Bab 5

Family Series 1344

Aku bangun dan bersedia untuk ke pejabat. Aku tidak akan duduk di rumah termenung sendirian, lebih baik ke pejabat untuk menghilangkan segala rasa yang ada dalam fikiran ku. Tanpa melihat kiri kanan aku ke pejabat. OMG... hari ini kan hari ahad, hari cuti. Baru sehari aku kahwin dah nyanyuk. Apa lagi kalau dah sepuluh tahun. Ada juga hiburan pagi buat diriku.

Tak kan aku nak ke pejabat pula, lalu aku teringat sesuatu, aku tahu nak ke mana. Lantas aku meneruskan perjalananku. Ya Tuhan, kuatkan imanku. Aku melihat kereta suamiku keluar dari resort milik bersama keluarga ku dengan suamiku. Aku ketawa bersama linangan air mata kerana Julia ada bersamanya.

Di mana perlu ku tuju? Nak balik rumah papa dan mama, sendirian pasti di soal siasat. Ke rumah Avia lagi parah. Aku tak punya kawan rapat selain suamiku. Kenapa lah aku tak cari ramai kawan, sekurang-kurangnya ada tempat untuk mengadu.

Perjalanan ku tanpa arah seperti hidup rumahtangga ku yang tidak ada arah tuju. Aku berhenti di sebuah resort berhampiran dengan pantai. Memandangkan hari dah petang aku menyewa satu bilik yang berhadapan dengan laut. Duduk menghadap laut, sambil melihat ombak dan mendengar deruan angin tanpa sedar aku terlelap.

'Bro, can you please call Angel? I dah call banyak kali tapi tak berjawab. Angel belum balik lagi dah malam ni.'

'Shawn, kalau i jadi Ann, i pun tak angkat. You tinggalkan dia semalam, keluar dengan perempuan lain, balik pagi. Suami apa you ni.'

'Bro, i minta tolong call Angel bukan bagi ceramah kat i.'

Mana Angel ni, selalunya tak pernah tak jawab call i.

'Angel. Oh my God. Where are you? Kenapa tak angkat phone?'

'Kenapa cari aku ni? Aku pun nak honeymoon juga.'

'Please Angel... Where are you?

' Tak perlu bimbang aku ni kuat bukan seperti Julia, fragile. Awak sepatutnya cari Julia. Jangan salah kan aku kalau Julia merajuk dan awak tak dapat pujuk. Okay, aku penat, bye.'

'Angel... Angel... Hello.'

Jauh di lubuk hati Shawn ada rasa kekesalan namun tarikkan Julia tidak mampu di tolak. Persahabatannya dengan Annabell sesuatu yang istimewa. Shawn sendiri tidak dapat merungkainya. Apa yang harus Shawn lakukan? Tinggalkan Julia atau berusaha bersama Annabell untuk selamatkan perkahwinan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience