Rate

BAB 1

Romance Series 33033

Awal pagi lagi Zakiah turun ke telaga dengan sebuah baldi besi berisi penuh kain baju dan sebuah timba besi dari tin minyak kacang.

Kata emak selagi, tidak ada orang ganjil yang lalu, jangan sama sekali tinggalkan telaga, buatlah apapun, olok-olok bilas kain dan celup kain berulang kali dalam baldi.

Sinaran mentari pagi mula terik memancar menerusi daun-daun dan ranting-ranting rambutan yang meneduhkan telaga. Tangan dan jari jemari Zakiah sudah kecut dan kepucatan dalam air.

Bibir Zakiah pula sudah kebiruan sejuk. Orang ‘ganjil’ masih belum lalu lagi dekat telaga dan seterusnya naik ke rumahnya.

Sudah ramai orang yang tidak pelik lalu dekat telaga sama ada hendak ke jalan besar atau hendak balik ke rumah di pedalaman. Masing-masing semuanya menyapa Zakiah yang membasuh kain begitu banyak pada pagi itu dan agak lain dari kebiasaan.

Kerana tidak ada kain lagi hendak bilas, Zakiah karai air penuh ke dalam baldii dan diletakkannya jauh dekat pangkal pohon rambutan supaya tidak merecik air mandian nanti.

Air basuhan telah banyak bertakung dalam lopak dekat telaga. Zakiah sepak-sepak pasir-pasir dan selut membuat longkang kecil pelarian air ke kubang sebelah hilir. Air pun mengalir ikut longkang yang Zakiah buat. Zakiah menyeka beberapa ketul batu kecil ke tepi telaga supaya air tidak bertakung di keliling telaga dan akan rejat masuk ke dalam telaga.

Waktu itu ada dua orang perempuan sedang lalu berhampiran telaga.

‘’Mek, tumpeng tanya sikit…’’

Zakiah berpaling dan lihat dua orang perempuan yang seorang lebih tua sedikit dari emak dan seorang lagi agak lebih kurang sebaya dengan emakk.

Keduanya berdiri di tepi jalan. Masing-masing memakai jubah sutera yang indah dan berselendang sutera pada pandangannya. Perempuan yang lebih muda itu ada membawa sesuatu dalam beg kertas bewarna putih.

‘’Ya?’’

Zakiah jadi malu dan cuak kerana tidak sempat mencapai kain di pencagak untuk menutup bahu dan atas dada.

‘’Tukcik ni tidak biasa datang ke sini, nak tanya mana satu lorong ke rumah Ceksu?’’ ujar perempuan tua itu.

‘’Aaaa, Tukcik ikut jalan tu, rumah yang mula-mula, yang tu yang nampak rumah bercat ungu muda itu… yang ada pohon buluh depan tangga,’’

Tukcik dan perempuan seorang lagi ikut arah telunjuk Zakiah dan nampak pohon-pohon dan daun-daun hijau sebuah rumah yang nyata pada dindingnya saja. Lalu keduanya berjalan ikut arah itu.

Perempuan muda tadi menjinjing beg kertas putih tadi dan meninjau ke hadapan. Zakiah terus menyambung semula pekerjaannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience