Rate

3

Romance Series 1123

"Err..siapa nama awak?" tanya Wafa.

"Faliqh"

Wafa memandang siling biliknya. Dia masih memikirkan lelaki tersebut.

Faliqh.

"Macam pernah tengok...tapi kat mana ehh?" Wafa berfikir.

Selepas kejadian tadi terus terbantut plannya nak pergi muzium. Agak pelik tiba² ada orang yang menolongnya. Dari tadi dia kena marah dengan orang perancis tersebut. Geram. Orang nak terangkan tak nak dengar.

Wafa berfikir kalau tiada lelaki misteri tu mesti dia kena lempang. Tapi kesah pulak Wafa, dia ada taekwondo. Lagipun boleh je dia bidas kata² lelaki perancis tak de adab tu. Dia fasih bahasa perancis kot. Saje nak tengok lelaki perancis tu ade tatasusila ke tak.

Dia berguling-guling di atas tilam hotel. Penat pulak hari ni.

Tiba² lagu Boom sebagai ringtone handphonenya kedengaran. Wafa membebel. Alah malasnya...

"Eh, abang alief?"

...

Bunyi keluhan kedengaran dari mulut lelaki tersebut sebelum dia melabuhkan punggung di atas salah satu kerusi di cafe tersebut.

Alief yang baru keluar dari dapur membawa dua cawan lalu duduk dihadapan lelaki itu.

"Hemm.."

Alief menghulurkan cawan. Dia masih memandang sahabatnya dari kecil itu. Tiada reaksi. Nampaknya dia yang kena mulakan dulu.

Alief mencuit bahu kawannya sambil kening digerakkan.

"Asal?"

Bunyi keluhan kedengaran dan lebih kuat dari biasa. Ok ni memang ada masalah, detik hati Alief.

"Hoi, kau apasal? ada masalah? share ngan aku. Macam tak biasa pulak" Alief cuba memujuk. Rakannya memandang. Muka blur ditunjukkan. Alief tergelak. Rakannya tak pernah berubah.

Lelaki tersebut masih berdiam. Nampaknya Alief kena main teka-teki ni.

"Kucing kau hilang?"

Rakannya menggeleng.

"Emmm kena buat kerja paksa lagi?"

Geleng lagi. Alief menepuk dahinya. Alahai..

"Dah tu apa wahai Faliqh Mukhriz? penat tau nak soal jawab dengan kau" bebel Afieq.

"Pasal....Wafa.."

Serta merta kening Afieq terangkat. Wafa? Budak banyak songeh tu?

...

"Jap, macam mana abang boleh tau?"

"Tu bukan masalahnya. Yang penting sekarang ni jaga diri. Faham? Ok bye" Panggillan segera dimatikan.

"What? just nak cakap tu je" Wafa meletakkan handphonenya disebelah.

"Fuhh..macam manalah dia tau pasal hal tadi?" Wafa berkata.

"Kejap..." Wafa baru teringat sesuatu

"Ehh!! seriuslah! habislah aku" Wafa menjerit dan segera menutup mukanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience