BAB 1

Drama Completed 157

Sudah masuk tujuh bulan Suria berada di sekolah baru, suasana baru yang agak janggal baginya kerana sebelum ini die terdedah dengan sekolah perempuan sahaja. Bercampur dengan budak lelaki menjadikan dia seorang gadis yang liar, dan semakin berani untuk kurang ajar dengan ayah dan ibu tirinya yang selama ini menjaga dia dengan baik. Sebelum ini dia tinggal dengan ibunya tapi sejak ibu meninggal, ayah telah mengambil alih tugas menjaga Suria apatah lagi ibu tiri tidak dapat melahirkan zuriat. Tapi kenangan lampau memaksa dirinya untuk tidak terus menerima ayahnya yang dirasakan telah banyak membuat dosa kepada ibunya kerana sanggup meninggalkan mereka demi perempuan lain.

Pang!!! Satu tamparan kuat singgah di pipi. Sebelum ini, dia blum pernah disakiti. Ibunya yang selama ini membesarkannya pun belum pernah meninggikan suara apatah lagi melayangkan tangan memukulnya. Dia nekad malam itu ingin melarikan diri.
"Rizal , kau kat mana sekarang ni? Ambil aku kat simpang dekat rumah aku sekarang!" permintaan yang berupa arahan kepda Rizal . Rizal yang baru dikenali beberapa jam lepas disebuah warung makan. Hanya Rizal yang difikirkan ketika itu untuk meminta bantuan. Dengan pakaian yang tidak berganti, dia keluar rumah sekali lagi. Setelah Rizal tiba, dia menaiki kereta tanpa dipelawa. Di dalam kereta dia hanya mendiamkan diri tanpa menyapa lelaki di sebelahnya. Suria mengimbas kembali peristiwa yang baru berlaku...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience