Rate

Bab 4

Romance Series 3092

Ecah gementar. Zetty melepaskan keluh resah. "Kau yakin ke Ida? Kalau kena tangkap macam mana?" "Kau jangan risaulah. Aku nak ajar sikit minah ni. Biar dia tahu yang dia ni tak layak untuk Jamie. Dah lah jum."

Tingkah laku mereka telah diperhati oleh Ariffin yang sepatutnya pergi ke tandas namun dibantutkan niatnya kerana hairan akan kehadiran Ida and the geng di dalam kelas Iera. "Apahal pulak Ida ni masuk kelas Iera? Macam ada something jer. Hmmm."

"Yelah Iera, kalau akulah kan, aku nak sambung belajar dekat UITM. Sebab tu lah aku nak belajar rajin-raj... Eh, apasal kau kat sini Ariffin?" Aku terus menoleh serentak dengan itu mamat perasan bagus ni pun terkejut jer tengok kita orang. "Eh, hai Anita, hai minah gangster. Err... Er... takde apa-apa. Cuma... Aar. Ni ha, tingkap kelas korang ni berhabuk tebal sangat ni, korang tak bersih kelas ke?" Amboi, dahlah panggil aku minah gangster, sukahati mulut dia jer cakap kami tak bersih kelas. Sedangkan kelas kami lah yang selalu kena puji masa perhimpunan. Kelas no 1 terbersih tau. "Eh kau, suka suka kau jer panggil aku minah gangster, kau tu pun sama mamat perasan bagus. Apasal kau kat sini? Pergi lah balik kelas kau." Anita hanya menggeleng kepala. Kalau tak gaduh dengan Ida and the geng, mesti gaduh dengan Ariffin. Iera Iera.

"Tak payah halau akulah minah gangster. Tahulah aku nak balik." Selamba jer dia panggil aku gangster lagi, dia ni memang nak kena cili giling ni. "Ergh! ARI...!" belum sempat aku habis sebut nama Ariffin si mamat perasan bagus tu, Anita dah tutup mulut aku. "Eh, jangan teriaklah, nanti cikgu dengar." Anita pandang ke kanan dan ke kiri. Yalah, mana tahu kot kot ada cikgu disiplin lalu. Naya dia dan aku kena ceramah lagi. "Lepaslah Anita, aku geram betul dengan mamat tu. Ada dia panggil aku minah gangster." Anita hanya tersenyum, "Kalau layan lagi si Iera ni, memang tak sudahlah marah dia." omel Anita dalam hati.

"Eh! Kau ada nampak dompet aku tak?" tiba-tiba Kaisara bersuara. "Macam mana ni, dompet aku dah hilanglah." Kaisara dah mula menangis. "Kau letak kat mana sara?" Anita mencelah sambil mengurut belakang Kaisara untuk menenangkannya. "Aku lupa bawa dompet aku sebelum pergi ke makmal sains. Jadi, dompet aku sepatutnya ada dalam beg lah." Teresak-esak dia menangis.

"Kenapa ni kecoh-kecoh ni?" tiba-tiba suara Cikgu Chan berbunyi. "Dompet Kaisara hilang cikgu." Muar bagitahu sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah Kaisara yang sedang menangis. "Hah? Macam mana boleh hilang, dah cari betul-betul ke tidak?" "Dah cikgu. Tapi tak jumpa jugak." sedu sedan Kaisara meluah. Kasihan, ada jugak yang mencuri dalam kelas ni. Siapalah yang panjang tangan tu. Kalau aku jumpa, aku kerat-kerat tangan dia. Hah, bagi dia kudung.

"Kalau macam ni, kita adakan spotcheck. Anita, bagitahu Cikgu Daim untuk buat spotcheck semua kelas blok ni. Yang lain duduk dulu." Arah Cikgu Chan.

"Alamak, ada spotcheck lah Ida!" Ecah gelisah. Dia takut tertangkap kerana mengikut rancangan gila Ida. "Apa kau nak takut? Bukan dalam beg kita pun dompet tu kan? Kau relaks jelah. Kalau macam ni, orang lain syak kita lah," Ida tersenyum puas, lepas ni rancangan dia pasti berjaya, biar Jamie tahu yang si Iera tu pencuri. "Biar dia benci dengan minah tu, lepas tu boleh lah Jamie tengok aku sorang je lepas ni."

"Cikgu, saya jumpa ni dalam beg Iera." Salim, ketua pengawas menyerah dompet yang sepertinya milik Kaisara. "Sara, ni dompet kamu ke?" "Ya cikgu. Nilah dompet saya. Eh apasal pulak dalam beg Iera, kau ke curi Iera?" Kaisara menatap dalam mata aku. Sudah, kenapa pulak dompet dia dalam beg aku. Aku tak pernah mencuri pun. Pelik bin ajaib!

"Tak mungkin Iera yang mencuri Sara, kau kan ada tengok dia dengan aku yang pergi dulu ke makmal sains." nafi Anita. "Tak payah kau backup kawan kau ni. Dah namanya pencuri, memang pencurilah!" Kaisara marah benar.

Tok tok tok! Semua pelajar kelas 5 Mawar menoleh serentak ke arah pintu. "Minta maaf mengganggu cikgu. Kami dah jumpa wallet Kaisara. Dan pelakunya Nurul Shahira cikgu." ujar Salim.

"Hah? Iera? Tak. Iera tak macam tu. Dia tak jahat." nafi Jamie dalam hati. "Shahira? Takkan pelajar sepandai Shahira mencuri pulak. Baiklah, pengawas yang lain boleh balik ke kelas masing-masing. Salim, awak bagitahu Nurul Shahira, suruh dia jumpa saya dekat bilik saya. Jangan lupa minta izin dulu dengan Cikgu Chan." Cikgu Daim berlalu keluar dari kelas 5 Mawar dan pengawas yang lain pun menyusul pergi.

"Aik? Minah gangster yang curi duit Sara. Hmmm. Tak percaya aku." "Itulah fin, aku pun tak percayalah." ujar Jamie. "Tapi kan, tadi aku ada tengok yang Ida, Ecah dan Zetty dalam kelas dia orang." Ariffin yakin mesti ada sesuatu yang tak kena.

"Shahira, saya tak sangka, pelajar pandai macam kamu ni mencuri. Sepatutnya kamu tahu akibatnya jika mencuri," "Jadi keputusan saya muktamad, awak digantung sekolah selama seminggu. Nanti saya maklumkan kepada ibubapa awak. Saya harap, dalam masa seminggu awak gunakan sebaik mungkin, sebab SPM tak lama lagi." Terngiang-ngiang ayat tersebut didalam fikiran aku. Macam mana aku nak bagitahu mak ayah aku yang aku tak mencuri. Mesti mak ayah sedih kalau dapat tahu, walaupun aku tak buat pun benda terkutuk macam tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience