Rate

2

Romance Series 1123

Klik!!

Wafa tersenyum melihat hasil rakaman dari kamera canonnya. Jaranglah hasil usahanya tak berjaya. Dia memandang sekali lagi Eiffel Tower yang tersergam indah dihadapannya.

Cantiknya...bisik hati kecilnya. Dia mengeluarkan buku kecil dari poket begnya.

"Eiffel Tower...check. Lepas ni Lourve Museum" Wafa berkata. Ada lagi 5 tempat yang dia perlu pergi

Grouughh..spontan Wafa memegang perutnya. Kuatnya perut dia berbunyi.

"Arghh...laparnya..singgah cafe lah"

...

"Status?"

"Tiada ancaman, keadaan selamat" jawab seorang lelaki yang memerhatikan Wafa disebalik tembok.

"Mood dia?"tanya Dato Zakri.

"Mood...masih ok" jawab lelaki tersebut.

"Bagus terus perhatikan dia. Inform kalau ade pape. Paling penting..lindungi dia. Saya tak nak apa² berlaku kepada anak saya. Faham?" arah Dato Zakri serius. Yelah bapa mana tak sayangkan anak. Lagi² keluar rumah tak bagitau.

"Faham Dato" kata lelaki tersebut, segera mematikan panggilan. Dia perlu segera agar Wafa tidak terlepas dari pandangannya.

Dia memandang Wafa, spontan keningnya terangkat.

"Cafe?"

...

"Omnonom..dappnya"

Wafa mengunyah wafel. Sedap sangat makan sampai tak pandang kiri - kanan. Tangan kanan latte, mulut wafel dan tangan kiri handphone. Dia perlu mencari lokasi seterusnya. Taklah sesat kat negara orang.

Tanpa dia sedar seorang lelaki jalan dari arah bertentangan.

"Ouch!"

...

"Heshh, ni yang malas ni"

Dia melangkah kearah dua orang yang bertengkar tersebut.

Wanita tersebut segera ditarik ke belakangnya apabila lelaki perancis yang dilanggar wanita tersebut hampir menampar wanita itu.

"Heyy man, seriusly?" lelaki tersebut menyoal selepas menahan tangan lelaki perancis itu.

"So what? it's not your thing, so you don't have to interfere!" jerkah lelaki perancis itu.

Makin ramai orang yang melihat mereka. Wanita yang bersembunyi tersebut hanya menundukan wajah. Takut mungkin? Lelaki yang melindungi wanita tersebut hanya mengeluh. Keadaan yang merimaskannya.

"I want to ask, this is how french people say to outsiders?" lelaki tersebut menyoal sambil mengangkat kening sebelah.

Lelaki perancis tersebut terkejut dan berlalu tanpa kata maaf. Wanita tersebut memandang lelaki yang berjaya menyelamatkannya.

"Thank you" senyuman manis diberikan.

"Sama - sama" jawab lelaki tersebut pendek. Wanita itu terkejut. Ohh melayu rupanya...

Lelaki tersebut segera melangkah pergi

"Err..siapa nama awak?" tanya wanita itu.

"Faliqh"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience