Bab 3

Family Series 1344

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, akhirnya aku bergelar isteri kepada Shawn. Suasana majlis begitu meriah tetapi hatiku begitu sedih. Dua hari yang lalu, aku dan Shawn bertemu dan Shawn telah meletakkan beberapa syarat dalam perkahwinan kami.

Syarat pertama
Kami hanya bergelar suami dan isteri di atas kertas.

Syarat kedua
Selepas setahun kami akan bercerai.

Syarat ketiga
Dihadapan keluarga dan orang luar, kami adalah pasangan yang paling bahagia.

Syarat yang seterusnya dah tak boleh masuk dalam kepala. Tetiba aku jadi buta huruf, tulisan pada kertas perjanjian itu seperti menari-nari dan tiba-tiba berhenti pada syarat yang terakhir.

Syarat terakhir
Aku tak boleh larang hubungannya dengan Julia.

'Angel... What are you dreaming? Jangan bagitahu i yang awak berangan tentang malam pertama kita. It's won't happen. Smile...' bisik Shawn kepada ku.

OMG, rupanya kami dalam sesi bergambar, aduh... boleh lagi aku dengan duniaku. Aku tak dapat bayangkan rupaku dalam gambar tapi nak kisah apa pada gambar bukannya perkahwinan ini kekal.

Selepas majlis bersurai, aku dan Shawn balik ke rumahnya. Syukur Shawn mempunyai rumah sendiri dan aku tak payah nak berlakon sebagai isteri mithali.
Aku dah biasa dengan rumah Shawn, tutup mata pun aku tahu, kan kami ni "teman baik".

Bila sebut teman baik, Shawn telah memberikan aku bilik dengan pemadangan yang tenang. Dari tingkap bilik ku, aku dapat melihat keindahan ciptaan Tuhan. Nun hijau meluas. Kedudukan rumah Shawn di atas bukit, seakan-akan aku berada di atas awan, lupa seketika masalah yang ku alami.

Ketenangan ku terganggu apabila mendengar bunyi kereta di pandu keluar. Sedaya upaya ku menahan air mata dari mengalir namun aku tak mampu menahannya. Aku tahu Shawn ke mana. Aku tidur ditemani dengan air mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience