Rate

BAB 2

Spiritual Completed 921

Semenjak papa dinaikkan pangkat, papa sering tiada di rumah, walaupun di hujung minggu. Bagi mama pula, ketiadaan papa merupakan rahmat baginya kerana mama boleh giat berpersatuan.

Mama juga sudah pandai berhias, sering dijemput dan dihantar oleh lelaki lain, apabila mama keluar berpersatuan.

Kakak dan abangku juga, apa kurangnya dengan mama. Mereka juga keluar untuk mencari hiburan dunia dan menjauhkan diri dariku yang dianggap masih mentah.

Mama tidak pula melarang sikap abang dan kakakku, bagi mama dia dapat berhias cukuplah. Malah urusan rumahtangganya diserahkan bulat-bulat pada Mak Limah orang gaji kami.

Kebahagiaan yang aku nikmati sejak kecil kini tergugat. Aku merasa sunyi tinggal di rumah seorang diri, yang hanya bertemankan kesepian.

Aku mula berkawan dengan budak-budak yang sama sepertiku, dahagakan kasih sayang. Kami sering saja keluar rumah, mengunjungi disko-disko, pesta-pesta dan apa saja bentuk hiburan, asalkan dapat mengubat kesepian.

Kami juga sudah pandai meneguk minuman yang mengkhayalkan. Aku sering pulang dalam keadaaan mabuk dan tidak terurus. Mama hanya mengeleng saja tanpa memperkatakan apa-apa.

Kelakuanku makin hari semakin liar, aku juga sudah pandai menghisap morfin, ganja dan benda-benda semacam itu. Aku sering mengugut mama, merampas apa saja yang ada pada mama, jika kemahuanku tidak dituruti.

Aku juga sering khayal dan kerana ini jugalah maruahku hampir tergadai.

Peristiwa itu seperti baru saja berlaku. Aku sering menangis bila teringatkan peristiwa itu. Sekarang aku di sini, di tempat yang serba damai ini. Aku keseorangan kini, tiada teman dan keluarga.

Aku di sini, di sebuah kampong yang disaluti dengan rahmat-rahmat Allah. Sering berkumandang suara azan, hembusan angin dan suara-suara ungags.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience