Rate

4

Romance Series 1123

Seminggu kemudian..

"Cik Wafa?" sapa Hany, setiausahanya.

"Yes Hany? ada apa ye?" tanya Wafa. Tangannya masih laju menaip dan matanya masih fokus pada komputer.

"Err...dato nak cik periksa fail ni..." kata Hany berhati-hati. Hany dapat mengagak apa yg bakal dibalas Wafa.

"Hah??!!" respon Wafa. Hany hanya menganggukkan kepalanya. Tak sanggup dia memandang muka Wafa sekarang. Tak sanggup. Tak sanggup. Seram.

Seriuslah papa ni??! nak denda pon agak² lah. Hari ni dah kena buat 2 presentation. Lepastu tambah ngan cek fail projek pula. Wafa bebel sendiri. Dia tak nak tanya Hany lebih². Tengok muka Hany pon dah pucat semacam je.

"Dato nak bila fail ni?" tanya Wafa. Dia memandang tepat muka Hany.

"Saya tak tau. Dato tak cakap bila" jawab Hany teragak². Wafa menghela nafas.

"Ok, awak boleh keluar kalau ada apa² bagitau saya" balas Wafa. Dia mengeluh. Hany keluar selepas Wafa berkata.

"Hahaha...padan muka kau" Wafa berkata pada dirinya sendiri sebelum menyambung kerjanya.

...

"Yahhh!! siap pon. Alamak dah pukul 10!" Wafa memandang jarum jam yg menunjukkan pukul 10.15pm.

"Lantaklah bukan ada pape pon" dia cuba beranikan diri.

Diri lari ke arah keretanya selepas lif terbuka. Tidak sampai beberapa minit Wafa terpelecok.

"Ouh mak kau jatuh!! Aduiii...sakit siot..." Wafa menggosok buku lalinya. Padahnya lari tak ingat dunia tadi.

Dia mencuba untuk bangun tetapi tidak berjaya. Sakit kaki dia lain macam. Dia perhatikan sekeliling untuk pastikan tiada siapa disekitarnya.

Buk!!!

Tiba-tiba dia merasa kepalanya sakit spontan dia memegang kepalanya. Darah!! Dia terkejut.

"Wafa!!!"

Wafa rasa dia sempat dengar ada orang lain jerit nama dia sebelum dia pengsan berdekatan keretanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience