Rate

BAB 4

Romance Series 33033

Waktu ayah balik hendak makan nasi tengah hari hampir semua jiran tetangga duduk berkumpul di serambi rumah. Hampir semua jiran-jiran datang berkumpul kecuali kelibat keluarga Mat Jusuh dan Pak Harun anak-beranak saja tidak kelihatan.

Hati ayah berdebar dan mengesyaki sesuatu yang buruk telah berlaku kepada keluarga pagi ini. Dari jalan di hilir rumah mamat pulang bersama Tok Bomoh Usin.

‘’Apakah benda ni?’’ tanya ayah.

‘’Ada barang dalam telaga kita.. Ada orang bubuh barang,’’ kata makcik Siti.

Emak turun ke tangga dari dapur. Ayah datang tinjau barang dalam timba dan dahin ayah berkerut kehairanan.

Tok bomoh Usin menjenguk sebentar dalam timba dan berfikir seketika lalu mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu serta menggosok kedua belah tangan hingga ke siku dan tunduk mencapai sesuatu dalam timba.

‘’Besi bat..’’ katanya.

Semua orang mendengar kata-kata Tok Bomoh Usin dengan rasa gerun timbul serta-merta dalam hati. Dan perasaan ingin tahu pun mendadak sekaligus lalu masuk hampir dekat Tok Bomoh Usin.

Kini Tok bomoh Usin mula membaca jampi serapah dengan bersungguh-sungguh dengn panjang lebar menyebut segala keturunan ibu bapa satu makhluk yang tidak diketahui. Beberapa kali tok bomoh Usin hembus bungkusan kecil kain hitam. Akhir sekali tok bomoh Usin mula membuka ikatan bungkusan itu dan orang ramai mula datang berkerumun lebih rapat dengan perasaan inkuiri yang maha dashyat.

Objek pertama yang mula kelihatan ialah sekeping bata atap sebesar dua jari persegi dan ada tulisan hitam yang sudah samar.

‘’Siapa boleh tolong bacakan ini?’’

Tok bomoh Usin menjepit bata dengan dua jari dan beralaskan secebis kertas. Si Kassim cuba tengok pada jarak dekat lalu menggelengkan kepala.

‘’Saya tidak tahu baca huruf jawi,’’ katanya.

‘’Panggil Zakiah,’’ arah ayah.

‘’Zakiah, mari sini sekarang!’’ panggil emak.

Zakiah datang segera menghampiri tok bomoh Usin.

Tok bommoh Usin cuba mengangkat bata hingga ke penglihatan Zakiah.

‘’Jangan sentuh,’’ kata tok bomoh Usin.

‘’Cuba baca..’’

Zakiah cuba memerharti dengan bersungguh-sungguh kemudian menjadi gementar dan pucat serta merta.

‘’Mak! Ini nama orang mak! Nama orang sendiri.. Zakiah Binti Khadijah Binti Haji Ahmad…’’

Apalagi, waktu itu semua yang ada di situ mneyaksikan wajah Zakiah pucat lesi seperti ditoreh tidak berdarah, dan Zakiah mula menangis tanpa sebab.

‘’Itu saja tulisannya?’’ tanya Tok bomoh Usin.

‘’Saya.. Saya, yang lain ni saya tak tahu baca sebab macam tulisan siam rasanya,’’ jawab Zakiah terketar-ketar.

‘’Bawa mek ini ke atas rumah,’’arah tok bomoh Usin.

Emak dan makcik Siti sama-sama memapah Zakiah naik ke atas rumah. Waktu ini tok bomoh Usin keluakan lagi benda dari dalam bungkusan dan kali ini satu gulungan kecil kertas timah rokok dan apabila tok bomoh Usin buka ada beberapa helai rammbut dan perca kain buruk dan beberapa potong keratin kuku.

‘’Bagaimana Pakcik Usin? Boleh tanggalkan tak?’’ tanya ayah.

‘’Insya Allah, benda ini semuanya masih baru, belum reput. Tulisan pun belum resap dalam air… Kita cuba tengok siapa yang buat agaknya. Tolong buatkan bara cepat!’’

‘’Jah!’’ laung ayah dan emak menyahut panggilan ayah.

‘’lekas turun buat bara sekarang.’’.

Emak tergopoh-gapah masuk ke dapur dan mula meniup api bersungguh-sungguh. Tidak lama kemudia emak tatang bara dalam dupa tanah liat ke tempat tok bomoh Usin dengan asap yang berkepul-kepul menuruti langkah emak. Emak kemudiannya meletakkan bekas tersebut di hadapan Tok bomoh Usin.

Tok bomoh alih dupa bara lebih dekat dan menaburkan sedikit serbuk hitam. Dengan tiba-tiba asap berkepul naik beberapa ketika dan bau kemenyam memenuhi segenap ruang. Ada yang mula mengadu merinding bulu roma dan gerun.

Tok bomoh Usin membaca jampi serapah dengan mata terpejam sekali sekala celik dan akhirnya berhenti lalu menilik kertas timah rokok dan bara dalam dupa bergilir-gilir.

‘’Nampaknya orang suruhan orang jauh Ceksu… ada sungai.. ada bukit… satu ni nampak macam jambatan..’’ujar tok bomoh Usin.

Ayah merenung mata tok bomoh dan dahi ayah berkerut-kerut. Siapakah yang punya angkara? Orang mana? Sungai? Bukit? Jambatan?

‘’Bagaimana?’’ tanya tok bomoh.

‘’Benda ni sebenarnya bukan nak suruh malu, nak suruh hancur langsung, tapi nasib baik semuanya belum jejas apa-apa. Mahu kirim balik kepada penyuruhnya atau buang saja?’’

‘’Ikut tok bomohlah, kalau pakcik Usin fikir baik, kirimlah balik, kalau buang tu jalan terbaik, maka kita buang terus. Air di telaga tu bagaimana?’’

‘’Kalau nak guna untuk makan minum, mandi pun tidak ada apa-apa. Tapi kalau rajin eloklah timbakan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience