BAB 2

Drama Completed 157

Suasana rumah kelihatan gelap gelita di subuh hari. "Mesti dah tdo lena tapi takpe,aku ade simpan kunci pendua." Suria berbisik sendiri sambil tergelak kecil. Suria telah mebuat kunci pendua tanpa disedari oleh kedua orang tuanya. Pintu dibukak dengan berhati-hati. Baru kakinya hendak memijak anak tangga, lampu dibuka. "Suria! Pukul berapa skang baru kau balik? " Suria terkejut mendegar sergahan ayahnya. Melihat muka ayahnya yang garang dia menjadi agak takut. Entah mengapa sedangkan sebelum ini, apabila melakukan kesalahan dia tidak merasa takut sedemikan. Ayahnya juga tidak banyak soal. Tapi kali ini mungkin ayahnya sudah hilang sabar.
"Kamu pekak ker? Balik nk dekat subuh. Ingat ayah tak tau kamu kuar semalam? Dh la ponteng skolah.. Ingat ayah taktau aktiviti kamu?. Ini..surat ayh dapat td."Sambil melemparlan surat warning dari sekolah yang diterimanya siang tadi.
"Malu ayah tau. Semua orang kenal ayah." Suria mengakui yang ayahnya seorang yang berpengaruh kerana mempunyai syarikat sendiri. Ayahnya juga kerapkali menjadi sponsor setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah.

"huh, ayah tau ni pun sebab sekolah yang anta surat. Kalu tidak, sampai sekarang ayah tak tau. Nampak sangat ayah ni tak amik berat pasal anak sendiri."Balas Suria.
"kurang ajar." satu tamparan singgah di pipi. Serentak dengan itu Suria tersentak dari lamunan.
"Hey, kenapa ni? Dari tadi diam, tiba-tiba terkejut. Ape yang dah jadi? Macam nampak hantu je."Rizal tergelak. Sengaja untuk menceriakan suasana yang kelihatan agak tegang.
Suria menggeleng kepala. Tanpa menjawab pertanyaan Rizal Suria terus mengalih topik perbincangan.
"Kau ade kawan perempuan tak untuk aku tumpang bermalam? "Hey, umah aku kn ade?" Sambil tergelak-gelak Rizal mencadangkan tapi Suria bukan orang sebegitu. Dia nampak jinak-jinak merpati. Walaupun Suria kelihatan seperti gadis yang tidak bermoral, tapi Rizal tau Suria belum pernah disentuh oleh mane-mane lelaki. Suria hanya mencari kawan untuk melepaskan tekanan dirumah. Entah masalah apa dia sendrik tidak tahu. Suria pada pandangannya seorang gadis yang amat berahsia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience