Bab 4

Romance Series 4908

Bab 4

LAPAN TAHUN KEMUDIAN..

Bunyi deruman enjin garang tiba-tiba memecah kesunyian pagi. Vroom!!

Menjalar masuk sebuah Ferrari Amalfi berwarna merah menyala memasuki halaman rumah dengan penuh bergaya. Nilainya hampir dua juta, cukup untuk membuatkan orang melopong mulut. Dua juta tu tak jadi masalah yang jadi masalah bila kereta dua juta itu dibeli selepas beberapa hari dia beli Mercedes Benz AMG SL 63.

Tuah yang sedang mengambil angin pagi di balkoni biliknya, jatuh rahang ke bawah. Berdiri terus dia sambil memegang kepala. Si Diva Tongong ni buat hal lagi!

Enjin dimatikan. Sunyi.

Beberapa saat kemudian, pintu kereta terbuka perlahan. Kasut tumit tinggi berwarna nude terlebih dahulu mencecah marmar, menghiasi sepasang kaki yang panjang dan langsing.

Hawa Najwa keluar dari tempat memandu dengan penuh bergaya. Rambut perang keemasannya yang beralun jatuh melepasi bahu, bergerak lembut ditiup angin. Cermin mata hitam ditanggalkan perlahan sebelum diselit di atas kepala. Bibirnya mengukir senyuman tipis, senyuman seorang wanita yang sedar dirinya cantik dan tidak pernah malu untuk menunjukkannya.

Dress putih yang dipakainya dipadankan dengan beg tangan berjenama. Cukup untuk membuat sesiapa yang melihat tahu bahawa hidupnya jauh berbeza dengan orang biasa.

Dengan sekali tekan pada alat kawalan jauh, pintu Ferrari itu tertutup sendiri. Hawa sangkut kemas beg tangan berjenamanya di bahu sebelum melangkah menuju ke pintu utama.

Tok.. tok.. tok.. Setiap langkahnya penuh yakin. Tumit kasutnya berdetak di atas lantai marmar.

Tuah di atas yang dari tadi memerhatikan si kakak, kelam kabut berlari ke bawah mendapatkan si ibu di dapur.

”Ibu! Tengok kakak buat hal lagi!”

Sarah yang sedang sibuk menyediakan sarapan pagi sedikit tersentak bila Tuah datang menerjahnya dengan tiba-tiba.

”Ibu! Si Diva tu dah balik dengan kereta baru dua juta!”

Menepuk dahi Sarah, bila mendapat maklumat itu. Tak sempat nak kata apa, Hawa dah menapak masuk ke ruangan dapur. Dengan rasa tak bersalah dia lempar kunci kereta model terbaru itu kepada si adik. Try lah! Jangan cakap kakak kau kedekut!

Tuah sambut dengan sengihan yang melebar. Tanpa menunggu lama, dia mahu gegarkan bilik si kembar. Yes! Tak jadi lah nak jadi batu api, menghasut si ibu untuk sekolahkan perangai si kakak yang boros. Dia laju cium pipi Hawa dan bawa langkah laju ke bilik Hang Jebat. Tak boleh ditinggal partner in crimenya seorang itu. Nak test drive mesti lah habis meter. Kalau mati, dibawa bersama si peneman sejak dalam rahim. Nanti kekok kalau tak share sama liang lahat. Merepek Tuah seorang bersama sengihan nakal.

Deruman bunyi kereta buat mereka berdua selok! Bertepuk tampar dua manusia itu. Galak sangat. Dah habis bergalak, mereka bahas sesama sendiri tentang si kakak pula.

”Laki malang mana lah yang jadi laki kakak kita tu kan? Malang sungguh.”

Kata-kata dari si Jebat tu rasa macam terbalik! Bukan laki tu yang malang. Tapi kakaknya yang malang bila jatuh cinta. Si Hawa tu dah jadi Si Diva Tongong bila dibutakan dengan cinta.

Ya.. Dia dah jatuh cinta. Tapi cintanya letak pada orang yang salah. Dia jatuh cinta pada penculiknya sendiri!

Gila! Memang gila! Ingatkan si kakak tu masa kecil je bawa masalah tapi bila dah besar pun sama. Masalah besar pula yang dijemputnya. Lebih kurang malapetaka sebenarnya yang cuba dicari.

Macam mana lah Baba mereka yang super cool tu tak separuh mati bila darah tingginya selalu mencanak naik? Semua kerana tingkah tak ada otak milik si kakak.

Dia boleh mendiva tak ingat dunia, semata-mata untuk dijadikan mangsa penculikan kali kedua?

Tepuk dahi mereka adik-beradik. Tak faham dengan corak pemikiran si kakak. Dia ingat ada ke orang yang nak jerut leher sendiri dengan memakan pancingan si kakak itu? Tunjuk kekayaan, boleh pancing jantan tu ke?

Mati hidup balik pun takkan ada kisah penculikan kali kedua weh! Goyang lah penculik tu bila satu family mereka tahu sangat niat riak si kakak.

“Aku rasa satu Malaysia tahu!” Balas Jebat laju.

“Kenapa ek orang yang mabuk cinta ni suka susahkan orang lain?” Jebat angkat bahu menjawab soalan dari Tuah. Kau tak tahu, aku lebih tak tahu.

Sumpah mereka satu keluarga bimbang dengan keselamatan si kakak. Tak pasal-pasal baba kena upah bodyguard rahsia untuk jaga Si Diva Tongong itu. Kami semua tahu hal itu, hanya Hawa Najwa je yang tak pernah sedar tentang semuanya. Dia .. apa je yang dia tahu? Sibuk nak tunjuk harta je yang dia tahu.

Obses sangat sampai tak peduli keadaan sekeliling! Marah Tuah pada si kakak.

****

”Lama tak nampak batang hidung?” Perli si ibu. Hawa peluk tubuh Sarah dari belakang. Rindu!

”Baba tahu tak Hawa beli kereta lagi?” Hawa gelak. Semestinya tak tahu. Sebentar lagi bersedialah untuk dibebeli oleh si ayah.

”Jangan terlalu menguji kesabaran Baba. Jangan buat baba marah. Nanti satu apa pun tak dapat.”

”Hawa salah ke ibu? Hawa cuma nak dia ingat Hawa. Hawa nak dia pandang Hawa, kembali dalam hidup Hawa. Am I too bad? Kenapa dia ambil masa yang lama untuk faham isi hati Hawa? I did said I love him.. Kenapa dia tak pernah kembali?”

”Berapa kali ibu pesan? Jangan terlalu cinta, nanti kecewa. Cinta tu milik lelaki. Biar mereka bersusah payah demi cinta. Bukan kita.”

”I just can’t control myself. Dia lambat sangat! Kalau Hawa tunggu je dia kembali tanpa buat apa-apa, mereput lah Hawa.

Sia-sia je lah cinta yang Hawa bawa selama ini. Dia takkan muncul! Menyampah! Kenapa jadi jantan ni kena lambat? Slow , lembab memanjang! Dia tak nampak ke cinta Hawa ni?!” Tiba-tiba si diva itu membentak.

Sarah rasa nak luku sahaja si anak. Lapan tahun dah aku menghadap perangai dia ni. Jangan menguji lebih. Memang mendapat nanti. Baba kau tu tunggu masa nak meletup je tu. Jangan buat pasal.

****

Dan baba memang benar-benar meletup hari ini. Deretan fail di bilik baba, bukti segalanya. Segala resit pembeliannya ada tersimpan elok dalam setiap helaian kertas yang terdapat di dalam file itu. Nampaknya aku telah diaudit oleh bapakku sendiri. Hawa ketap bibir.

”You know, apa yang paling buat lelaki turn off?” Tanya Jep sambil melipat lengan di dada. Wajah si anak dipandang serius.

”A desperate woman. No matter how good your attire, how great your social life.. If you are desperate for your love, you’re not sexy anymore in ‘our eyes’. Dah lapan tahun, Hawa. Did he come? No. And I believe he will never come. Can you please stop?”

Hawa Najwa menggeleng laju. Hawa tak kisah nak cakap dia desperate ke apa,dia takkan berhenti sehingga dia dapat apa yang dia cari selama ini. Baba nak mengamuk, silakan. I will never stop.

”Should I help you?”

Hawa pandang baba tak percaya. How? Dia dah buat macam-macam. Alangkah bagus jika ayahnya turut menolong. Hawa baru nak ukir senyuman lega.

”Baba akan kahwinkan Hawa dengan anak kawan baba. Stop your desperate love before baba musnahkan setiap harapan dan angan-angan palsu you. Ini amaran baba. Don’t cross the limit.”

”Baba..”

****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience