BAB 4

Drama Completed 157

Kelihatan Rizal berborak dengan seorang perempuan di pagar sebuah rumah. Suria hanya memerhatikan dari dalam kereta. Sesekali mereka berpaling pada Suria. Rizal memberi isyarat suruh Suria keluar. "ini Suria, ini kak Su." Rizal memperkenalkan mereka. "kak su dah izinkan Suria tdo kat sini. Rizal balik dulu. Esok nak keje plak. Nanti papehal kol Rizal . Kak su tolong jaga Suria k." Rizal menjelaskan dengan panjang lebar.
"Yer la, buah hati kamu, takkan akak tak tolong." Pantas kaksu membalas sambil memandang Suria. Suria hanya tersenyum... Buah hati? Baru je kenal xsampai sehari dah digelar buah hati. Tapi takpela, dia bergurau je agaknya. Lagipun aku terhutang budi dengan Rizal kerna memperkenalkan kak su tempat untuk menumpang teduh... Suria berkata sendiri di dalam hati.

"masuk la Suria, akak tinggal sorang je. Mari akak tunjuk bilik. Suria hanya pandang dan senyum. Layanan ini seperti kali pertama dirinya disambut dirumah besar ayahnya dulu..
"Suria nak mandi dulu ker? Ini baju." Kaksu mengunjukkan baju dan kain batik. Alamak, macamane ni?Suria berkata dalam hati. Seumur hidup tak penah dia memakai kain batik.. "kak, seluar ade tak? "
"owh, ade.." Jawab kak su sambil tersengih. Mungkin dapat menangkap apa yang difikirkan oleh Suria.

Setelah membersihkan diri dan memakai pakaian kak su, Suria tdo di ats toto yang disediakn untuk dirinya. Kerana semalaman dia tidak tidor, tambahan dengan peristiwa ditampar oleh ayahnya semalam, mata Suria mudah layu dan hanyut dengan kedamaian pagi yang sungguh tenang..

Malam itu Suria didatangi ibunya. Kelihatan ibunya sedang memandang dengan senyum manis dibibir. Suria terkejut. Kenapa ibu disini.sudah lame Suria tidak bertemu dengan ibunya. Tak terlintas langsung bahawa ibunya sudah tiada ketika itu. "jangan derhaka pda ayahmu".ibunya bersuara lembut namun sedikit tegas. Tapi..belum sempat Suria menjawab, ibunya menghilang sedikit demi sedikit di dalam cahaya yang terang yang tiba-tiba muncul.

Suria terjaga dari tidur. Sinaran matahari terasa menggigit kulit dari celah langsir yang tidak tertutup rapat. Rumah kelihatan sunyi. Tiada siapa pun ketika ini. Di samping Suria terdapat sehelai kertas,. "akak pergi kerja dulu. Nak makan akak dah siapkan. Panaskan je. Air dalam peti. Buatla macam rumah sendiri." Suria tersenyum.

Kini Suria kembali ke alam nyata. Peristiwa semalam menerjah ke dalam fikiran. Inilah kali pertama die nekad meninggalkan rumah. Mungkin pengaruh kawan, atau dia sendri tidak pasti. Dia pun masih baru dengan kawasan itu. Tapi die bersyukur kerana masih ade tempat die boleh menumpang. Rizal ... Orang yang baru kukenal. Tak sangka budak yang kelihatan ganas, ade kawan yang dipanggil kak su yang aku kire seorang yang baik dan lemah lembut. Siapa Rizal sebenarneyr? Ape hubungannya dengan kak Su?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience