BAB 6

Spiritual Completed 1586

Beberapa minggu selepas kunjungan Ustaz Saufi, aku mendapat berita yang Siu Hun telah melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan ibunya. Berita itu begitu cepat tersebar ke seluruh pekan ini.

“Mungkin dia bahagia sekarang.” Rintih hatiku…

SETAHUN KEMUDIAN

“Arash, adakah kau terbaca akhbar hari ini?” Tanya Bukhari tergopoh-gapah. Belum. Mengapa Bukhari?” Tanyaku balik.

Tanpa menjawab soalanku, Bukhari terus menghulurkan helaian akhbar yang dibacanya kepadaku.

ROMPIN, 15 Mei : Jutawan Mati Dibunuh

SEORANG Jutawan terkenal di pekan ini, Puan Pang Cheng ditemui mati berlumuran darah di kepala. Mendiang disyaki ditembak oleh menantunya kerana dikhabarkan berlaku perselisihan pendapat tentang pembahagian harta dalam keluarga tersebut.

Menantunya, Kok Ngar Wai, ditahan bagi membantu siasatan polis. Sementara anak kepada mendiang,Siu Hun Chia, ditempatkan di hospital kerana pengsan akibat dicederakan oleh suaminya.

Aku begitu terkejut mendengar berita tersebut.Tanpa melengahkan masa, aku terus berkejar ke hospital. Bukhari menghalangku. Namun, difikiranku hanya terbayang wajah Siu Hun.

Sesampainya di hospital, aku melihat Siu Hun terlantar di katil hospital. Kelihatan wajahnya begitu lesu. Malam itu, aku menemaninya. Sepanjang malam tersebut, beberapa kali Siu Hun memanggil nama ibunya.

Mungkin dia mengalami mimpi buruk akibat kejadian tragis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience