Rate

5

Romance Series 1123

"Mama mcm mana boleh jadi gini?" soal Afieq. Dia memandang mamanya yang masih risau.

"Mama...mama tak tau. Tapi nasib baik ada.." balas Datin Aryana tergantung kerana Wafa tiba² menarik tangannya.

" Erghh..mama..." Wafa menarik tangan Datin Aryana lagi kuat. Muka dia menahan kesakitan.

"Ye sayang...ni mama ada. Leya nak apa?" tanya Datin Aryana lembut. Cuba menyembunyikan wajahnya yang masih risau.

"Leya kat mana? Nape kepala Leya berbalut? Nape mama?" Wafa bertanya bertubi². Dia menahan kesakitan.

Belum sempat Datin Aryana menjawab Afieq dah menyampuk.

"Padan muka! Sape suruh balik lambat?! Nak aku bagitau Alief ke biar dia marah kau? Buat lagi perangai. Rasain lo!" bebel Afieq. Menyampah dia dengan perangai adik perempuan dia ni. Degil sangat. Campak dalam laut cina selatan baru tau.

"Adui!! sakitlah mama!" Afieq menggosok lengannya yg dicubit Datin Aryana. Wafa hanya memandang. Rasa sakitnya melebihi segala-segalanya.

"Takpelah Wafa berehat dulu ye. Mama ngan abang Afieq keluar dulu. Nanti mama panggilkan doktor" kata Datin Aryana sambil menarik tangan Afieq keluar. Wafa hanya menggangguk.

Akhirnya Wafa tertidur kembali.

...

"Macam mana budak tu boleh terlepas??!!!! hah?!!" jerit seseorg.

"Err budak tu ada bodyguard boss" jawab kulinya yang pertama takut².

"Berapa org bodyguard dia sampai korg kena tibai macam ni sekali?!!" masih lagi jerit. Bengang.

Kedua-dua kulinya diam.

"Jawab!!! Korg ni pekak ke?!!" makin bengang sebab soalannya tidak berjawab.

"So...sorg je boss" tergagap kulinya yang kedua jawab.

"Lembik!!! Dah keluar² menyemak je kat sini! Menyakitkan hati! Pandai² lah korg setel masalah ni!!" halau lelaki tersebut. Berebut² kuli²nya keluar meninggalkan bilik bossnya.

"Arghhh!!!! Tak gune!! Tunggu kau, Zakri. Aku balas dendam nanti!! Biar padan muka kau!!" dia menyepak kerusi yang berada di dalam bilik tersebut.

...

Wafa tersedar dari tidur. Dia memegang kepalanya yang berdenyut-denyut.

"Auch..sakitnya..." dia menggenggam cadar tilam untuk menahan rasa sakitnya. Rasa mahu menangis. Sakit sangat.

Dia memandang laci yang berada bersebelahan katilnya. Terdapat kad bersama sebakul buah-buahan.

kad :-
~awak ada hutang ngan saya
jangan lupa~

"Hutang?" Wafa pelik. Sejak bila dia meminta dari org sampai berhutang ni.

" Lantaklah sana. Aku nak sambung tido"

Kad diletakkan ditepi. Dia membetulkan kedudukana dah cuba untuk tidur. Tidak sampai beberapa minit kedengaran bunyi dengkuran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience