Rate

Bab 1

Romance Series 3090

Pagi memang tak selalu indah, waktu macam nilah aku malas nak bangun. Hujan beb. "Iera, bangunlah cepat. Nanti kau lambat pergi kelas harini, dahlah pagi ni singa yang masuk." bebel Anita. Amboi, siap label Cikgu Wani singa lagi. Cikgu Wani adalah cikgu BM yang garangnya toksah nak cakap, kalau beliau dah buka mulut, mahu menggigil lutut ni.

"Yelah yelah, aku bangun ni." dengan malas dan kerana terpaksa ku relakan, aku pun bangun dan bersiap.

Aku dan Anita ni sama sekolah rendah dulu. Sekarang dah sekolah menengah pun kita orang masih sama, bilik asrama pun sama. Pendek kata kita orang ni macam adik beradik dah. Yelah, mana tak nya, Anita anak tunggal, jadi dia berkongsi kasih sayang adik beradik dengan aku jelah.

"Iera, kau dah siap tak kerja rumah yang singa bagi tu?" "Hah? kerja rumah? Kerja rumah apa? Aku tak tahu pun." Alamak, bila masa pulak ada kerja rumah, nilah akibatnya kalau berangan jer dalam kelas. Masa belajar boleh pulak aku berangan, hadui, nahas-nahas. "Tulah kau, singa tu siap ulang tiga kali lagi suruh buat muka surat 21, aku ingat kau hadam apa dia cakap, rupanya tembus dinding kau tengok ye. Apalah yang kau angankan tu, haish." Omel Anita. Anita memang dah faham dengan perangai aku yang suka mengelamun ni. Tapi yang ni aku tak kisah, yang kisah sekarang, nak copy paste kerja rumah tu memang dah tak sempat dah ni.

"Anita, macam mana, matilah aku. Nanti dia marah pulak takpun dia balun tangan aku yang mulus dengan rotan dia tu."

"Eleh, banyak cantik muka kau kata tangan kau mulus. Manalah aku tahu, kau tu yang berangan sampai ke langit, tadah jelah telinga kau sampai berdarah." amboi-amboi amboi. Galak betul Anita ni perli aku. Dia tak tahu ke berangan tu lebih indah dari realiti.

Senyap. Alamak, beliau dah masuk kelas. "Selamat pagi Cikgu Wani." ketua darjah, Rose memberi salam hormat diiringi kami sekelas. "Selamat pagi, ok sekarang hantar kerja rumah yang saya bagi tu, saya tak nak kamu kumpul buku kamu, saya nak kamu sorang-sorang jumpa saya." Arah Cikgu Wani. Dia senyum tidak, reaksi marah pun tidak. Entah, mungkin dia ni memang jenis takde emosi kot. "Iera," Senyap. "Nurul Shahira Binti Malik!!" "Arrrr, yer cikgu?" tergagap-gagap aku. Alamak kantoi lagi mengelamun ni. "Dekat sekolah belajar, timba ilmu. Bukannya suruh awak mimpi sampai langit ke-7. Cepat bawa buku kerja awak, semalam saya dah bagitahukan ada kerja rumah." tempelak Cikgu Wani. "Errr, macam mana nak cakap ya. Sebenarnya cikgu, semalam... " "Awak tak buatkan?" "Hah? hmmm. Ya cikgu." baik aku mengaku dari aku menipu, tambah dosa jer kalau menipu ni, nanti ilmu tak berkat.

"Baik, awak boleh berdiri bawa buku kerja awak tu pergi ke luar kelas. Haaa, berdiri kat luar kelas ya. Saya pantang kalau orang tak buat kerja yang saya suruh. Nak berjaya macam mana, SPM dah nak dekat tapi kerja rumah sikit pun awak tak buat ke awak memang malas nak buat." Cikgu Wani siap bagi arahan lepastu perli aku lagi. Sabar jelah, memang dah salah aku. Apalagi dengan rasa poyo aku berdirilah dekat luar kelas.

"Hahaha, padan muka kau." Anita dah siap-siap jelir lidah dengan aku. Nanti kau ye...

Tiba-tiba aku terdengar suara yang ku kenal. Suara yang boleh hilang stress aku. Tapi... Alamak, nanti dia tengok aku kat sini pulak. Mesti dia fikir aku ni pemalas. "Jamie kau masuk kelab perpustakaankan?" "Ya" Jamie tersenyum dan! Dah betul sangkaan aku. Tak lain dan tak bukan memang mamat ni empunya suara! Jamie. Oh Jamie. Dia ni memang peminat aku. Eh! Salah, aku yang minat dia. Hehehe. Tapi yalah, aku sorang je kot yang syiok kat dia. Dia ni mesti ada buah hati dah. Yelah, muka hensem, baik hati, hormat orang tua, anak cina orang kaya lagi tu. Haish. Untunglah sapa yang dapat dia. "Hai Iera" Jamie menegur aku dan aku balas lah dengan senyuman manis. Eh! Alamak, kenapa pulak aku nak senyum. Dah lah berdiri kat luar, kantoi tak buat kerja rumah.

Wah, masak aku kekasih pujaan cinta hati intan payung aku tahu aku ni pemalas orangnya. "Eh kau apasal kat luar ni" tegur Ariffin. Ha, yang ni kira macam aku dan Anita jugak, kawan rapat Jamie. "Errr, tak ada apalah" "hahaha, kau tak buat kerja rumah ek? Pemalasnya kau, dah lah perempuan, kerja rumah pun malas nak buat. Buruk betul perangai" pedas betul sindirin Ariffin ni. Ni kalau aku ada cili, aku lumat-lumatkan dalam mulut dia sampai mulut dia kebas. "Eh, kau ni. Macam lah kau tak pernah buat jugak. Muka pun macam penyagak, hah, tak mungkin penyangak macam kau tak pernah tak buat" Aku siap dengan tarik muka lagi, menyampah betul dengan Ariffin ni. Mulut kalau dia kawan dengan Ida tu memang sesuai, mulut celupar tak sedar diri!

"Sudahlah fin, kita ni dah kacau dia lah. Kesian dia. Nanti Cikgu Wani tu marah pulak kita kat sini. Jum. Saya minta maaf yer Iera" ni yang aku cair ni. Siap senyum nampak lesung pipit dengan aku lagi. "Yang kau tersengih-sengih ni kenapa? Gila ke?" Alamak, aku lupa yang penyagak masih kat sini. "Eh, mana ada, eh berambuslah kau. Kalau kau tak blah, aku tumbuk kau nanti. Sedap mulut kau je cakap aku gila." "Hahaha. Jum Jamie, tak kuasa aku layan perempuan yang ada mental ni. Siap nak tumbuk aku lagi, gangster betul perempuan ni. Tapi tak pe. Sebab kau cantik, aku blah, kau tak payah halau mamat hensem macam aku ni. Jum Jamie." Berlagaknya mamat perasan bagus ni. Eee. Menyampah aku! Sabar, kau tunggu ada hari aku balas. Hensem kau! Jamie lagi hensem, penyangak macam kau tu tak hensem langsung. Aku cuma simpan ayat tu dalam hati, yelah, kang aku jerit dengan ayat macam tu. Nanti ibunda aka Cikgu Wani pulak yang keluar mengamuk dengan aku nanti.

Alahai, sudahlah tak dapat tidur lena, berdiri lagi kat luar kelas, pastu jumpa pulak si Jamie buah hati dengan mamat penyangak masa aku buat kerja rumah kat luar ni. Apalah nasib badan ku ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience