KAKI laju menuruni anak tangga sambil menarik
bagasi. Wajahnya sudah basah dengan air mata.
“Nawal! Nawal tunggu!” Aiman berlari anak
mengejar langkah si isteri.
“Nawal tolong jangan pergi. Abang merayu, tolong jangan pergi. Jangan tinggalkan abang.” Tubuh Nawal dipeluk erat dari belakang.
Makin kuat tangisan Nawal. Dia meronta-ronta ingin melepaskan diri daripada pelukan lelaki itu.
“Lepaskan saya! Tolong jangan halang saya pergi dari sini.”
Nawal tekad. Dia mahu keluar dari rumah ini. Rumah ini bukan tempatnya. Dia sedar dia tidak layak lagi untuk terus berada di dalam rumah ini.
“Nawal, tolonglah jangan tinggalkan abang. Nawal isteri abang, tempat Nawal di sisi abang. Nawal tak boleh pergi tinggalkan abang.” Aiman masih tak putus asa untuk memujuk.
“Kalau macam tu, ceraikan saya.”
Aiman tergamam mendengar permintaan Nawal.
“Nawal...”
“Ceraikan saya Aiman. Saya tak layak untuk terus jadi isteri awak. Saya bukan Kak Nurin. Saya Nawal. Saya perempuan murah yang awak hina selama ni. Awak lupa ke? Perempuan murah ni tak layak untuk jadi isteri awak.” Tubuh Aiman ditolak menjauhinya.
Aiman terdiam. Kata-katanya selama ini akhirnya memakan diri.
“Nawal tolong jangan cakap macam tu. Abang minta maaf. Abang tahu abang dah banyak buat dosa dengan Nawal. Tolong beri abang peluang untuk tebus kesalahan abang pada Nawal. Abang cintakan Nawal. Abang tak sanggup kehilangan Nawal.”
Nawal menggeleng perlahan. Air mata yang membasahi pipinya dikesat dengan belakang tangan. Nafas ditarik dalam-dalam.
“Tolonglah Aiman. Jangan seksa saya lagi. Saya dah penat. Awak dah ambil semuanya daripada saya. Dah tak ada apa-apa lagi yang tinggal pada saya. Jadi tolong lepaskan saya pergi.”
“Nawal, ampunkan dosa abang, Nawal. Jangan pergi Nawal, jangan tinggalkan abang. Abang janji abang tak akan sakitkan Nawal lagi. Tolong jangan tinggalkan abang,” ujarnya separuh merayu.
Nawal memejam rapat matanya membiarkan air matanya gugur membasahi pipi.
“Saya tak layak nak gantikan tempat Kak Nurin. Saya minta maaf, izinkan saya pergi.” Nawal terus keluar meninggalkan rumah banglo dua tingkat itu.
Nawal sedar dia tidak akan mampu bersaing dengan arwah Nurin. Cinta Aiman kepada Nurin terlalu utuh. Sampai bila-bila pun dia tidak mampu menggantikan tempat Nurin di hati Aiman.
Aiman terduduk lemah di hadapan pintu. Dia tak mampu menghalang Nawal untuk pergi. Keegoannya selama ini memakan diri. Dia hilang Nawal.
Hai semua! Bukan Bidadari dah available untuk unlock chapter. Untuk baca bab seterusnya korang boleh topup ncoins.
Share this novel
hai nak tanya, untuk unlock chapter, untuk setiap satu chapter satu ncoins ke? sorry saya baru join novelplus.
tak update ke hari ni
update