Rate

BAB 2

Romance Series 33033

Melur datang berlari-lari ke telaga.

‘’Akak lekas! Mak suruh balik sekarang juga!’’

‘’Kenapa?’’

‘’Ada orang datang ke rumah kita. Dua orang perempuan. Kiah tak kenal, macam tak pernah tengok,’’

Melur berdiri sambil membuka tudung dan memakai semula dengan lebih baik. Nampak sangat adiknya itu bergegas berlari sampai tak sedar pakai tudung terbalik.

‘’Bawa kain- kain di pencagak tu. Tolong akak dulu, akak tak boleh bawa, tak cukup tangan nak bawa baldi dan timba.’’

Oh ya hampir Melur lupa, mak suruh kakak masuk ikut pintu dapur.’’

Zakiah karai timba air yang penghabisan dan salin kain. Melur ambil kain di pencagak dan membawa kedua-dua belah lengan. Zakiah ikut saja Melur di belakang membawa baldi air dan timba dan kain basahan dililit pada leher.

‘’Melur jemur kain di depan, kalau tak muat nanti jemur di dinding dapur. Kakak nak naik dulu,’’ arah Zakiah.

Ketika Zakiah sedang basuh kaki, Kaseh, adik perempuannya yang masih berbaju sekolah dan berkain sarung masuk ke dapur perlahan-lahan datang kepadanya dan membisikkan sesuatu kepadanya.

‘’Mak suruh akak buat air,’’ kata Kaseh.

‘’Kek lumut mak kata ada dalam peti sejuk, hiding sekalid dengan biskut tawar dekat dengan tin gula tu ha

‘’Air? Nak hiding air apa? Kopi kan dah habis,’’ keluh Zakiah.

‘’Ada, tadi Kaseh beli mak suruh beli lepas balik sekolah tadi. Kaseh dah salin dalam botol.’’

Perlahan-lahan, Zakiah masuk ke dalam bilik lalu pakai baju dan pupur siam yang berwangi lembut. Dititisnya setitik dua minyak wangi ‘Tiger Lily’ pemberian Mak Longnya dari London, harumannya memenuhi segenap penjuru ruang bilik tidurnya.

‘’Kalau minyak wangi mahal memang menusuk wanginya, pakai setitik dua boleh ‘meninggal’ lelaki tergoda,’’ seloroh Zakiah di dalam hati lalu keluar membuat minuman untu tetamu.

Ketika meletak hidangan di atas menja di hadapan tetamu, tangan Zakiah gementar dan hatinya berdebar-debar.

‘’Eh, ni Mek yang Tukcik jumpa di telaga tadi kan? Tanya tetamu itu.

Zakiah angkat kepala dan serta merta kenal akan kedua orang perempuan yang dijumpanya di telaga tadi.

‘’Ya…’’

Zakiah menghulur tangan berjabat salam dengan kedua orang tetamu tadi. Emaknya memerhati dengan senyuman dan perasaan bangga dalam hati melihat anak perawannya bersalam penuh tertib.

Kemudian Zakiah masuk ke dapur dan kini barulah dia tahu yang orang ganjil yang emaknya maksudkan itu telah datang ke rumah mereka.

Zakiah berdoa dalam hati supayaa kedua orang perempuan itu berkenan pada dirinya dan biarkan dia segera berkahwin cepat tidak seperti anak Pak Daud di Kampung Pisang yang menjadi bahan bualan orang kampung sebab tak laku-laku lagi. Alangkah malunya emak dan ayahnya nanti kalau anak dara mereka yang satu ini juga menempah nasib yang sama.

Ayah pulang waktu matahari hampir tergelincir ke barat dan ketika itu kelihatan beberapaorang lelaki lalu di jalan di hadapan rumah mereka kerana hendak bersembahyang Jumaat.

‘’Tak ada sesiapa pergi alih lembu dalam alur?’’ tanya ayah pada emak waktunambil timba hendak ke telaga dengan sedikit gopoh-gapah.

‘’Sudah, Saya suruh Melur alihkan dekat pohon kerian,’’ jawab emak.

‘’Bang, tadi orang tu dah datang,’’ ujar emak sambil tersenyum-senyum.

‘’Jadi, bagaimanalah? Agak-agak ada harapan tak?’’

‘’Eh abang ni tak sabar-sabar pula, pergilah mandi, ambil air sembkahyang dulu, lepas sembhayang Jumaat nanti kita ceritalah. Petang ni abang kena pergi lagikah buat rumah Samad tu?

‘’Kena pergi, dia upah 15 orang tukang tapi yang datang cuma Sembilan orang saja termasuk abang.. Kasihan juga abang tengok Samad tu kalau tidak dapat duduk sebelum Puasa ni.’’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience