Rate

BAB 6

Spiritual Completed 921

“Assalamualaikum, Mak Limah”

“Waalaikumusalam”

Mak Limah menyahutnya seraya berpaling ke belakang. Dia merasa terkejut melihatku, lalu terus menerpa ke arahku

“Oh Raudhah !, sudah lama Raudhah menghilang. Kemana Raudhah pergi selama ini nak…, kami risau memikirkannya. Apa khabar kau Raudhah ?”

“Baik makcik, panjang kisah Raudhah ini makcik. Sebenarnya Raudhah telah terjebak dengan dadah dan hampir-hampir lagi Raudhah ternoda makcik. Mujurlah Raudhah sempat melarikan diri dan berjumpa dengann seorang yang baik hati sebagai keluarga angkat Raudhah. Ya makcik…,selama ini Raudhah berada bersama mereka, yang memberi ajaran agama kepada Raudhah. Kini Raudhah kembali sebagai Raudhah yang baru makcik. Raudhah tidak mahu peristiwa lama berlaku kembali dalam hidup Raudhah. Oh ya makcik…, tiada seorang pun Raudhah nampak tadi, senyap saja rumah ini”

“MasyaAllah Raudhah … kenapalah Raudhah tidak menghantar berita selama ini. Mujurlah Raudhah selamat dan ada juga insan yang sudi menolong, kalau tidak… tidak tahulah makcik apa akan terjadi. Syukurlah Raudhah selamat dan telah berubah. Keluarga Raudhah semuanya pergi mendengar ceramah agama di masjid. Kejap lagi, baliklah mereka itu.

Semenjak Raudhah meninggalkan kami, rumah ini gempar dan mula menampakkan perubahan. Mama dan papa Raudhah, telah mula sedar tanggungjawab mereka. Mama Raudhah telah berhenti berpersatuan tetapi sekali-sekala itu dia pergi keluar juga untuk mendengar ceramah agama dan bercampur dengan jiran sekeliling. Papa Raudhah pula, di samping sudah mula pulang awal, dia juga rajin bergaul serta mendalami agama.

Abang dan kakak Raudhah pun sudah berubah. Mereka sudah mula lekat di rumah dan juga mula memperdalami agama. Kini semuanya telah berubah Raudhah, makcik harap keadaan begini akan tetap kekal kerana makcik sayangkan keluarga ini. Makcik tidak mempunyai keluarga lain. Jika keluarga ini susah, makcik turut susah” Mak Limah mengakhiri ceritanya dengan terharu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience