BAB 8

Spiritual Completed 1586

“Cik Mashitah, diharap cik bersabar. Berdasarkan ujian terhadap darah cik semasa dirawat di hospital kami dulu, cik didapati menghidap HIV positif dari bekas suami cik. Dan hayat cik sudah tidak berapa lama lagi.” Begitulah kata-kata doktor pada pagi itu.

Mashitah menangis. Apa lagi yang terdaya dilakukan oleh makhluk lemah bergelar wanita itu.

“Oh…Tuhan…Adakah ini ujian mu kepadaku? Mengapa semua ini harus terjadi? Mengapa begitu berat ujianmu ini? Dosaku terhadapmu tak terdaya kuhitung. Amalku terhadap mu tiada lagi mencukupi. Mengapa begitu cepat nyawa ini ingin kau ambil kembali? Ampunilah dosaku. Hambamu yang hina ini merintih simpati darimu. Ampunilah dosaku…”Siu Hun merintih sendirian dalam doanya pada malam itu…

“Di pantai itu, aku menemani Mashitah. Mashitah, masihkah kau ingat saat ini?” Tanyaku.

“Hmm…Cinta adalah laut. Laut yang tidak berpenghujung ibarat cinta yang tidak berakhir. Cinta yang tiada noktah. Cinta yang abadi. Seperti cintaku kepada Penciptaku,” katanya penuh perasaan.

“Benar katamu itu. Cinta yang paling agung adalah cinta hamba ini kepadanya.

“Mashitah, Allah telah mengurniakan banyak nikmat cinta buatku. Nikmat cintaku kepada-Nya. Dan nikmat cintaku kepada seorang hambanya. Hambanya yang berada di depan mataku ini. Aku mencintaimu Mashitah,” kataku penuh keikhlasan. Mashitah kaget. Dia diam. Tunduk. Tuduk tiada kata.

“Mashitah, tenung mataku. Aku ingin memperisterikanmu. Percaya pada kataku ini. Aku sanggup menanggung semuanya. Aku redha Mashitah,” tambahku lagi. Mashitah menangis...

“Arash, hayatku kian singkat. Kau akan menyesal suatu hari nanti. Kau sanggup kehilangan aku?” Tanya Mashitah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience