BAB 7

Drama Completed 157

Semua itu kini hanya tinggal kenangan.. Ternyata ayah mengizinkan dia tinggal dengan kak su walapun baru pertama kali bersua. Entah ayat ape kak su pakai Suria tak peduli cuma apa yang difikirkan adalah mahu jauh dari keluarganya. Pada ketika itu usia Suria masih mentah .Terlalu mengikut perasan. Kak su la yang banyak menolongnya wlaupun mereka baru kenal. Itupun atas pertolongan Rizal jugak yang dikenali pada pada malam kejadian. Tapi takdir tuhan tidak dapat disangkal. Dalam diam, semua ini memberi kesan mendalam ke dalam hati Suria yang selama ini sering menaruh dendam.

Sepanjang tinggal dengan kak su, dialah yang banyak membimbing ke jalan kebenaran dan Rizal yang sekali sekala datang menziarahi telah membuatkan hatinya mula tertarik dengan Rizal . Tapi dia sedar, Rizal akan menjadi milik orang lain sebab itulah dia nekad untuk membawa diri sekali lagi. Bukan kerana marah kepada lelaki cuma membenci diri yang mula rasa diri mahu dicintai oleh seseorang yang digelar lelaki.

Berbekalkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, Suria nekad meningalkan mlaysia supaya ingatan kepada Rizal diharap dapat dilupakan. Namun ternyata, bukan semua lelaki jahat, dan bukan semua lelaki mempunyai hati seperti Rizal . Setelah 5 tahun merantau, dia pulang kembali dengan harapan dapat mencari ubat untuk mengubati luka dihatinya di malaysia setelah ubat dirantau orang tetap tidak diperoleh. Dia sedar masih ade orang lain yang perlu dia sayang. Ayah dan ibu tirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience