Rate

BAB 5

Spiritual Completed 921

Terpulanglah pada budi bicara keluargaku. Aku tidak menolaknya, semoga Allah merestui niat baikmu. Zakir … tentu kau ingat lagi rumahku, datanglah menyatakan hajatmu itu kepada keluargaku. Insya-Allah akan terkurnia niat sucimu. Aku pergi dulu Zakir. Assalamualaikum”

“Walaikumusalam. Terima kasih Raudhah, aku benar-benar mengharapkannya. Ya…, semoga Allah merestui niatku ini. Aku akan kunjungi rumahmu membawa hajatku”

Zakir lalu meninggalkan aku mengenangkan peristiwa sebentar tadi. Aku terlihat beberapa orang pemuda tersenyum-senyum melihat kea rah kami. Aku merasa malu dan rasa bersalah, segera aku berlalu dari situ. Aku menahan sebuah teksi untuk menuju ke rumahku. Rumahku yang dahullu, rumah yang membuka sejarah hidupku. Aku terlalu rindu dengan suasana sebelum aku terjebak dengan semua ini.

Aku memohon untuk kembali kepada keluargaku setelah berpisah sekian lama. Mereka melepasku dengan linangan air mata tetapi mereka membenarkan, setelah aku berjanji akan kembali semula kepada mereka, sekiranya keadaan tidak seperti mana yang aku kehendaki. Aku berdoa agar segalanya pulih seperti dahulu apabila aku semakin hampir dengan rumahku.

Setibanya aku di rumah yang serba indah, menjadi syurga kepada keluargaku, aku semakin berdebar-debar. Aku takut mereka tidak menerimaku, setelah aku meninggalkan rumah ini sekian lama, juga perubahan diriku sendiri. Aku perlahan-lahan memasuki halaman rumahku. Rumah itu kosong sahaja, sesunyi semasa aku meninggalkan rumah itu.

Aku merasa takjub kerana banyak yang telah berubah. Rumah ini nampak bersih, tiada lagi hiasan-hiasan yang berbentuk binatang dan gambar-gambar yang kurang sopan. Rumah ini mula digantikan hiasan-hiasan dengan bingkai-bingkai yang terdapat ayat-ayat suci Al-Quran. Tetapi ya.. kenapa rumah ini kosong, tidak berperhuni.

Tidak mungkin keluargaku telah berpindah kerana rumah itu adalah kenangan papa kepada mama sempena ulangtahun perkahwina mereka. Lagipun rumah inilah hasil titik peluh papa yang pertama dapat dibuktikan. Aku segera ke dapur, di mana Mak Limah selalu berada. Aku bersyukur, rupanya masih ada orang di rumah ini. Mak Limah sedang bekerja di dapur. Aku menghampirinya, lalu memberi salam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience