Rate

BAB 5

Romance Series 3090

Hujan turun membasahi bumi. Kedinginan pagi membuat aku malas untuk bangun. Tapi aku terpaksa jugak bangun, nanti ayah bising pulak. Lepas dia tahu aku kena gantung sekolah, ayah dingin dengan aku. Bercakap pun sepatah dua kata.

Selepas mandi dan solat, terus aku ke dapur menyediakan sarapan. "Assalammualaikum anak mak, awal bangun harini." "Oh mak kau menari! oh mak kau! Waalaikummussalam, mak ni terkejut Iera tau, nasib baik tak mati mengejut." Melatah aku sebab terkejut dengar mak aku tiba-tiba bagi salam.

"Eh, anak mak ni, muda-muda lagi dah melatah. Iera, tolong ambil pisang dalam almari tu. Mak nak buat cucur pisang. Mak tahu Iera mesti sukakan." Wah... Mak buat cucur favourite aku. Sejak tinggal asrama lama dah aku tak merasa cucur pisang.

"Mak, ayah masih marah Iera lagi ke pasal kes tu? Iera tak mencuri mak, mak ayah tak ajar Iera mencuri, Iera dapat bezakan yang baik dan buruk mak. Mak percayakan Iera kan?"

"Iera sayang, mak percaya anak mak tak pernah buat kerja macam tu. Anak mak baik. Iera dan abang Wan jer anak mak dan ayah. Kejap lagi sejuklah hati ayah. Mungkin ayah masih terkejut tu. Jangan fikir banyak ya. Apa yang terjadi dekat Iera, mesti ada hikmahnya." Mak genggam erat tangan aku. Dia tahu aku risau kalau ayah ambil hati. "Mak, sebut abang Wan, abang Wan bila nak datang? Rindu lah dengan Qalisha. Nak picit pipi dia yang tembam tu."

"Abang Wan kau balik Jumaat ni. Ha, mulalah tu nak buli anak buah dia tu." Mak siap jeling-jeling lagi, amboi, tak hairanlah, Qalisha kan cucu kesayangan dia.

"Mana adalah mak. Mak, lepas sarapan Iera pergi warung yer. Nak tolong ayah. Kesian ayah, abang Zaid dan Kak Lina mesti tak menang tangan kalau banyak orang makan kat warung tu." Warung Pak Malik memang terkenal dengan nasi lemak yang enak dan teh tarik yang lazat. Kalau makan hari-hari pun tak jemu. Jadi tidak hairanlah kalau warung ayah dapat banyak sambutan.

Dulu mak yang selalu tolong ayah dekat warung. Tapi sekarang kaki mak tak kuat nak jalan jauh. Mak kerap mengadu sakit kaki. Ayah pun tak bagi mak kerja di warung. Cukuplah ada pembantu iaitu abang Zaid dan kak Lina yang bekerja dengan ayah.

--------------------------

Aku mengayuh basikal ke warung. Sebenarnya, aku masih takut lagi dengan ayah. Mesti dia kecewa dengan apa yang terjadi.

Setibanya aku di warung, warung ayah sudah pun di penuhi dengan pelanggan ayah. Ada juga yang sudah jadi pelanggan tetap. "Eh, Iera. Lama tak tengok kamu. Bukan kamu sepatutnya sekolah harini? Kamu sakit ke Iera?" tegur Pak Jamil. "Emmmm. Cuti Pak Jamil." Errr, tipu sunat boleh tak?

"Cuti? Aku dengar kamu kena gantung sekolah kan Iera? Sebab apa? Sebab mencurikan? Kamu tak payah tipu Pak Jamil, anak aku tu sekolah sama dengan kamu." Mak Tam menyampuk pulak dah. Kaki poret betul si Julia ni. Julia tu anak perempuan Mak Tam, mulut sama macam mulut murai.

"Betul ke Iera, apa yang Mak Tam kamu bagitahu?" "Hmmm, saya tak mencuri Pak Jamil. Mungkin ada orang iri hati dengan saya." Mesti heboh satu kampung cerita aku ni. Kampung aku kan banyak reporter yang tak berbayar, menjaja cerita yang tak tahu hujung pangkal.

"Iera, tolong ayah buat nasi lemak 3 pinggan lagi untuk keluarga Kak Zai kau meja hujung sana," ayah keluar dari dapur dan memberi signal supaya aku melarikan diri dari terus disoal siasat. Macamlah aku ni pesalah. Aku ni mangsa jer tau.

"Baik ayah." "Iera! Kak Lina rindulah dengan Iera." Kak Lina terus memeluk dan mengusap kepala aku. "Alah kak Lina, letih tau sikat rambut ni tadi. Hehehe, Iera pun rindu kak Lina dan abang Zaid." Abang Zaid tekun membuat teh tarik dengan gaya tersendiri, seperti orang berprofesional sahaja gayanya.

"Berapa semuanya?" tanya Kak Zai. "RM9.80 kak Zai." "Nah, simpan baki ya Iera." Kak Zai menghulur not RM10. "Oh ya, betul ke apa yang Mak Tam bagitahu? Tak sangka pulak Iera ni pandai mencuri ya. Akak ingat keluarga Iera ni orang baik-baik." Aku tengok kak Zai mencebik mulut.

"Akak, saya mangsa keadaan. Saya tak tahu siapa yang letak dompet dalam beg. Keluarga Iera tak pernah ajar Iera mencuri. Iera tahu yang jahat dan yang baik." Ni yang aku marah ni. Sesuka hati jer cakap keluarga aku macam tu.

"Alah, tak payah tipulah Iera. Mungkin selama ni Iera memang mencurikan? Mesti mak ayah Iera sokong Iera mencurikan? Lepas tu jumpa bomoh guna-guna untuk lariskan warung.Tak payah nak berselindunglah Iera. Kak Zai tahu kau yang mencuri." Siap dengan jari telunjuk dia tunjuk kat muka aku. Aku gigit sampai putus kang baru dia tahu. "Akak! Saya tak... " ayat aku terbantut apabila ayah datang dari arah belakang.

"Zai, baik kau pulang dari kau buat onar kat warung aku. Kalau kau cakap aku guna bomoh untuk lariskan warung aku, kenapa kau datang makan kat warung aku? Aku tak nak berdebat dengan kau. Baik kau balik! Iera, kau pun balik sekarang!" Ayah marah kat Kak Zai, aku pun sekali kena tempias. Semua pelanggan ayah tengok drama kami, ada yang mengiakan kata-kata ayah. Betullah kata ayah, kalau tahu buat guna-guna, kenapa nak makan lagi kat sini? Kak Zai bangun dan memegang tangan anaknya.

"Saya tahulah nak balik sendiri Pak Malik!" Kak Zai terus berpaling dan keluar dari warung. "Maafkan isteri saya Pak Malik, emosi dia tak stabil, yalah pembawakan budak." Abang Din menyalami ayah. Ayah sambut namun tiada senyuman yang terukir.

"Kak Lina, kirim salam dengan abang Zaid ya. Iera balik dulu." "Ok Iera, hati-hati ya!" Kak Lina melambaikan tangannya. Ayah... Ayah masih marah lagi dekat aku nampaknya. Maafkan Iera Ayah, Iera tak nak malukan mak dan ayah. Iera tak mencuri. Iera anak yang jahat sebab dah lukakan hati mak dan ayah. Maafkan Iera, mak. Maafkan Iera, ayah. Ku seka air mata yang berlinang dan meneruskan kayuhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience