Rate

Bab 3

Romance Series 3090

"Jika saya dapati ada pelajar yang ponteng sekolah lagi, saya takkan teragak-agak untuk mengambil keputusan drastik." Pergh, dah 45 minit dengar ceramah Cikgu Daim, guru disiplin yang digeruni oleh pelajar-pelajar SMK Gemilang. Lenguh berdiri, kaki rasa macam nak tercabut. "Alah, bila lagi lah nak masuk kelas ni." Anita dah menumbuk-numbuk kepala lututnya yang lenguh itu.

"Eh boleh tak kau diam sikit." Ida and the geng pulak dah. Asal ada kami, ada je dia orang ni. Suka sangat cari pasal. "Eh kau apasal suruh aku diam, ni mulut aku sukahati aku lah nak cakap!" siap menyinsing baju lagi si Anita ni. Marah benar gamaknya. "Memang pun mulut kau, aku tak cakap mulut aku pun. Dah lah membebel macam mak nenek. Nenek kebayan." ketawa berdekah Ida and the geng. "Oi! Kau cakap kawan aku macam nenek kebayan? Kau tu mulut puaka, hati busuk, mulut pun busuk! Tak sedar diri, muka je cantik. Akhlak macam haiwan perosak, ZERO!" Of course lah aku backup kawan aku. Kawan dunia akhirat. "Eh, minah ni pun ada kat sini jugak. Alah lupa lah dia orangkan belangkas. Dahlah ada hati nak ambil hak orang, lepastu kuat berangan. Entah entah dia angankan si Jamie tak Ida,sedarlah diri tu sikit. Muka kau ni tak layak nak lawan Ida," celah Zetty. Yang ni pun sama mulut puaka dengan Ida. Buruk akhlak betul!

"Eh bila masa pulak aku rampas hak orang? Sukahati akulah nak berangankan si Jamie, bukan kacau korang pun. Muka aku tak layak nak lawan Ida? Memanglah tak layak, sebab muka Ida ni macam puaka!" Dan bermulalah maki makian sumpah seranah di dalam dewan sekolah dengan disaksikan oleh pelajar-pelajar SMK Gemilang dan juga cikgu-cikgu di atas pentas. Sudahnya, selesai perhimpunan, kami dipanggil ke bilik cikgu disiplin.

"Saya fikir pelajar lelaki je yang suka gaduh. Rupanya pelajar perempuan pun sama jugak. Saya bercakap dekat atas stage, kamu semua boleh bergaduh dekat bawah. Sekarang saya tak nak ambil tahu siapa yang mula, saya nak kamu semua pergi luar bilik guru tu, pergi berdiri sana! Biar kamu semua ambil teladan sikit. Sepatutnya kamu semua jadi contoh kepada pelajar junior, tapi perangai macam ni kamu nak tunjuk dekat mereka?" merah padam muka Cikgu Daim, kedengaran bunyi nafasnya yang turun naik menunjukkan dia sedang mengawal kemarahan dia. "Tapi cikgu,saya tak bersa..." "Tak ada tapi tapi, kamu semua boleh keluar sekarang dan berdiri luar bilik guru sampai waktu rehat!" Alamak Anita, kenapa lah kau celah masa beliau cakap. Dah lah berdiri lama dalam dewan, ni pun nak kena berdiri sampai waktu rehat. Mak! Tolong Iera mak! Iera tak larat. Masa ni lah nak ingat mak.

"Ni semua pasal kau lah! Kalau kau tak bising, aku tak payah pun bercakap dengan kau." Ida merengus. Ecah dan Zetty pun buat muka. Eleh, kau ingat kau cantik nak buat muka macam tu. Cantik memang cantik tapi perangai psycho! "Eh, aku pulak yang kau salahkan. Kau yang kutuk aku dulu. Sapa suruh kau kutuk aku, padan muka kau." "Eeee... Kau ni bel..." Ecah menarik tangan Ida sambil mulutnya menjuih ke arah sesuatu. "Eh Jamie lah." Ida bersuara riang.

Hah? Jamie? Alamak, ni kali kedua dia tengok aku berdiri dekat luar ni. Dahlah depan bilik guru. Rosak reputasi aku. "Hai Jamie!" sapaan mesra Ida and the geng disambut dengan senyuman manis Jamie. "Alamak! Dia senyum dekat akulah beb!" Adegan gedik nilah aku tak nak tengok. Ceh, baru senyum. Eleh apa adehal. "Eh Iera, awak pun ada jugak?" zanggg. Merah muka aku, mana aku nak letak muka ni. Apasal lah aku kat sini. "Err ya. Awak nak pergi mana?" Senyuman Jamie nilah aku tak boleh blah. Kenapa lah hensem sangat ni Jamie. "Saya nak jumpa Cikgu Wani sekejap, saya tak faham apa yang dia ajar semalam. Oh ya! Awak pandai BM kan? Ermmm. Boleh tak, awak ajar saya kalau awak ada masa?" "Ar? Hah? Saya? Eh mana ada saya pandai. Sikit sikit jer saya pandai, kalau banyak tu taklah." Tersipu aku, rasa macam gadis melayu terakhir pulak senyum malu malu macam ni.

"Boleh jer Jamie, Iera ni memang pandai. Dia kan top 5 dalam kelas. Of course lah dia boleh ajar awak." tersedak aku dengar apa yang Anita cakap. "Eh, Ida pun pandai tau. Saya bila-bila masa je free Jamie." Ida menyampuk. Aku baru perasan dia and the geng ada kat sini. Patutlah macam ada orang memerhati aku dengan si Jamie.

"Eh, baguslah Iera, kalau Iera free Iera ajar saya ya." Eh, aku? Pucuk di cita, ulam mendatang. Alhamdulillah, jodoh aku dengan dia dah dekat. Hahaha. "Baik Jamie, nanti saya bagitahu." senyuman jangan lokek. Biar senyuman manis aku ni jadi igauan Jamie. Amboi, jauh betul angan-angan aku ni. Entah suka entah tidak Jamie dengan aku. Kalau bertepuk sebelah tangan, baru padan muka aku. Jamie berlalu sambil berikan aku thumbs up. "Aku kat sini kau pulak yang dia layan. Apa kau ingat kau cantik sangat ke? Buta mata betullah si Jamie ni!"

"Alamak Iera, kau ada rasa aura panas tak? Aura panas macam aura cemburu. Ke aku sorang je yang rasa. Hahaha," Ketawa Anita disambut oleh Ecah dan Zetty, tetapi mereka berdua terus terdiam dek kerana jelingan maut yang diberikan oleh Ida. "Kau berdua dah kenapa? Korang ni geng mana?" tempelak Ida. "Err, geng kau lah Ida, sorry." Ecah terus sahaja memujuk, takutlah tu si puteri korang marah.

"Bye Iera." Eh, bila pulak Jamie ni keluar dari bilik guru. Aku lambai jelah dia. Sengaja marakkan api Ida. "Wah! Untung kau Iera. Tak payah cakap suka kat Jamie pun Jamie dah macam suka kat kau." makin galak pulak Anita ni mengapikan Ida. "Kau tunggulah nasib kau Iera." Anita hanya mampu meluah di dalam hati. Malas hendak bertekak, hati yang sedang sakit pun malas hendak dilayan kerana kelenguhan kaki berdiri di luar bilik guru membantutkan niatnya.

"Eh bunyi loceng, wah! Dah waktu rehat lah, jum Iera." laju Anita meninggalkan aku. Amboi, kalau makan laju jer. Nasib baik badan kau maintain Anita. Kalau tak, dapat kawan debab comellah aku nanti.

"Ida, jum pergi kantin, aku tak bawa bekal harini." Ecah dan Zetty mengajak Ida. "Ok," Sabar Ida. Harini kau tengok adegan si Jamie dan Minah gangster tu. Esok lusa, si Jamie jadi milik aku. Hahaha. "Ida, errr... Kenapa kau senyum ni?" Ecah hairan, terherot bibir Ida macam tengah fikir strategi jer. "Takda apalah! Jum, tadi kata nak pergi kantin." Nanti korang tahulah apa yang aku nak buat, buat masa ni, aku nak makan kasi perut kenyang baru aku fikir nak balas si Iera tu. Tunggulah kau minah gangster!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience