Rate

BAB 1

Spiritual Completed 921

“Hello adik manis! Sorang saja ke? Bahayalah jalan sorang diri mari abang temankan adik manis.’’

“Ala kenapa muka monyong, cuba senyum pasti menawan kalah Siti Nurhaliza!”

“Amboi jual mahal ye…, nanti tak laku jadi andartu baru padan muka!”

Usik sekumpulan pemuda kepadaku. Aku terus berlalu dari situ. Aku tidak memperdulikan suara-suara seperti itu lagi. Entah kenapa, suara-suara seperti itu, sering menganggu aku akhir-akhir ini, kemana-mana aku berada.

Adakah ini dugaanMu ya Allah? Adakah ini godaan dunia, sifat masyarakat dunia?

Ya Allah, aku amat benci keadaan ini, setelah segala yang aku miliki dan tempoh selama ini. Dulu aku bukan seperti ini, aku seorang gadis yang lincah dan bebas liar. Aku mempunyai keluarga yang agak bahagia.

Kebahagiaan kami penuh dengan kegembiraan, dengan senda gurau. Keluargaku sungguh harmoni sekali. Kami hidup di kawasan yang mewah. Permintaanku tidak pernah dihalang oleh orang tuaku.

Semuanya dituruti mereka, sehinggalah bila aku sudah pandai balik larut malam, bertukar teman lelaki dan sering meminta wang. Itu semua tidak pernah kedua orang tuaku menyoalnya.

Mereka hanya diam sahaja, mungkin bagi mereka itu hanya salah satu kegiatan pemuda-pemudi zaman ini.

Anggapan mereka salah, anak mama dan papa ini, sebenarnya memerlukan kasih sayang dan perhatian dari mereka.

Kebahagiaan keluarga kami digugat, bila mama mula pandai berpersatuan, bila papa lebih pentingkan kerjanya sebagai ahli koperat daripada kami anak-anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience