Bab 1- Hawa Najwa

Romance Series 4908

Bab 1

"Kak Hawa Nafsu!"

Hawa lepas keluhan. Dia pandang wajah si adik yang menjengkelkan. Nama aku punya lah elok, hawa nafsu juga yang selalu dia panggil! Bikin menyirap darah betul si dua ketul ini.

Hawa naikkan tangan ingin disengkeh dua kembar itu. Nakal tak kenal tempat. Bukannya takut diligan si kakak, malah mereka ketawa riang lagi dapat sakat si kakak. Sabar je lah aku ni dapat adik beradik perangai sakai!

"Jebat, Tuah.. jangan panggil kakak macam tu. Ibu sebat korang karang. Cepat angkat barang masuk rumah!"

"Baik ibu, kami yang menurut perintah." Tunduk kepala siap dua beradik itu. Sarah Hayla menggeleng sahaja perhatikan dua orang 'Hang' itu punya perangai. Menguji!

"Kenapa yang? "

"Anak kau punya perangai boleh buat kepala aku makin banyak tumbuh uban." Wajah Jep yang terpinga dijeling tak puas hati.

Eh.. apa lagi masalah kali ni? Kalau dah bininya beraku kau bukan petanda yang baik.

"Sampai bila anak kau nak panggil anak aku dengan gelaran yang bukan-bukan? "

"Panggil apa pula? "

"Dia panggil anak sulung aku Hawa Nafsu tahu tak? Elok-elok namanya Hawa Najwa, dapat kat anak kau, bernafsu-nafsu dinamakan anak perempuan aku. Pula tu selamba je dia panggil Kak Hawa Nafsu. Eh sakit lah hati aku. Kau gelak dah kenapa? Jep!!!"

Jerit Sarah sakit hati bila Jep dah terlebih dahulu lepas gelak. Apa yang lawak? Pinggang dicekak.

Jep tarik Sarah masuk dalam pelukannya. Tak mahu Sarah larut dengan emosi barannya.

"Tell me something. Sayang tak pregnant kan?"

Tubuh Jep ditolak kasar. Apa hal masuk bab lain pula? Sarah peluk tubuh.

Jep kembali merapat. Tubuh Sarah ditarik dalam pelukan eratnya. Jep berbisik.

"I want more baby with you.. Sayang marah tak semena-mena ni sebab hormon tak stabil kan.. you have my baby kan?"

Tebakan Jep disinggul oleh siku Sarah. Tak ada maknanya!

"Nak sorok konon. Aku dah tahu lah."

"Macam mana kau tahu Jep?"

"Sebab aku Jep Zafrel. Aku tahu segalanya tentang kau."

Sarah mengeluh.

"Aku dah tua lah Jep.. "

"Apa yang tua? Anak sulung kita baru nak ambil SPM. We are still young lah sayang. We still have much time untuk develop family kita menjadi lebih besar."

"Tapi perangai anak-anak kau macam hantu. Letih aku."

"Masa kecil memang lah mereka banyak menguji. InsyaAllah besar nanti menyejukkan hati kita. Doa yang baik-baik. Doa sayang sebagai ibu tiada hijabnya."

"Sorry, if Sarah ada misbehave. Emosi tak tahu lah nak cakap macam mana. Jebat dan Tuah tu terlalu hyper."

"Mereka anak-anak yang cerdik. Stop panggil diaorang anak abang bila diaorang menakal. Dan stop panggil diaorang anak sayang bila mereka behave. Baik buruk, tetap anak kita bersama. Ok sayang? " Tegur Jep dalam lembut. Lama dah dia perhati hal itu. Dia tak mahu anak-anak simpan hal yang dianggap kecil itu di dalam hati. Buruk padahnya nanti.

"Aku ke yang salah sekarang ni? " Tanya Sarah bengang. Tangan dah berada di. pinggangnya.

"Tak sayang. Abang yang salah. Semua salah abang." Jawab Jep pura-pura kalut. Sengaja kan?!

Sarah tergelak spontan. Pipi Jep ditolak perlahan menyampah! Tahu je suaminya untuk redakan darah yang mahu meninggi. Tak jadi nak marah walau hakikatnya dia tak ada sebab pun nak marah.

Hawa yang melihat adegan sweet ibu dan babanya hanya berdecit perlahan.

Sebab aku Jep Zafrel. Aku tahu segalanya tentang kau konon.

Hawa mencebik bibir sepanjang jalan. Mengejek babanya yang tak habis-habis bermulut manis dan sentiasa menggulakan hati ibu mereka setiap hari. Hakikatnya..

Kalau bukan sebab aku yang bagitau, tak ada maknanya baba tahu segalanya tentang ibu. Balik-balik kawan hantu aku juga yang jadi reporter tak berbayar.

"Betul ke Awe? " Tanya Jep tak percaya.

"Betul. Mawar yang bagitau."

"Mawar tak tipu?"

Hawa angkat bahu. Entah. Mawar cakap dia nampak ibu beli pregnancy test.

"Tu beli... Result dia?"

"Dua line."

"Serious? Yeayyy dapat baby lagi! Alhamdulillah. Awe suka kan dapat adik lagi?" Jep dah buat sorakan gembira.

"Kalau macam Teja, Awe suka. Tapi Jebat dengan Tuah tak berapa suka." Jujur sekali.

Jep gelak suka. Dibawa tubuh Hawa dalam pelukan. Anak daranya seorang ini memang kekwat. Dengan adik beradik sendiri tak boleh dibawa bergurau berlebihan. Tapi yang dua orang lagi heronya lain pula. Terlebih suka menyakat si kekwat ini. Makin ditegah makin suka pula dia mengusik.

"Thanks for the news Awe. Baba love you. Always. " Satu ciuman mendarat lama di dahi si anak.

"I love you more baba. " Balas Hawa. Dia berbalas pelukan dengan si ayah.

___________________

"Kakak.. kenapa baba peluk ibu?"

Tanya Jebat pada kakaknya. Mereka buang pandang ke tengah laman.

"Sebab baba tak lalu nak peluk kau yang busuk."

"Ehh lah dia ni karang kena dengan aku. Tanya elok-elok nak pekenakan kita pula. Aku tangkap kawan hantu dia tu baru dia tahu siapa aku.."

"Apahal Jebat?"

"Ni.. si nafsu ni buat perangai kekwat dengan aku lagi. Orang tanya baik-baik jawab macan apa."

Tuah gelak.

"Kita dapat adik lagi." Jawab Hawa senada.

"Apa lagi?"

"Adik! Dapat adik lagi. Ibu pregnant."

Hah?!

"Habis lah kau.. ibu dah tak sayang kau. Lepas ni jadi anak pungut lah kau." Giat Hawa pula. Dia laju bawa kaki ke bilik tidur. Dia tahu dalam adik beradiknya, Jebat yang paling tak suka kalau tambah adik. Dia menyampah dengan tingkah mengada si Teja dan kekwat si Hawa.

Kalau anak lelaki dia tak ada masalah buat geng. Tapi kalau perempuan, a big no! Dia tak mampu nak hadap kecelaruan emosinya menghadap adik berlainan jantina dengannya.

Jebat kusut. Tuah santai sahaja.

"Kau okey ke ibu pregnant lagi? "

"Aku okey je."

"Kau tak serabut?"

"Bukan kita yang hadap meroyan ibu. Baba yang kena."

"Baba kita romantik kan? " Celah Jebat tiba-tiba sahaja. Lari topik.

"Sangat."

"Nanti besar aku nak jadi macam baba."

Mereka berdua angguk kepala. Sama-sama nak jadi macam ayah mereka. Perfect dalam mencintai si isteri dan adil menyanyangi anak-anak.

"Tapi aku tak sanggup ada isteri macam ibu. Ngeri."

Tuah gelak kuat. Aku report kat ibu kau cakap macam tu..

Jebat menggeleng. Jangan! Gerun.

"Ibu the best. Cuma kadang - kadang menakutkan."

"Tapi aku rasa kesian dekat laki kakak kita nanti. Menakutkan. Dah lah berkawan dengan hantu. Dengan manusia mana ada dia berkawan bagai. Tu sah-sah kalau kahwin dengan dia, kena kawin juga dengan hantu dia. Silap-silap tidur bertiga satu katil. Naya bang karimm.." Lepas gelak kuat mereka berdua. Tak dapat membayangkan perkara itu berlaku.

"Laki malang mana lah yang jadi laki kakak kita tu kan? Malang sungguh."

Hawa ketap bibir. Sakit hati dengan perbualan dua adiknya.

Ya.. dia sudah masuk ke dalam bilik. Tapi tetap sahaja dia tahu perbualan dua beradik itu. Dari siapa?

Semestinya mawar.

Mawar yang turut gelak sambil bercerita dipandang geram. Apa yang kelakar? Diaorang tengah kutuk kita kut! Stop laughing!

*****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience