Series
4908
Bab 2
Satu keluhan dilepaskan sebaik dia menoleh ke sisi. Ke mana aku pergi, ada je makhluk seekor ini. Memang aku takkan jadi manusia normal agaknya.
Hawa kembali pandang ke papan putih yang penuh dengan contengan tulisan jawi. Suara nyaring ustazah sedang menerangkan itu ini di hadapan tidak ada satu pun masuk dalam telinganya. Hawa tak boleh fokus! Dia sedang sakit hati.
Sampai hati kau Hazim!
Oii fokus lah! Apa kes teringatkan jantan? Hormat sikit ilmu ni. Orang sebelah tiba-tiba berbunyi.
Hantu cap apa ni? Beria sangat belajar.. kau ke yang ambil SPM?
Mawar punya tahap fokus mendengar penerangan ustazah, tengok papan putih macam nak tembus! Dia terpaling fokus dalam kelas ini mengalahkan pelajar lain.
Siapa hantu sebenarnya? Kami ke dia?
Yang semangat sangat belajar sampai tak berkutik langsung ni dah kenapa? Dia ingat dia boleh ambil SPM ke? Hawa geleng kepala tak faham.
"Aku tolong kau sebab aku tahu kau tu bengap. Nanti kalau kau tak dapat jawab, aku boleh kongsikan jawapan. Aku ni cerdik. Aku belajar sama macam kau." Jawab Mawar seakan tahu apa soalan yang disimpan si kawan. Mulut menceceh tapi matanya masih fokus memandang papan putih. Tak berkalih langsung.
Kau ni macam -macam lah Mawar. Ini subjek Pendidikan Agama Islam tau. Tak terbakar pula kau?
"Aku pun islam. Bukan kau sorang je! Aku pun nak berada di taman syurga juga." Bidas Mawar laju tak nak kalah. Hawa menjuling mata ke atas. Whatever..
Mawar yang menempel di sebelah di pandang penuh jengkel. Kalau dia berborak dengan Mawar nanti, orang ingat dia gila pula bercakap seorang. Lalu dibiarkan saja Mawar fokus sampai nak tersembul keluar biji mata.
Kalau tak boleh bagi jawapan masa periksa nanti, siap kau!
***
HAZIM. Itu manusia yang mengganggu moodnya hari ini. Putus cinta tak sakit, yang sakit bila tahu kenapa kita pilih untuk memutuskan.
Kenapa eh hidup aku ni tak mencabar langsung?
Setiap orang yang hadir dalam hidup aku, mesti akan terkantoi niat mereka. Sepanjang aku hidup, aku tak pernah rasa teruja. Semuanya terasa kosong. Melalui hari-hari tanpa cabaran yang berat. Sungguh aku rasa hilang keterujaan. Semua sebab si kepohci Mawar. Mulut dia sibuk je bagitahu itu ini. Dah Hawa rasa hilang nikmat suspen dalam kehidupan.
Dia dengan bosannya, tinggalkan manusia yang mahu mengambil kesempatan atau berniat serong.
Kesannya, Hawa sangat sunyi! Tiada teman, tiada kekasih hati. Tiada keterujaan, tiada keghairahan. Jangan gelak! Tak pelik pun umur 17 tahun masih tak punya kekasih hati.
Yang pelik kalau kita dah tahu niat jahat orang, tapi masih mahu berdiam diri dan membiarkan orang gunakan kita. Dia tak boleh berpura-pura tak tahu. Itu lah masalah terbesar dirinya.
Dah pupus ke manusia jujur dalam dunia ni? Hawa geram bila setiap kali dia cuba bukakan pintu hati pada mana-mana teman lelaki, semuanya akan jumpa penamat yang sama.
Pertelingkahan dia dan Hazim tadi masih terngiang-ngiang.
"Hawa tahu apa yang Hazim cuba sembunyikan. Hawa nak putus." Ujar Hawa tenang sebaik mereka habiskan aiskrim cornetto yang dibeli oleh Hazim tadi.
"Eh.. kenapa tiba-tiba? "
"Orang panggil Hawa gila. You know the rumors kan? This relationship will never last. Hawa minta maaf tapi Hawa nak akhirkan apa yang dah Hazim mulakan."
"Nak putus tu boleh. Tapi kenapa? Apa salah Hazim? Atau memang betul Hawa suka test market?"
"Test market? Siapa yang bermula dengan rasa cuba-cuba dan meletakkan sesuatu sebagai taruhan?"
Terdiam. Lama Hazim diam.
"Apa maksud kau?" Tanya lelaki itu mula berang.
"Saya tahu segalanya tentang awak. Jangan tipu saya. Jangan jadikan saya boneka taruhan awak dan kawan-kawan."
" Apa benda siakk .. " Orang sana makin bengang. Macam mana boleh kantoi? Bangang betul. Siapa mulut lembik yang rosakkan game mereka ni? Hazim dah menyumpah pada kawan-kawannya. Mesti ada yang kasi kantoi! Aku hampir dapat lima ribu kot! Kurang ajar betul. Ini bukan taruhan sikit-sikit. Ini taruhan satu batch tahu tak?!
Hawa kekal diam. Rasa macam nak nangis. Dia memang sukakan Hazim. Memang dia crush pada lelaki sekacak Hazim tapi apakan daya.. Hazim hanya ingin permainkannya.
Lima ribu je? Kau boleh dapat lebih kalau kau betul-betul ikhlas dengan aku. Kata Hawa dalam hati.
"Betullah kata mereka. Kau ni sejenis yang pelik. Muka cantik. Tapi menyakitkan hati!" Hebatnya lelaki bermain kata. Sekarang terasa diri sebagai mangsa pula. Hebat eh?
"Just say whatever you want." Hawa berlalu pergi dengan kekwat. Dah lama sangat aku tak kekwat. Berharap dapat berkawan ramai, rupanya salah percaturan. Kenapa ibu dan baba nak sangat masukkan aku kat sekolah ni? I love my international school. Mungkin baba dan ibu ada alasan mereka sendiri, tapi Hawa tak pernah suka sejak pindah ke sekolah ini. Titik.
****
"AKU rasa tak sedap hati lah." Ujar Mawar di cafe. Dia pandang Hawa tepat.
"Aku dapat rasa sesuatu yang buruk akan menimpa kau."
"Contoh?"
"Tak tahu."
"Kau kena extra berhati-hati. Ini mungkin melibatkan nyawa."
"Ahh mengarut lah kau."
Aku cakap betul!
Hawa tak ambil port.
Mawar angkat bahu selepas lama melayan resah di hati. Dah kalau tuan badan macam tak rasa apa, apa yang hantu macam aku nak kalutkan sangat?
Gasak lah. Paling-paling kalau kau mati Hawa oii.. kau boleh join aku jadi hantu . Baru lah sahabat sejati. Kawan sampai mati. Mawar mengilai sebelum tekup kuat mulutnya. Kalau orang dengar, boleh timbul fitnah. Tak pasal-pasal histeria pula.
"Sedap tak mi tu? Aku teringin nak makan." Alih topik.
Hawa angguk. Sedap!
Mawar telan liur. Nampak benar mukanya memang teringin.
"Bagitau aku mana kubur kau. Aku beli sebungkus, aku tabur atas kubur kau."
"Tahyul! Syirik! Khurafat!"
"Eleh..mentang-mentang masuk kelas agama dengan aku, pandai cakap hal tahyul mahyul. Kau ni setan cap apa ya? Tak terbakar langsung join kelas agama aku. Kadang-kadang kelas fardhu ain pun kau masuk.
"Kan aku islam. Tak baik panggil aku setan. Aku ni hantu.. bukan setan. Mana ada setan lawa macam aku. Benci lah kau ni.." Mawar tarik wajah. Tubuh dipeluk. Aku dah pakai muka ala-ala Mawar Rashid ni kau masih nak syaitankan aku? Hei please lah.. ni muka artis tau!
"Hantu tu setan lah. Jin. Sebangsa je semua tu.” Muka cemberut si teman dipandang tanpa rasa bersalah.
”Tak payah lah sentap lebih. Aku je kawan kau.. Kalau dengan aku pun kau sentap, pishang lah kau matt.."
"Kau pun bukan ada kawan pun. Aku sorang je kawan kau. So jangan nak kekwat! "
"Aku tak ada kawan semuanya sebab kau. Kalau kau tak menempel, tak ada lah orang ingat aku minah pelik yang selalu cakap seorang diri. Semua sebab kau."
"Dah la loser tak ada kawan, tak ada pakwe pula tu." Giat Mawar lagi sengaja cari pasal.
"Itu pun kau punya pasal lah!"
"Kok gue yang disalahin? "
"Kalau kau tak pecahkan rahsia diaorang, aku dah lama bahagia dengan pakwe-pakwe aku. Kau sepatutnya biarkan je lah aku dengan urusan tipu daya manusia. Barulah aku boleh hidup dengan normal. Ni.. semua kau spill the tea. Macam mana aku nak react macam aku tak tahu kebenarannya? Semua salah kau! "
"Aku tolong kau. Diaorang tu tak ikhlas. Kau patut bersyukur. Dari kau kecil sampai besar, aku tolong kau. "
"Aku tak minta pun pertolongan kau. Biarlah aku dengan kehidupan manusia aku. Sibuk je! "
"Alahh kau bukan lawa sangat pun. Rambut kerinting macam maggie." Tiber sangat si Mawar ni. Bila dia kalah bergaduh mulut, pasti dia main petik je apa yang dia nak cakap. Tak pasal-pasal masuk isu rambut.
"Rambut ni semua sebab kau! Kau cakap rambut gini trend sekarang. Kau cakap Hazim taste dengan pompuan rambut ni. Satu pun tak boleh percaya. Aku kena ejek lagi adalah! Semua sebab pertolongan kau tu!" Tudung di kepala ditunjuk geram. Ini pun satu hal, semak je kena pakai tudung ke sekolah.
"Bocah lonely."
"Kau jangan cari pasal eh!"
Tempik Hawa kuat. Dia dah berdiri sambil cekak pinggang. Di tengah cafe, semua yang ada di situ memandangnya. Emo jadinya. Siapa je yang nak hidup single hingga umur 17 tahun? Semua sebab Mawar!
Sibuk cakap orang tu open game lah. Sibuk bagitau orang tu dah ada makwe lah. Sibuk cakap orang tu mengorat dia sebab nak tumpang senang lah. Orang tu nak test ni lah itu lah. Semuanya Mawar nak menyibuk jadi serba tahu. Yang dia pula jadi bodoh. Percaya je apa yang Mawar cakap.
Hawa lepas nafas. Semua mata tertumpu ke arahnya kini. Kantoi lagi sekali. Keluhan dilepaskan. Dia duduk sambil sambung makan.
Tapi yang aku cakap semua betul kan.. Kau pun tahu aku tak tipu kau.
Diam lah kau! Bentak Hawa lagi. Mawar angkat bahu. No komen.
"Kan aku dah cakap dia mental. Selalu sangat cakap seorang." Bisik orang dekat dengannya.
"Takut seyhh."
"Muka je cantik tapi gila."
Hawa hentak meja. Serabut. Aku tak gila!
Melihat si kakak yang sudah tidak terkawal, laju si Jebat dan Tuah mendekat. Kebetulan hari ini mereka ada latihan untuk perlawanan bola yang akan berlangsung beberapa hari lagi. Seharian di padang tak masuk kelas. Baru je nak makan dah tengok kakak sendiri macam kerasukan. Pinggan makanannya diletak di hadapan si kakak.
"Makan kakak. Kitaorang tahu kau tak gila. Mawar, kau jangan kacau kakak aku kat sekolah. Aku tumbuk kau nanti."
"Macam lah aku takut.. " Balas Mawar tak mahu kalah. Hanya Hawa yang mendengar. Mawar kipas muka tak bersalah. Panasnya Malaysia.. Tiber.
**
Share this novel