BAB 2

Spiritual Completed 1586

Aku beristighfar berkali-kali. Namun tiada juga terlelap mata ini. Masih terngiang-ngiang di telinga akan kata-kata Siu Hun di pantai petang tadi.

Siu Hun,anak seorang hartawan wanita cina di pekanku telah dua tahun ku kenal. Minatnya dalam mendalami ajaran agama Islam menyebabkan aku kagum padanya.

Akulah sumber rujukannya dari dulu. Aku dijadikan tempat bertanya tentang kemusykilan dalam ajaran Islam,tentang pandangan negatif barat terhadap Islam serta segala permasalahan yang wujud sepanjang mendalami ajaran suci ini.

Walaupun dia masih belum mendapat hidayah dari-Nya, namun dia telah menghafal beberapa surah pendek dalam Al-Quran.

Akulah yang mengajarnya bacaan tajwid dan cara bacaan yang betul. Di pantai itulah,dia menuntut ilmu dariku.

“Arash,bolehkah aku bertanya?” tanya Siu Hun tiba-tiba.

“ Ah…Kau ini Mei…Mengapa perlu diminta keizinan? Tanyakan saja..”Balasku sambil tersenyum.

“Arash,apa pendapat mu tentang Islam?”Tanya Siu Hun kembali.

“Mei, mengertilah, Islam itu agama yang syumul, sempurna. Islam merangkumi semua aspek kehidupan. Apa sahaja yang menjadi kemusykilan dalam hidup ini, Islam ada jawapannya. Dan Al-Quran adalah sumber rujukan kepada semua permasalahan yang timbul. Islam tidak pernah melarang umatnya melakukan sesuatu. Contoh yang paling jelas adalah berhibur. Nikmat yang Allah kurniakan ini adalah untuk dirasai. Cuma kau mesti tahu akan batas-batas yang telah ditetapkan oleh-Nya. Islam juga tidak menghalang percintaan antara dua insan.Sedangkan nabi Adam yang berada di syurga inginkan teman. Lebih-lebih lagi kita ini makhluk yang biasa. Kau…Aku…Semuanya inginkan teman…”Kataku panjang lebar.

Siu Hun menjeling kepadaku. Dia diam membisu. Mungkin terperangkap dengan kata-kata terakhirku tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience