Rate

BAB 3

Romance Series 33033

Kini ada keramaian kecil di rumah Ceksu. Kalsom dan anak beranak telah datang dari Kuala Krai. Zaleh dari Kampung Laut juga datang. Zakiah sudah mandi dan memakai persalinan serba baru dan anggun. Potongan kurung moden rona pinang masak.

Kalsom masih bermasam muka dan kurang senang dengan keputusan ayah Zakiah.

‘’Kalau iya pun nak terima yang ini, beritahulah saya dulu. Nanti apa pula kata Majid yang minta tolong saya dulu. Kalau dia sakit hati nanti baru padan dengan emak dan ayah,’’ kata Kalsom.

‘’Alah kamu cuma bersembang saja dengan dia, macam cakap-cakap biasa tapi belum tetap atau berjanji apa-apa dengan dia kan? Jadi mengapa pula dia mesti sakit hati?’’ Jawab emak.

‘’Yang sudah tu sudah, jangan ungkit-ungkit lagi. Yang ni tak boleh nak rombak pertikai bagai lagi. Kamu dulu pun kami yang tentukan siapa laki kamu. Kenapa kami tidak boleh tentukan jodoh adik-adik kamu?’’

Ayah berdiri atas jemuran dapur lalu mencapai parang hendak menebang buluh untuk dibuat tongkat jemuran luar.

‘’Apa ayah iingat kami ni macam budak zaman dulu kah aayah? Macam zaman emak dan ayah dulu… Kalau masa tu tak apalah belanja kahwin lima puluh rial. Sekarang dah moden, anak-anak perempuan orang lain semuanya belanja mahal-mahal sampai berpuluh-puluh ribu, yang anak ayah ni kenapa seribu ringgit saja?’’ Kini Zaleh pula datang berdiri di belakang Kalsom sambil mendukung anak kecilnya.

‘’Sudahlah. Aku tidak suka orang kata aku jual anak!’’ teriak ayah lalu terus turun tangga.

‘’Yang kamu berdua membantah keras ni dah kenapa? Kan semuanya sudah muktamad? Kalau nak tolong, tolong siapkan si Zakiah tu. Dah dekat Asar dah ni. Entah orang sebelah sana dah datang.’’

Emak angkat jeluk nasi dagang untuk dihidang kepada para tetamu.

"Entahlah, nasib Zakiah sama saja dengan nasib kita Leha.

"Tapi kita dulu sebelum bertunang sekurang-kurangnya dapat juga tengok sekali muka tunang. Zakiah ni tak dapat tengok langsung muka orang yang nak dijadikan lakinya. Entah elok ke tak? Sesuai ke tak nak dipadangkan dengan Zakiah."

"Kalau yang kena mulut birat nanti baru padan dengan muka mak dan ayah!" Jawab Kalsom.

Zakiah keluar membawa kain selendang bewarna putih dan dihulurkan pada emaknya.

Tidak semena-mena timbul rasa sesal takut kalau benar-benar yang akan bertunang dengannya nanti

Seorang lelaki bermulut birat atau berkaki tempang atau manalah tahu lelaki bertangan kudung sebelah.

Makcik Siti kata lelaki itu pernah melihatnya satu masa dulu dan berpura-pura datang bertanya hendak membeli lembu dengan ayahnya. Sebab berkenan kali pertama melihatnya, lelaki tersebut menyuruh makcik Siti merisik Zakiah.

Zakiah pun sudah lupa -lupa ingat rupa orang-orang yang datang hendak membeli lembu dari ayahnya.

Ada orang datang berdua, ada yang datang seorang diri, ada juga datang bertiga. Tak mungkin dia dapat mengingat rupa gerangan lelaki misteri itu.

Zakiah memanggil Kalsom memintanya untuk tolong pakaikan gelang emas dan permata Zamrud. Zaleha pula

Pinjamkan loket berlian berbentuk bunga Raya.

Beberapa lama selepas azan Asar, tiba rombongan yang terdiri dari lima orang perempuan membawa dulang tembaga kuning lalu memberi salam di tangga Ceksu.

"Waalaikumsalam, silalah naik, silakan,silakan. . . "Emak menyambut tetamu di tangga atas.

Apabila semua tetamu duduk, ayah keluar dan duduk bersila, bersadar tepi dinding menghadap cerana besi berisi tembakau dan rokok daun. Kalsom dan zaleha duduk dekat rmak sambil memangku anak masing-masing.

Zakiah pun keluar berjabat salam dengan semua tetamu. Zakiah rasa amat malu jantungnya berdebar tidak tentu arah.

Kemudian makcik siti bersalam dengan semua orang.

"Adik Ceksu, adik Lijah,rasanya tak ada apa-apa lagi bolehlah mula sekarang,"

"Terpulang dari Kak Nik Sitilah, jawab ayah.

Tukcik yang datang dulu perlahan-lahan berensot duduk dekat emak dan menyeluk tangan dalam kocek baju kurung.

Semua mata memerhatikan kotak kecil yang dikeluarkan oleh Tukcik. Tukcik buka kotak cincin tersebut dan keluarkan sebentuk cincin emas permata delima merah dia biji dan hulur kepada emak.

"Jadinya, tanda jadilah hendak berpakat adik-beradik Cik Lijah, encik Su,"kata Tukcik.

"Majlisnya pula kita buat bulan 12, setuju?"

"Ya, kalau tidak ada aral apa-apa."

Emak ambil cincin dari tangan Tukcik dan tunjukkan kepada ayah dan kepada semua orang bergilir-gilir dan akhir sekali emak berin kepada Zakiah.

"Pakailah. Jagalah baik-baik jangan hilangkan atau tercicir di mana-mana."

Zakiah ambil cincin dari tangan emaknya dan pakai kemudian bangun terus masuk ke dapur.

Para tetamu hari itu dihidangkan debgan nasi dagang. Ada lima buah dulang tembaga beratur tepi dinding dekat tetamu yang telahpun bertukar balas isinya.

Hujan turun semalam-malaman. Dan oagi datang membawa udara lembab dan murung.

Di langit tidak ada sedikit pun warma biru.

Melur terlajak tidur dan hampir terlewat ke sekolah

Melur capai timba dan lari ke telaga.

Waktu ini ayah sudah pergi ambil upah buat rumah Badul di kampung Hujung Pasir. Emak sudah ke alur membawa lembu.

"Mak ooiii! Mak! Mak!"

Melur berlari balik ke rumah. Kain basahan hanya betumpuk-tumpuk dan kepalanya hanya basah bahagian atas dan bahahian bawah separuh kering, air masih berjurai-jurai menitik.

"Ada apa Melur??

Zakiah berdiri atas tangga luar dengar Melur menjerit-jerit panggil mak.

"Ini akak tengok ni, tengok. . Masuk dalam timba dalam telaga."

Melur menghulur timba kepada zakiah dengan tali dan airnya sekali.

Zakiah nampak dalam timba ada satu bungkus main hitam yang agak kecil sebesar pergelangan tangan dan diikat dengan benang rona hitam putih.

Lalu tangan Zakiah gementar dan seraya menggigil ketakutan, mukanya pucat lesi.

"Kakak? Apa benda tu?"

Melur masih berdiri berpeluk dada yang bogel dan rasa sejuk.

"Melur tunggu sini kakak nak panggil mak dalam alur."

Zakiah terus berlari ke belakang rumah dan terus ke dalam alur sambil melaung memanggil emaknya sekuat hati.

"Apanya?" Emak laung balik lalu hunjam pelunggur lembu kuning di tanah dan tambat tali lembu hitam pada pagar.

"Melur jumpa benda ni mak dalam telaga!" Ujar zakiah cemas.

Kemudian emak dan zakiah balik ke rumah separuh berlari dan terus duduk di tangga luar. Melur masih berdiri tidak bergerak-gerak.

Emak duduk meneliti bungkusan hitam dalam timba kemudian memandang melur dengan terkejut.

"Kamu sudah mandi melur?"

"Baru setimba. . . "

Emak terus heret melur masuk ke bawah rumah dan terus ke bawah jemuran dapur.

"Zakiah, ambil gayung buruk di dinding cepat!"

Zakiah berlari naik ke rumah dan terus masuk ke dapur lalu mencapai gayung buruk di dinding jemuran dapur dan menghulurkannya kepada emaknya.

Emak mengambil gayung tersebut dan terus mencedok air car (kotoran bawah rumah) lalu menjirus ke kepala melur .

Melur terkejut terpinga-pinga dengan perbuatan emak.

"Duduk diam!!" Perintah emaknya.

Lebih kurang 14 gayung air car emak mandikan ke kepala Melur. Kemudian emak heret Melur naik ke atas rumah dan bilas air dalam tempayan dan sabun mandi. Selesai mandi Melur segera berlari ke sekolah dan tiba sewaktu sesi kelas kedua.

‘’Kamu jangan ke mana-mana. Tengok timba tu ikut tingkap. Jangan beri siapa-siapa sentuh. Emak nak ke rumah makcik Siti.’’

Emak meninggalkan pesanan-pesanan penting yang menurut Zakiah berupa amaran lalu segera mencapai selendang kepala pada dawai di dinding dan terus berlari tergopoh gapah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience