Bab 1

Family Series 1344

"I dont want this marriage, i love you as my best friend but not as a wife. Please,... Angel. '

Buat seketika aku lupa benafas. Aku dan Shawn umpama belangkas. Kami berkawan sejak kecil kerana kedua ibu bapa kami bersahabat baik dan juga rakan bisnes.

Ibu bapa kami telah merancang untuk menyatukan kami dalam ikatan perkahwinan untuk merapatkan lagi hubungan keluarga dan juga bisnes mereka.

Aku adalah orang yang paling bahagia apabila mendapat tahu rancangan ini kerana aku dalam diam menyimpan perasaan terhadap Shawn. Namun bagi Shawn, aku hanyala teman baik tak lebih dari itu.

'So, macam mana nak bagitahu keluarga kita?'

'Angel, you kan selalu ada idea.'

Shawn seorang yang berkarisma, tegas dan otak bergeliga dalam pelajaran dan kini sebagai ahli perniagaan yang berjaya walaupun dalam usia 24 tahun. Namun dalam soal hati, 'sifar'. Setiap kali apabila ibu bapa kami memarahi kami, akulah yang sering mencari helah bela diri untuk melepaskan diri.

Bila difikirkan balik, buat apa aku nak lari dari perkahwinan ini sedangkan ini lah yang ku tunggu selama ini. Namun demi teman baikku akan ku usahakan untuk nencari jalan. Tapi, sanggup kah aku?

'Angel, please... Kita tak boleh kahwin, Julia dah confess kat aku, dia juga ada hati kat aku. Aku tak boleh tengok Julia menanggis.Bila i bagitahu yang kita akan kahwin, Julia sangat sedih dan confess kat aku yang dia dah lama sukakan aku tapi tak berani nak luah sebab you sentiasa ada dengan i.'

'Awak selalu buat aku menanggis tak apa.'

'Come on, Angel. You tu kuat, Julia fragile. You know Angel, Julia tu bekas ratu, ramai orang yang nak kan dia, if i dapat kan dia... wow... Kami akan jadi The best couple.'

Sekali lagi aku tak dapat bernafas. Kalau ditakdirkan aku mati sesak nafas dah dua kali aku mati. Apa aku nak buat ni. Oh Tuhan tolong aku, kalau aku lepaskan Shawn, aku pasti tak dapat bersama dengannya walaupun sebagai teman kerana aku kenal siapa Julia. Perlukah aku teruskan perkahwinan ini atau lepaskan Shawn kepada Julia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience