! Tuah! Ke sini semula! Baba nak tanya.” Yes! Laju Tuah berlari mendapatkan Baba. Baba I’m coming! Thank you for calling me! Yes dapat menyibuk! Seronok betul hatinya.
”Cakap dengan baba dan ibu betul-betul. Kamu berdua tak ada kena mengena dengan kehilangan kakak kan? Bukan kamu berdua punya akal kan? Cakap. Tolong jujur dengan kami. Ini tentang keselamatan kakak kamu. Jangan menipu. Baba takkan marah kalau kamu jujur. Nothing to hide if you’re doing something wrong.”
Macam nak tercekik Tuah. Air liur ditelan kesat. Memandang si kembar. Kau punya plan ke? Dia pandang Jebat tak percaya dengan mata terjegil.
”Apa pandang aku? Aku tak buat apa-apa kat kakak.” Lega Tuah mendengarnya. Bukan boleh percaya sangat kembar dia ni. Banyak masanya menjadi malaun sesat, asyik nak menyakat si kakak je kerjanya.
”Kami tak terlibat baba. Sumpah kali ni bukan kami punya perangai. Kami tak sorokkan atau ikat kakak kat mana-mana.” Laju Tuah dan Jebat bersumpah sambil angkat tangan.
Jep angguk puas hati. Memang sah ada yang berniat jahat pada anaknya atau pada keluarganya.
”Tuan ada musuh?” Pertanyaan dari pegawai polis itu dibalas dengan gelengan oleh Jep. Sejujurnya dia tak tahu. Orang business macam dia kadang ramai musuh dalam selimut. Tapi kenapa Hawa Najwa? Sebab anaknya yang seorang itu tak suka bergaul dengan orang ke? Sebab anaknya itu pendiam? Jadi dia la target yang paling mudah?
Segala-galanya bermain di fikiran Jep Zafrel. Ya Allah bantu aku Allah. Kasihani lah anakku. Sekarang sudah malam. Anakku perempuan, pasti Hawa Najwa sedang ketakutan sekarang ini Ya Allah. Jika kau tak berikan kebebasan padanya sekarang, kau peliharalah diri anakku walau di mana pun dia berada sekarang. Jep susah hati. Begitu juga dengan Sarah. Isterinya hanya diam dari tadi.
Diam Sarah jangan disangka tenang. Bila-bila masa dia boleh melantun dengan unexpected action. Jep takut jika tiba-tiba isteriya jadi special agent sekejap lagi. Tak pasal-pasal malam ni mereka anak beranak ada ‘Opss selamatkan Hawa Najwa’. Dipandang pula kedua anak jantannya. Si Tuah dan Jebat ni pun bukan boleh lepa sangat. Pantang diajak je mereka berdua tu. Silap-silap si Teja pun sama naik. Ya Allah jauhkan lah idea misi menyelamat itu dari benak fikiran setiap ahli keluargaku. Aaminnn.
Tolong Ya Allah.. kawal minda mereka, biarkan pihak polis sahaja yang turun padang. Jangan mereka Ya Allah.
**
Mawar cemas. Bangun lah Hawa! Kau nak tidur sampai bila? Mamat ni misteri tau. Aku tak dapat sebarang maklumat. Dia duduk termenung je dari tadi. Bangun lah minah! Ada mati juga kau ni karang.
Tak dapat nak tampar muka cantik Hawa, dia tiup muka Hawa berkali-kali. Bangun lah Senah! Aku kahakkan muka kau karang! Dia sambung tiup lagi dan lagi.
Hawa berkerut. Bau apa macam bangkai ni?
”Akhirnya bangun juga si Sleeping Beauty kita. Tahu tak kau dah tidur berapa lama?”
Hawa pegang kepalanya. Pening. Mata dicelik kecil. Kat mana ni?
”Aku kat mana?”
Surprise! Anda diculik. Mawar ceritakan segalanya tentang faktor keselamatan dan berapa orang yang terlibat.
Lahhh kena culik ke?
Hawa lepas nafas. Kena culik pun tak terasa cemas bila ada minah busybody ni. Tubuh kembali direbahkan di atas katil.
"Ewah! Macam menikmati hidup je gaya kau? Kau diculik tau, bukan dijemput pergi holiday."
"Ada kau, tak ada apa yang aku bimbangkan. They just need the money." Balas Hawa yakin.
Boring! Hidup terlalu boring! Expected semuanya. Ingatkan kalau diculik dia boleh rasa takut dan gementar yang luar biasa, tapi rasanya macam tidak. I feel nothing!
Hawa mengeluh. Situasi yang sepatutnya menakutkan tak jadi takut bila adanya Mawar bersama. Dia marah Mawar sebab campur urusan dunia orang yang masih hidup.
Mawar geleng kepala. Tak sempat nak buat terasa hati bila fahaman Hawa hari ini tersasar. This is not as simple as you think. Kau dalam masalah besar. He is Jep Zafrel 2.0.
”Apa maksud kau?”
"Sorry kawan. Hari ni kau kena cemas. I know nothing about him. Aku rasa aku tak suka dia. Aku tak boleh dekat dengan dia. Kau patut rasa takut.”
“Bapak kau.. versi baik. Dia?? Aku tak tahu.”
*****
Share this novel