SUDAH beberapa kali Aiman menguap. Wajahnya diraup perlahan. Kepalanya dipicit-picit.
“Yang kau ni mengantuk sangat kenapa? Jaga anak ke malam tadi?” tegur kawan sekerjanya, Hilman.
Dia mengeluh perlahan. Ah, ni semua gara-gara dia keluar mencari Nawal malam tadi. Menyusahkan betul!
“Aku pergi kelab malam tadi.”
Jawapan yang keluar dari mulut Aiman itu membuatkan Hilman tergamam. Tak pernah-pernah Aiman melangkah masuk ke tempat maksiat itu.
“Kau biar betul? Kalaulah Nurin tahu ni. Kenapa tiba- tiba kau masuk kelab malam pula ni?” soal Hilman pelik.
“Nurin yang suruh aku pergi.”
Berkerut seribu dahi Hilman. Biar betul?
“Dia minta tolong aku cari adik dia dekat kelab malam tu,” jelas Aiman ringkas.
“Adik dia? Si Nawal tu?” Aiman mengangguk perlahan.
“Belajar pun tak habis dah pandai masuk kelab malam? Fuh, gila betul adik ipar kau tu.” Hilman menggeleng perlahan.
“Nurin tu terlalu berlembut sangat dengan dia. Kalaulah si Nawal tu adik aku, dah lama aku ikat dia dekat batang pokok. Biar dia insaf sikit.”
Hilman tergelak kecil.
“Kalau Nurin tak boleh nasihatkan dia, kau nasihatkanlah.” Bahu Aiman ditepuk perlahan.
Aiman mencebikkan bibirnya. Nak nasihatkan Nawal? Jangan haraplah. Hubungan dia dengan Nawal bukannya baik sangat. Nawal selalu memanggilnya dengan panggilan ‘penyibuk’. Ah apa Nawal ingat dia nak sangat ke ambil tahu halnya? Jika tidak kerana Nurin, dia tak ingin pun ambil tahu tentang gadis liar itu.
“Budak macam tu mana nak makan nasihat Hilman. Membazir air liur aku je nasihatkan dia. Berbuih mulut aku nasihatkan dia pun belum tentu dia nak dengar,” rungut Aiman lagi.
Hilman sekadar menggelengkan kepalanya. Pening juga kepalanya jika dia yang berada di tempat Aiman.
“Nak pergi mana pula ni?” soal Hilman apabila melihat Aiman mula mengemas meja kerjanya.
“Ada meeting dengan client,” balas Aiman
ringkas.
“Wah, ada projek baru nampak. Siapa?”
“Tan Sri Hamidi. Dia baru beli apartmen. Tu yang dia nak aku design rumah dia.”
Terangguk-angguk kepala Hilman.
“Orang tua tu cerewet. Banyak-banyakkan bersabar,” pesan Hilman.
Aiman hanya ketawa. Sebagai seorang interior designer dia sudah lali melayani kerenah pelanggannya. Macam-macam perangai ada. Kalau nasibnya baik, dia dapat berurusan dengan pelanggan yang mudah untuk bekerjasama. Urusannya juga menjadi lebih mudah. Jika dapat pelanggan yang cerewet, terpaksalah dia bersabar dengan kerenah mereka. Sudah tugasnya melayan kerenah pelanggan.
“Aku pergi dulu.” Aiman minta diri.
Hilman sekadar mengangguk. Dia menyambung kembali kerjanya yang tertangguh tadi.
MATA Nawal meliar memerhati sekeliling rumah itu. Bibirnya tersungging senyuman lebar.
“You suka tak sayang?” soal lelaki berusia lingkungan 50-an itu.
Laju Nawal mengangguk.
“You betul-betul ke nak hadiahkan apartment ni dekat I? I kalau boleh tak nak menyusahkan you.”
Tan Sri Hamidi tersenyum nipis. Dia memusingkan tubuh Nawal menghadapnya.
“I tak kisah sayang. Anything for you. Sekejap lagi interior designer datang, dia akan bantu you design rumah ni ikut citra rasa you.”
“Betul ke you?” soal Nawal teruja. Akhirnya dia dapat memiliki rumah idamannya tanpa perlu bersusah payah.
“Ya, sayang.” Tan Sri Hamidi mengangguk. Untuk Nawal, dia sanggup lakukan apa sahaja.
Sudah hampir setahun dia mempunyai hubungan sulit dengan gadis itu. Nawal pandai melayaninya. Meskipun Nawal tidak pernah melayaninya sehingga ke ranjang, dia tidak kisah. Asalkan ada Nawal di sisinya. Setiap kali dia bergaduh dengan isterinya, Nawallah yang menjadi ubat penenangnya. Cukup dengan melihat senyuman Nawal, hilang segala masalah yang ada.
“I love you,” ucap Nawal penuh romantis. Demi duit, segalanya sanggup dia lakukan. Walaupun terpaksa berpura-pura bercinta dengan lelaki tua itu. Tan Sri Hamidi lubuk emasnya. Tak mungkin dia mahu melepaskan lelaki tua itu begitu saja.
Tan Sri Hamidi mencapai tangan kanan Nawal. Dibawa tangan itu ke bibirnya. Nawal hanya tersenyum kelat. Jijik sebenarnya. Tapi demi duit, dia sanggup.
Tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Tan Sri Hamidi terus melepaskan tangan Nawal.
“I rasa tu interior designer.”
Nawal sekadar mengangguk. Tan Sri Hamidi bangun dan terus melangkah ke muka pintu.
Nawal cepat-cepat mengesat tangannya yang dicium lelaki itu tadi. Geli!
“Honey, nilah interior designer tu.”
Nawal menoleh. Terbuntang matanya saat melihat lelaki itu. Lelaki itu juga nampak terkejut saat melihatnya. Ah, masalah!
“Hai, saya Aiman Razin. Interior designer daripada syarikat Blue Land Design.” Aiman memperkenalkan diri. Tapi matanya sedari tadi tak lepas daripada memandang Nawal.
Nawal sudah menunduk. Melarikan anak matanya dari terus direnung Aiman.
“Silakan duduk,” pelawa Tan Sri Hamidi.
“Terima kasih.” Aiman melabuhkan duduknya di atas sofa. Berhadapan dengan Tan Sri Hamidi. Nawal pula mengambil tempat di sebelah lelaki itu.
“Shall we start now?” soal Aiman. Dia mengerling sekilas ke arah Nawal. Gadis itu tak senang duduk. Takutlah tu kalau rahsianya terbongkar.
Tan Sri Hamidi mengangguk.
“Tan Sri suka konsep yang macam mana?” Soalan lazim yang akan diutarakan pada pelanggannya.
“Sebenarnya apartmen ni saya hadiahkan untuk bakal isteri saya. Jadi, saya serahkan pada dia untuk pilih konsep yang dia suka.”
Mata Aiman beralih pula pada Nawal. Bakal isteri? Sah Nawal memang dah gila! Bukannya dia tak tahu Tan Sri Hamidi sudah beristeri.
“Cik suka konsep yang macam mana?” Soalan diajukan pula kepada Nawal.
Nawal diam seketika. Hilang sudah keterujaannya tadi sebaik melihat Aiman. Dalam banyak-banyak interior designer kenapalah Aiman juga yang dipilih? Huh!
“Moden,” balas Nawal sepatah.
Aiman mengangguk. Dia menghulurkan sebuah album kepada Nawal.
“Dekat dalam tu ada contoh-contoh rumah yang berkonsepkan moden. Cik boleh tengok-tengok dulu.”
Nawal menyambut hulurannya. Diselak album itu.
“Honey, I nak pergi toilet sekejap. You berbincanglah dulu dengan Aiman.” Tan Sri Hamidi minta diri. Dia terus bangun dan berlalu meninggalkan mereka berdua. Nawal makin tak senang duduk.
“Dah lama Nawal buat kerja macam ni?” soal Aiman.
“Kerja apa?” Nawal pura-pura tak mengerti. Dia
memeluk tubuh.
“Nawal tu masih belajar. Dah pandai nak jadi perempuan simpanan. Agak-agak kalau Kak Nurin tahu, apa reaksi dia?”
“Kak Nurin tak akan tahu kalau abang tak beritahu,” bidas Nawal.
Aiman tersenyum sinis.
“Kalau abang nak beritahu juga? Nawal nak buat apa?”
Nawal ketap bibir. Bengang dengan bakal abang iparnya itu. Dari awal lagi dia memang tak berkenan Nurin berkawan dengan Aiman. Aiman suka masuk campur halnya. Penyibuk!
“Semalam Nawal mabuk, hari ni duduk serumah dengan lelaki yang bukan mahram pula. Apa lagi yang Nawal nak buat lepas ni?”
“Suka hati Nawallah nak buat apa pun. Itu bukan urusan abang. Abang tak perlu susah-susah nak fikirkan pasal Nawal.”
“Nawal tak kesian ke dekat Kak Nurin? Susah payah dia bekerja sebab nak tanggung yuran universiti Nawal, tapi ini yang Nawal balas?”
Nawal merengus geram.
“Boleh tak sekali je abang tak masuk campur hal Nawal? Abang bukan sesiapa pun. Kahwin dengan Kak Nurin pun belum, huh!” Nawal mencebikkan bibirnya.
“Jangan bermain dengan api Nawal. Buruk kesannya nanti. Macam mana kalau isteri Tan Sri Hamidi tahu Nawal ada skandal dengan suami dia? Dia boleh buat apa saja dengan kuasa yang dia ada.”
“I don’t care. Bukan Nawal yang tergila-gilakan suami dia. Suami dia yang tergila-gilakan Nawal,” ujar Nawal dengan penuh bongkak.
Baru Aiman ingin membalas, Tan Sri Hamidi sudah muncul semula.
“Jadi, macam mana? Honey dah buat pilihan?” soal Tan Sri Hamidi. Dia melabuhkan semula duduknya di sebelah Nawal.
“Next timelah. I tak ada mood.” Nawal terus bangun dan berlalu meninggalkan mereka berdua.
“Minta maaf ya Aiman. Next time kita bincang semula.”
Aiman sekadar mengangguk. Runsing kepalanya memikirkan tentang Nawal. Gadis itu makin jauh tersasar. Kasihan Nurin.
Happy reading everyone. Boleh follow orked untuk dapatkan notification tiap kali orked update & boleh juga follow/add orked dekat IG & FB. Thank you. Muah!
Share this novel