Bab 18

Romance Series 1216323

Bab 18

WALAUPUN baharu saja bertunang pada pagi itu, Umaira tetap menghadiri satu majlis pada sebelah malamnya. Dia melangkah keluar setelah pintu dibuka oleh Luis. Di ikuti dengan Syafiqa menyusul dari arah belakang. Mereka berdua menghadiri sebuah majlis pelancaran produk penjagaan kulit terbaru dari sebuah syarikat yang terkenal dan dipercayai oleh jutaan pengguna itu. Beberapa orang jurugambar mula mendekati dan menangkap gambar mereka berdua memandangkan Umaira adalah salah seorang tetamu VIP yang diundang pada majlis tersebut.

"Congratulation, Miss Umaira," ucap beberapa orang wartawan dan juga jurugambar.

"Thank you," Umaira tersenyum nipis.

Tiba-tiba seorang pemuda memakai hoodie dan pelitup muka datang meluru lalu membaling beberapa biji telur busuk ke arah Umaira.

"Miss!" Luis dengan tangkas menepis dan melindungi Umaira dari terkena serangan itu. Cecair telur busuk itu telah mengotori lengan baju kot dan sebahagian tubuh belakang Luis. Bau busuknya juga mulai berlegar di ruang udara, menusuk rongga hidung.

Umaira terkejut namun dia cuba untuk kekal tenang. Walaupun keadaan menjadi hura-hara atas serangan mengejut itu, namun para jurugambar tetap cuba sedaya upaya merakam momen itu untuk dijadikan sebagai bahan berita sensasi mereka nanti.

"Babe, are you okay?" tanya Syafiqa cemas.

"Yeah, I'm okay," jawab Umaira mengawal riak wajah.

"Kejar dia sampai dapat!" arah Luis pada beberapa orang pengikutnya itu. Mereka pun dengan cepat mengejar penyerang yang sudah pun melarikan diri itu.

"Tolong beri laluan!" kata Luis keras pada mereka yang masih mengelilingi dan berpadat-padat mengambil gambar disitu.

Umaira dan Syafiqa pun terus melangkah masuk ke dalam hotel lima bintang itu menuju ke dewan di iringi oleh Luis dan juga beberapa pengikut yang lain.

****

"BABE, kau rasa siapa yang serang kau tadi? Tak pernah tau, kau kena serang selama ni. Ini pertama kali. Kau ada bermusuh dengan sesiapa ke?" bisik Syafiqa. Mereka berdua kini sedang duduk di meja bulat VIP bersama beberapa tetamu undangan yang lain.

"Entah. Setahu aku, tak ada," jawab Umaira sambil berfikir.

"Weh, kau kena hati-hati lah lepas ni, babe. Itu baru telur busuk, kalau diorang serang guna senjata tajam, macam mana? Nasib baik lah ada Luis tadi. Kau kena siasat benda ni sampai ke akar umbi," ujar Syafiqa.

Umaira hanya diam menanggapi kata-kata Syafiqa.

"Luis mana? Dari tadi aku tak nampak batang hidung dia," Syafiqa meliar anak mata memandang sekeliling ruang dewan itu mencari susuk Luis.

"Dia tengah siasat budak tu," ucap Umaira selamba.

Membulat mata Syafiqa. "Hah? Luis dah dapat tangkap ke?"

"Ye. Dia baru inform aku tadi," jawab Umaira.

Syafiqa terus menghela nafas lega. Tubuh lalu disandar penuh di dada kerusi. "Siapa lah agaknya dalang serangan tu eh?"

"We will know later," ujar Umaira masih dengan wajah tenangnya.

"Miss..." Umaira sedikit tersentak lalu menoleh ke sisi. Begitu juga Syafiqa. Luis yang berdiri di belakang terus membongkok dan membisik sesuatu ke telinga Umaira.

Mendengar hasil siasatan itu, Umaira terus mengukir senyum sinis. Dia memandang seorang wanita cantik tinggi lampai yang sedang berdiri di atas pentas sambil tersenyum manis mempromo produk terbaru itu bersama barisan model yang lain. Wanita itu dipilih menjadi duta utama produk tersebut.

"Apa babe? Siapa dalangnya?" tanya Syafiqa yang ingin tahu itu.

Umaira hanya melirik mata ke arah pentas itu. Syafiqa yang mengerti, terus melopong luas.

"Kau ni biar betul, Luis?" tanya Syafiqa seolah tidak percaya. Luis yang berdiri dibelakang itu, sedikit terpinga-pinga apabila disoal mendadak oleh Syafiqa.

"Dalang dia yang dekat atas stage tu?" tanya Syafiqa separuh berbisik. Luis hanya mengangguk nipis.

Melihat anggukan itu, Syafiqa terus menghela nafas panjang.

****

SEDANG Umaira dan Syafiqa memilih pelbagai kuih-muih dan pemanis mulut di atas meja itu, seorang wanita datang menghampiri mereka.

"Ee! Bau apa ni? Macam bau telur busuk lah."

Umaira yang baru ingin menyepit kuih seri muka itu terus tidak jadi. Dia menoleh dan melihat Irina berdiri disebelahnya sedang memicit hidung sambil tangan mengibas-ngibas. Penyepit kecil itu diletak kembali di atas pinggan kecil sebelum dia menoleh memandang Irina yang berdiri disebelahnya itu.

"Oh, no wonder lah ada bau telur busuk tadi. You rupanya dekat sini. I dengar you kena serang tadi," ujar Irina dengan liuk lentoknya.

Umaira terus tersenyum sinis. "Macam mana kau tahu aku kena serang? Siapa beritahu kau?" tanyanya sengaja mahu melayan perangai 'diva' wanita itu.

Syafiqa yang berdiri di belakang sudah mula cuak. Pinggan di tangan terus diletakkan di atas meja lalu memegang lengan Umaira.

"Babe, don't make a scene here," bisiknya ke telinga Umaira.

"Don't worry. I know how to handle this little bit**y diva," Sinis Umaira berbisik. Matanya tidak lepas dari merenung wajah model antarabangsa itu.

"Well, kawan I beritahu tadi. Dia kata punca orang tu serang you sebab dia sakit hati dengan you, sebab rampas bakal suami I. Kesian you kan? Tu lah, walaupun I tak buat apa- apa, tapi peminat I tak suka dan tak akan biarkan kalau orang cuba nak rampas kebahagiaan I. Mereka nak tengok I sentiasa happy. Haa giteww..." sindir Irina sambil mengerdip mata berkali-kali. Naik meluat pula Umaira memandangnya.

"Oh ye ke? Tak tahu pula aku ni rampas bakal suami kau. Tapi setahu aku, korang tak ada hubungan apa-apa pun," jawab Umaira tenang walaupun hati sudah mendongkol geram.

"Yes, we are!" bentak Irina geram tiba-tiba.

Umaira terus tersengih sinis. Belum apa-apa, dah emosi.

"Macam ni lah. Kalau kau rasa, aku ni rampas bakal suami kau tu, apa kata kau pergi jumpa dia, then ajak dia kahwin. Kalau dia kata setuju, then aku boleh putuskan pertunangan tu dan kembalikan dia pada kau. Tapi kalau dia kata tak nak, jangan pernah kau tunjuk muka kau depan aku siap dengan lakonan murah kau tu. Mual aku tengok," ujar Umaira dengan wajah berubah dingin.

"Kau ingat aku tak tahu ke, kau dalang serangan tu? Budak tu mengaku kau yang upah dia," tambah Umaira sambil menjongket sebelah kening.

Irina terpempan. Air mukanya terus berubah pucat. Umaira melangkah setapak menghampiri Irina yang terpaku itu.

"Kau kena sedar diri dan ingat siapa yang menjadikan kau berjaya sampai ke tahap ni. Kalau tak disebabkan ibu aku kutip dan bagi kau peluang untuk jadi model memperaga beg mahal dia 7 tahun yang lalu, belum tentu lagi kau dilamar oleh agensi model US tu. Dan harus kau semat dalam kepala otak kau, aku boleh je suruh mana-mana agensi yang bekerjasama dengan kau untuk tarik balik dan batal kontrak kau kalau kau terus berniat nak cari pasal dengan aku," ugut Umaira dengan nada separa berbisik.

Irina tergamam seribu bahasa. Ya, dia terlupa tentang hal itu. Dia tidak menyangka wanita yang berwajah polos didepan nya ini begitu licik dan menggerunkan.

"So, jangan pernah cuba-cuba cabar kesabaran aku," kata Umaira lalu mengatur langkah pergi. Sementara Syafiqa sempat lagi melontar senyuman sinis kepada Irina sebelum turut sama melangkah pergi bersama Umaira.

****

UMAIRA sudah bersiap untuk turun kerja. Awal-awal pagi lagi, Puan Kartina sudah bertolak memandangkan dia harus menghadiri mesyuarat penting di Johor. Baru sahaja kaki melangkah keluar dari pintu utama, langkahnya terus mendadak terhenti. Terkejut memandang Syed Redza yang segak tampan itu berdiri sambil bersandar di pintu kereta di perkarangan rumahnya.

"Morning..." sapa Syed Redza sambil tersenyum nipis.

"Awak buat apa datang sini? Awak tak kerja ke?" soal Umaira tanpa menyahut sapaan lelaki itu. Syed Redza perlahan melangkah menghampiri Umaira.

"Mulai hari ni, saya akan jemput awak turun kerja and hantar awak balik," ujar Syed Redza.

Ternganga mulut Umaira. Tercengang. "Hah? Kenapa?”

Bukannya menjawab, Syed Redza malah dengan selamba menarik lengan Umaira. "Dah, jom. Nanti lewat pula."

Walaupun masih bingung, Umaira tetap juga melangkah. Syed Redza membuka pintu kereta lalu mendorong tubuh Umaira masuk ke dalam kereta.

Umaira hanya diam sepanjang perjalanan itu sambil berpeluk tubuh. Wajahnya tampak serius. Dia tiada mood untuk bercakap dengan lelaki yang sedang memandu disebelahnya itu. Suka hati dia je nak hantar ambil orang. Macam lah aku tak ada driver. Luis tu nak buat apa? Bodyguard plus driver aku kot! Cehh! Belum kahwin, dah nak control orang. Omel Umaira di dalam hati.

"Kenapa awak tak beritahu saya, awak kena serang semalam?" soal Syed Redza cuba memecah kesunyian di antara mereka berdua.

Umaira terus menoleh. "Kenapa awak nak ambil tahu? Awak risau ke, saya serang bakal isteri awak tu?" perlinya lalu menjeling nipis.

Syed Redza pantas menoleh ke sisi, memandang wajah sebal Umaira. "Bakal isteri? Siapa bakal isteri saya sekarang ni?"

Umaira terus mencebik sebal. Soalan punnn… "Kalau bukan bakal isteri, then apa? Bakal madu saya nanti? Mesti dia ada mengadu dekat awak kan semalam?" tekanya.

Syed Redza terus memberhentikan kereta di bahu jalan secara mendadak. Hampir terdorong tubuh Umaira ke depan, tetapi mujur sahaja dia memakai tali pinggang keselamatan.

"Apa awak ni?" Marah Umaira naik geram. Dia menoleh memandang wajah Syed Redza yang berubah tegang tiba-tiba itu. Bohong lah, jika dia tidak kecut perut memandang renungan tajam itu.

Syed Redza terus merapatkan wajahnya ke wajah Umaira. Itu membuatkan Umaira terpempan lalu tanpa sedar tertelan air liur.

"You listen here, my dear fiancee', Umaira Natasha binti Johari... Saya cuma ada seorang bakal isteri, iaitu awak. Dan awak takkan pernah dimadukan. Saya tak akan menduakan awak sepanjang kita berkahwin nanti. Pegang kata-kata saya," ungkap Syed Redza kedengaran terlalu serius dan memaksudkannya.

Umaira sekali lagi tergamam. Terkebil-kebil matanya memandang Syed Redza yang begitu dekat dengan wajahnya itu. Jantungnya usah dipersoalkan lagi. Memang berdebar hebat di saat ini sehingga lidahnya jadi kelu.

Share this novel

Mermaid_
2023-05-23 06:55:54 

aaaa nak lagiiii ihiks!


NovelPlus Premium

The best ads free experience