Bab 4

Family Series 1344

'Shawn, you tahu apa you buat ni? You tak rasa bersalah ke, tinggalkan isteri pada malam pertama perkahwinan you dan keluar dengan perempuan lain.' Marah James kepada Shawn. James adalah sepupu Shawn dan juga merupakan peguam kepada semua rangkaian Syarikat Shawn Berhad.

' Angel tahu tentang Julia. Lagi pun I dah berkali-kali minta Angel untuk menolak perkahwinan ini tapi tak nak bertindak. So, i buat apa yang i nak buat.'

'So, you kenapa tak tolak, kenapa tak bertindak?'

'Bro, i tak nak kecewakan parents i. You bukan tak tahu, i ni kan satu-satunya anak lelaki dalam family i. Bakal pewaris.'

'Shawn, you know, you ni selfish. Kalau you satu-satunya anak lelaki, Ann itu satu-satunya anak kepada mr. Smith.
Shawn, i nak tanya you, apa yang you nampak kat Julia? You kenal dia baru dua tiga bulan, dah mampu kalahkan persahabatan awak dengan Ann yang berpuluh tahun.'

'Bro, i dengan Angel best friend sampai bila-bila tapi dengan Julia i rasa sesuatu, i tak tahu macam mana nak explain.'

'Shawn, i tahu bila you dengan Julia, you rasa hebatkan. Seorang ratu jadi rebutan dan akhirnya awak jadi pemenang, itu yang menyebabkan you rasa bangga sangatkan. I tak nak masuk campur, tapi bila you kehilangan sesuatu yang amat berharga, jangan datang kat i mengadu dan jangan bagitahu i yang i tak ingatkan you. '

' Relax bro, i know Angel, she be always on my side. '

James hanya mampu menggelangkan kepala mendengar keyakinan melampau dari Shawn. James tidak nafikan yang Julia mempunyai cukup package sebagai seorang wanita idaman semua kaum lelaki. Namun Annabell juga mempunyai daya tarikkannya tersendiri. Dengan wajah kacukan dan perangai yang kasar tapi manja menjadi kelebihannya.

Melihat kemesraan Shawn dan Julia menyebabkan James rasa bersalah. Kekasih James, Linda adalah teman baik Julia dan Shawn berkenalan dengan Julia melaluinya. Sekiranya James tahu yang Shawn tidak mempunyai perasaan terhadap Annabell sebelum ini, sudah pasti James akan berusaha untuk memikat Annabell. Tapi semuanya sudah terlambat, Linda telah menghuni hatinya.

James mempunyai kecurigaan terhadap Julia, adakah itu naluri seorang peguam. James menyimpan satu misi untuk selamatkan perkahwinan sepupunya dengan gadis yang pernah menyapa hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience