BAB 7

Spiritual Completed 1586

Keesokan harinya, mayat mendiang Pang Cheng selamat dikebumikan. Aku begitu terkilan kerana Siu Hun tidak sempat melihat wajah mamanya buat kali terakhir.

Tanpa kusedari, air mataku mengalir mengenangkan nasib yang menimpa dirinya.

Sementara itu, suami Siu Hun, Kok Ngar Wai, didapati bersalah membunuh dengan niat mertuanya, mendiang Pang Jui. Dia dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Seminggu selepas kejadian menyayat hati itu, barulah Siu Hun sedar. Kali pertama dia membuka mata, melihat aku di sisinya, dirinya begitu terkejut.

“Arash, mengapa kau berada di sini? Aku di mana? Apa yang dah berlaku? Mengapa kau menangis Arash ?” Tanya Siu Hun bertubi-tubi kepadaku.

Aku terpaksa menjelaskan semua yang berlaku kepadanya. Walaupun berat hati ini untuk berbuat demikian. Siu Hun menangis teresak-esak mendengar penjelasanku.

“Arash,maafkan aku. Aku silap. Aku silap Arash. Mungkin ini balasan buatku. Mengapa semua ini harus terjadi kepadaku Arash ? Aku telah menolak Islam. Sedangkan selama ini, aku begitu tenang mendalami ajarannya.” Itulah kata-kata keinsafan dari Siu Hun. Disusuli tangisan yang tidak henti-henti...

Sebulan kemudian, di hadapan Imam masjid pekan tersebut, Siu Hun telah melafazkan kalimah syahadah.

Namanya ditukar kepada Mashitah Hun Binti Abdullah. Itulah saat-saat yang paling bahagia dalam hidupku…

Masa berlalu…Kusangkakan tiada lagi tangis dalam hidup Mashitah. Dan dalam hidupku jua. Namun, manusia hanya mampu merancang. Allah menentukan segala-galanya.

Panggilan telefon pada suatu pagi dari hospital, menghadirkan kembali episod duka dalam hidup aku dan Mashitah. Mashitah diminta ke hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience