Inilah aku apa adanya
Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu
Ini cintaku apa adanya
Yang ingin selalu di sampingmu
Ku tahu semua tiada yang sempurna
Di bawah kolong langit ini
Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu di sini
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu?
Dengan kata-kata perpisahan
Demi cinta kita, aku akan menjaga
Cinta kita yang telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya
Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu di sini
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu?
Dengan kata-kata perpisahan
Demi cinta kita, aku akan selalu menjaga
Cinta kita yang telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya..
Ho oh oh..
Ho oh oh..
[ Cinta Kita - Teuku Wisnu ft Shireen Sungkar ]
Syafiq memandang Haura yang berada di sisinya. Selepas Muaz keluar untuk ke kedai runcit, Haura segera mengajaknya untuk duduk di tepian pantai. Ada perkara yang mahu ditanya katanya.
"Ada hal apa Haura?" tanya Syafiq.
Haura mengambil masa untuk membuka mulut kerana teragak-agak.
"Erm.. Haura nak tanya.. Muaz sakit apa ya? Syafiq tahu tidak yang dia ada makan ubat?" Haura bertanya dengan penuh debaran. Tidak mungkin Syafiq tidak tahu apa-apa fasal kawan baiknya itu. Dia menantikan sebuah jawapan.
Syafiq mengeluh perlahan. Berkira-kira mahu membuka cerita atau pun tidak.
"Aah, Haura.. Memang Muaz ada makan ubat. Setiap malam dia kena makan ubat tidur itu." jawab Syafiq selamba. Ada baiknya juga jika Haura mengetahui perkara ini.
"Ubat tidur? Kenapa Muaz ambil ubat macam itu?!" Haura terkejut dan memandang wajah Syafiq dalam-dalam.
"Sejak Haura pergi dari hospital hari itu, Muaz depress tidak jumpa Haura. Merata dia cari. Hari-hari dia salahkan diri dia sendiri atas semua yang berlaku. Tidak makan, tidak tidur, tidak rehat dengan betul. Syafiq ada beritahu Haura kan yang Muaz jatuh sakit? Sejak itulah Muaz ambil ubat supaya sekurangnya dia boleh tidur lena kalau tidak tidurnya asyik meracau je. Syafiq.. bukanlah sesiapa nak beritahu Haura macam ini. Dulu, Syafiq pun terfikir betapa teruknya Muaz berubah. Rupanya, dia ada juga siasat hal dekat Cameron dan tentang Rania memang dia tidak ada apa-apa hubungan langsung. Dia elak semampunya bila Rania cuba goda dia. Jadi, kalau boleh maafkanlah Muaz. Bagi peluang kat dia untuk tebus balik kesalahan. Nampak dia macam kuat kan tapi dari sekolah dulu dia kuat nangis dan tidak akan tunjuk perasaan dia dekat orang. Dia sayang sangat dekat Haura tahu sampai tidak boleh nak fikir benda lain padahal cuma Alamsyah itulah hidup dia sebelum dia kahwin.." Syafiq tersengih kecil selepas berkata panjang lebar. Berharap agar hati Haura terbuka walau sehalus lubang jarum untuk menerima Muaz kembali.
Mata Haura bergetar menahan air mata. Dia tidak tahu pula Muaz melalui hal sebegitu. Hatinya pedih kerana dia juga pernah terluka 'ditinggalkan' oleh Muaz suatu ketika dahulu.
"Tapi.. Kan dia dah jumpa Haura kat sini. Kenapa dia masih makan lagi ubat tidur itu?" tanya Haura.
"You know the answer Haura.. You are really know more than others.." Syafiq tersengih sinis.
Haura menelan kesat air liur. Ya, hatinya tahu jawapannya walaupun mulutnya cukup lancar bertanya. Selagi dia tidak menerima Muaz kembali sudah tentu Muaz masih menabur harapan bukan?
"Haura faham. Terima kasih Syafiq.." Haura berwajah kelat. Cukuplah jawapan yang dia dapat ini.
Syafiq tersengih nakal tiba-tiba.
"Eh Haura, ada ulat!" teriak Syafiq seraya menunjuk-nunjuk jari telunjuknya pada tudung Haura.
"Hah?! Mana?! Eiii.." Haura tercari-tercari di seluruh tubuhnya.
"Syafiq tipu je. Hahaha.." Syafiq tertawa dengan kuat. Sengaja dia mahu membuat Haura meniti jauh dari kesedihan.
"Ish, Syafiq!" Haura menyiku lembut lengan Syafiq kerana dia betul-betul percaya. Tidak lama kemudian, Haura turut tertawa.
Muaz yang sejak tadi berdiri tidak jauh dari mereka hanya menelan air liur. Dia tidak tahu apa yang mereka borakkan sehingga Haura boleh ketawa sebegitu. Perlahan dia menapak kakinya ke arah mereka meskipun langkahnya amat berat.
"Muaz!" tegur Syafiq kerana Muaz muncul dengan tiba-tiba.
"Aku.. pergi dulu. Kau orang boraklah." Syafiq berdiri kerana tahu Muaz sudah pasti mahu memujuk Haura.
"Tidak. Aku nak cakap dengan kau, Fiq." jawab Muaz dengan pandangan yang serius.
"Haura.. balik dulu ya." sapa Haura kerana terasa janggal pula kalau dia masih di situ bersama mereka.
Muaz mengambil tempat duduk Haura seusai Haura beredar.
"Kau suka Haura?" tanya Muaz tanpa lapik. Dia memandang sayu air laut yang berombak perlahan di hadapan mereka itu.
Syafiq tersentak dan menoleh laju memandang Muaz di sisinya.
"Kau.. Kau cakap apa ini Muaz?" tanya Syafiq yang tidak mengerti.
"It's okay. Aku bukan nak marah kau pun. Kalau betul kau suka Haura, akulah orang yang paling gembira sebab aku tak nak orang lain selain kau. Fiq, kau bahagiakanlah Haura please. Aku.. Aku boleh lepaskan Haura." Hati Muaz seakan jatuh berderai dan serpihnya itu tidak mampu untuk dikutip. Tangannya menggigil halus menahan rasa.
Syafiq lekas berdiri dan menarik kolar baju Muaz sehingga Muaz juga berdiri kaku.
"Hei, Muaz! Kau sedar tidak apa yang kau cakap ini hah? Kau nak sia-siakan je semua usaha kau selama ini? Lepaskan Haura senang-senang macam itu je? Hei, kau tidak fikir ke Muaz perasaan Haura kalau kau betul-betul tinggalkan dia?!" Syafiq tidak mengerti bagaimana Muaz boleh membuat keputusan yang membuta tuli.
"Dia takkan terima aku lagi Fiq! Tolonglah faham. Aku tidak boleh nak pujuk dia selama-lamanya kat sini. Aku terseksa. Haura pun terseksa. Cukuplah itu! Cukupp!" bentak Muaz seraya meleraikan pegangan Syafiq. Dia memandang Syafiq dengan tajam.
Syafiq menjeling sinis.
"Okay! Aku panggil Haura. Kau stay sini and aku nak kau cakap semua ini depan dia. Aku akan buktikan yang dia masih sayangkan kau Muaz. In fact, dia tidak akan terima lelaki lainlah selain kau!" Syafiq merengus dan berlalu pergi.
Muaz mengeluh sambil matanya bergetar perlahan. Dia menarik nafas panjang sepanjang luka hatinya yang jauh terguris.
"Ada apa Syafiq panggil Haura ini?" tanya Haura kebingungan yang membuntuti Syafiq sambil memandang Muaz yang berada beberapa meter di hadapan.
Syafiq membisu dan meneruskan langkah.
"Aku nak kau cakap semuanya dekat Haura sekarang. Selesaikan masalah kau ini Muaz!" Syafiq menepik dan terus beredar meninggalkan Haura yang terpinga bersama Muaz.
Haura terpempan melihat Syafiq serius begitu. Dia memandang sekilas Muaz yang duduk diam membatu.
Muaz memejamkan mata seraya menyedut nafas panjang. Dia tidak kuat untuk teruskan kata namun digagahi jua agar semua pihak menemui jalan penyelesaian.
"Duduklah." tegur Muaz perlahan.
Haura melabuhkan punggungnya di sisi Muaz dan menanti bait kata dari Muaz.
"Kalaulah boleh diundurkan masa, abang berharap yang kita berdua tidak dipertemukan supaya sayang tidak disakiti. Abang.. Minta maaf seikhlas hati abang. Maafkan abang sayang.. Walau berjuta kali pun abang ucap maaf pada sayang, hati ini tetap jua rasa bersalah rasa menyesal sampailah ke akhir hayat abang. Abang nak tengok sayang bahagia, tidak mahu ada sengketa antara kita. Tapi.. kalau sekarang dan hari yang mendatang abang dah tidak mampu nak membahagiakan sayang.." ujar Muaz tersekat-sekat. Dia cuba sedaya upaya untuk menghabiskan ayatnya.
Mata Haura berkaca. Dadanya sesak dan sebak.
Muaz memandang lembut wajah Haura di sisinya. Perlahan dia menghulurkan tangan kanannya pada Haura dan menyambung kata.
"Abang izinkan sayang untuk lepaskan pegangan tangan abang ini.. Mungkin genggaman orang lain lebih layak untuk sayang.. Abang undur diri sebab tidak sanggup nak tengok sayang terluka lagi.." Muaz menahan air mata yang bertakung di kelopak matanya agar tidak sewenangnya jatuh.
Air mata Haura pula menitis selajunya di pipi. Dia tidak mampu membendung perasaan yang ditahannya. Haura berdiri seraya melangkah laju meninggalkan huluran tangan Muaz yang masih pinta untuk dibalas.
Muaz menelan air liur dan menarik kembali tangan kosongnya. Seperti yang dijangka, dia sudah mengagak yang Haura tidak akan menerima dirinya semula. Kini, dia sudah pasti hubungan mereka telah pun sampai ke jalan penghujungnya.
Haura menekup mulutnya dan menggigil menahan esak. Akhirnya, Muaz telah memutuskan untuk berputus asa sahaja.
Sambil bersimpuh di atas lantai, Haura menangis semahunya. Seakan segala yang terpendam dalam jiwa mulai keluar satu persatu. Hatinya luluh dan robek.
Opah yang melihat Haura pulang sambil menangis terus melangkah ke bilik Haura.
Krekk..
"Haura.." sapa opah selepas menolak pintu bilik Haura kemudian dia melabuhkan punggungnya di birai katil.
"Tsk, tsk erghh tsk opahhh.. Tsk, erghh.." sambil melutut Haura memeluk lengan opah dan menangis.
Opah mengusap belakang tubuh Haura dengan lembut.
"Uhuks.. Muaz.. Tsk. Muaz betul-betul nak tinggalkan Haura opah.. Errgh.." ujar Haura dengan nada bergetar.
"Sabar Haura, sabar. Jadi, apa keputusan Haura?" tanya opah setelah tangisan Haura reda.
Haura memandang opah sambil mengelus air mata yang tiada henti.
"Haura tidak tahu.." Haura menggelengkan kepala. Sungguh dia berbelah bahagi. Adakah egonya yang telah menjadi pendinding dari kembali kepada Muaz? Atau, adakah dendam yang memaut dirinya agar terus mengimbas peristiwa lalu?
Opah tersenyum kecil.
"Kalau Haura nak tahu, mulut yang berkata-kata ini selalu menipu dan adakalanya tidak betul. Tapi, hati tidak boleh menipu. Nak cakap benar itu berat dan perit. Opah tahu Haura dan Muaz orang yang baik-baik. Manusia sentiasa buat silap dan perlu perbaiki diri. Tapi, janganlah disebabkan satu kesilapan saja kita terus buta dengan 99 kebaikkan yang lain. Isteri yang taat suami ini syurga tempatnya. Walaupun kita ini isteri yang paling banyak berkorban, lelah dan kecewa bukan ke pengorbanan itu berbaloi untuk ke syurgaNya? Sebab syurga itu mahal Haura, jadi Allah hadirkan dugaan dan ujian." opah mengukir senyum di akhir kata.
Haura terhenjut-henjut menahan tangis. Dia memeluk opah dengan erat. Dia mengerti maksud opah. Sekurangnya hatinya sedikit lega selepas mendengar kata-kata opah.
Haura masih merenung kosong kipas yang berputar di atas siling. Selepas beberapa jam, dia masih mengurungkan diri di dalam bilik untuk mengelak dari Muaz.
Tok!
Tok!
"Haura! Haura!" pekik satu suara dari luar biliknya.
Haura mencapai selendang dan terus membuka pintu.
"Ada apa Syafiq?" Haura bingung melihat Syafiq kelam-kabut begitu.
"Nampak Muaz tidak? Dia tidak balik sejak jumpa Haura tadi. Tapi, kereta dia ada lagi kat sini.." Syafiq berdetak risau.
Jantung Haura terus berdegup laju.
"Tidak balik lagi? Tapi.. Tadi kan tengah hujan ribut?" Haura kehairanan.
"Haah, hujan-hujan tadi pun memang Muaz tidak balik juga Haura." Syafiq mengusap lehernya.
"Ya Allah, abang.." bisik Haura.
Haura membetulkan selendang hitamnya dan berjalan keluar.
"Haura, nak pergi mana?" Syafiq melihat Haura yang sedang melangkah laju.
"Nak cari Muaz.." Haura berkata tanpa menoleh.
Hujan masih renyai dan senja yang bakal menjelma sebentar lagi menambahkan kelam di hati Haura.
Haura dan Syafiq berlegar di tempat mereka berborak dengan Muaz siang tadi namun tiada sesiapa di situ.
"Dah cuba telefon Muaz ke Fiq?" tanya Haura.
"Dah. Tapi telefonnya dimatikan. Memang tidak dapat call.." Syafiq mencekak pinggang. Hairan, mana pula dia pergi sedangkan Muaz bukannya kenal sesiapa pun di kampung ini.
"Itulah, muda lagi dah meninggal kan?"
"Agaknya bunuh diri kot?"
Dua orang lelaki separuh usia yang sedang berjalan sambil berborak telah menarik perhatian Haura dan Syafiq kerana suara mereka yang agak kuat.
"Err.. Assalamualaikum, maaf cik. Boleh tahu apa yang berlaku ya?" tanya Syafiq sambil menahan dua orang lelaki itu.
"Oh, kat sana itu tadi ada orang mati lemas. Orang kampung jumpa mayat dia terdampar tepi pantai lepas ribut tadi. Bukan orang sini itu, semua tidak kenal lelaki itu." jawab pak cik yang memegang baldi berisi umpan dan jaring.
"Err.. Baik, terima kasih ya." ucap Syafiq sambil melihat mereka beredar.
Haura jatuh terduduk lemah di atas pepasir. Tanpa diminta, air matanya deras berguguran. Seluruh tubuhnya menggigil dengan berita itu.
"Macam mana.. Macam mana.. Kalau itu Muaz?" tanya Haura dengan bibir yang bergetar memandang Syafiq.
Syafiq tersentak.
"Tidak mungkinlah Haura. Takkanlah.." Syafiq cuba menyedapkan seluruh hati walaupun terasa gugur juga hatinya bila memikirkan.
Syafiq dan Haura membisu seketika untuk menghadam situasi.
"Kita pergi tengok dulu. Tidak, tidak. Haura tunggu sini, Syafiq pergi sana kejap!" Syafiq terus meninggalkan Haura. Dia perlu mengesahkan identiti lelaki itu dahulu walaupun perit sekiranya ianya benar-benar Muaz. Ya Allah..
"Abanggg.." rintih Haura seraya melihat Syafiq yang semakin hilang dari pandangan. Haura terhincut-hincut menahan tangis.
"Sayang! Buat apa kat sini?"
Haura menoleh laju ke arah suara yang garau itu. Tangisannya semakin lebat selepas Muaz melutut kehairanan di hadapannya.
"Abang! Ya Allah.. Abang pergi mana?! Abang tidak apa-apa ke? Hah?" Haura meraba-raba seluruh tubuh Muaz walau menggigil. Muaz hanya tercengang melihat perilaku Haura.
"Abang tidak apa-apalah. Kenapa.." Muaz tidak sempat menghabiskan ayatnya.
Buk!
Haura terus memeluk erat tubuh Muaz sambil menangis teresak-esak. Dia membenamkan wajahnya di tengah dada Muaz. Sungguh, dia teramat rindukan suaminya itu. Dan yang lebih penting Haura bersyukur kerana Muaz masih hidup bernafas.
"Abang.. Maafkan sayangg.." rintih Haura.
Muaz masih kelu terpempan kerana tidak percaya Haura sedang memeluk dirinya. Andai ini hanyalah sebuah mimpi, dia tidak ingin bangkit untuk jaga.
"It's okay sayang. It's okay. Abang yang patut minta maaf bukannya sayang." Muaz membalas pelukan Haura dengan erat. Sambil memejamkan mata, berulang kali dia mencium ubun-ubun kepala Haura dengan kasih. Sungguh, dia masih belum percaya.
Haura merenggangkan sedikit pelukan dan menatap wajah Muaz. Dia menumbuk lembut dada Muaz.
"Sampai hati abang nak tinggalkan sayang?!" teriak Haura.
"Dah sayang tidak terima pujuk rayu abang, terpaksalah abang cakap macam itu.." Muaz membela diri.
"Sayang tidak cakap punlah tidak terima abang!" Haura memuncungkan bibirnya sedepa.
"Habis itu, kenapa terus pergi tinggalkan abang macam itu je?" tanya Muaz semula.
"Yalah, sayang sedih tahu abang nak tinggalkan sayang jadi sayang merajuklah sekejap." Haura menepuk lembut dada bidang Muaz.
Muaz memandang Haura dengan sebuah senyuman. Itulah Haura Medina yang dia kenal. Terlalu baik dan sempurna buat dirinya yang penuh dosa ini.
"Betul ke.. abang tidak ada apa-apa hubungan dengan Rania?" Haura menjeling manja sambil mengenggam tangan Muaz.
Muaz tersengih sinis.
"Betul sayang. Abang tidak ada perasaan langsung walau sebesar zarah dekat dia. Abang tidak tergoda pun dengan dia tahu. Sumpah! Abang cuma nak sakitkan hati sayang je masa itu. Maaflah.." Muaz mengusap lembut tangan Haura.
Haura mengukir senyum dan mengangguk faham. Tiada apa yang lebih melegakan hatinya selain pengakuan dari mulut Muaz sendiri. Cuma hanya beberapa minit selepas itu, riak wajah Haura berubah serta merta. Kelopak matanya mula bergenang kembali.
"Abang.. a.. anak kita.. dah tiada abang.." air mata Haura menitis. Sejak dia keguguran sebulan yang lepas, dia menanggung rasa seorang diri. Peritnya tanpa Muaz di sisi. Kini, dia mahu menangis sepuasnya dalam dakapan Muaz.
"Ya.. Abang tahu sayang.. Abang tahu. Maafkan abang sebab tidak jaga sayang baik-baik. Allahuakbar.." Muaz membalas dakapan Haura dan mengusap belakang Haura sambil merelakan air matanya untuk gugur ke bumi.
Langkah kaki Syafiq terhenti selepas melihat Muaz dan Haura berpelukan. Nafasnya tercungap-cungap kerana berlari anak. Syafiq terus melempar senyum. Dia lega Muaz bukanlah mangsa lemas seperti andaiannya dan Haura. Semakin lama senyuman Syafiq itu memudar hilang. Terasa malu sendiri kerana pernah terfikir kalau-kalau Muaz pergi dari hidup Haura, dia mahu saja menjadi pengganti. Mimpi, bukan?
Selepas memanaskan enjin keretanya, Muaz duduk bersama Syafiq dan Mat Rock sambil melihat Haura yang sedang berborak dengan opah dan Wati.
"Terima kasih opah. Tidak terbalas budi opah sudi jaga Haura kat sini. Haura sedihlah nak kena balik dah.." rengek Haura dengan wajah mencuka.
"Tidak apalah Haura. Nanti senang-senang datanglah sini lagi. Opah syukur tengok Haura dah berbaik dengan Muaz." Opah tersengih dan menepuk-nepuk tangan Haura.
"Aah kak, lain kali datang dengan Abang Muaz tahu!" celah Wati sambil merangkul lengan Haura.
"InsyaAllah." jawab Haura. Sudah semestinya dia akan merindukan mereka semua.
Muaz memakai cermin mata hitam yang disangkut di kolar kemejanya lalu bersalaman dengan semua sebelum memasuki kereta. Syafiq, opah, Wati dan Mat Rock melambai sehingga kereta Range Rover Muaz itu hilang dari pandangan.
"Hai, untungnya Kak Haura dapat Abang Muaz. Dahlah baik, kacak, gentleman.." puji Wati. Dia terbayang jika dia boleh bersuamikan lelaki persis Muaz itu.
Mat Rock mencebik.
"Eleh, setakat pakai cermin mata hitam acah-acah macam Adi Putra itu aku pun bolehhh!" Mat Rock menjeling.
"Kau? Kau apa ada?! Setakat motor cabuk yang berhabuk itu tidak payahlah Mat Rock.." sindir Wati.
"Hei, dia ini karang aaa ada kena silat ini kang.. Eh, motor cabuk berkurap itu jugalah yang selalu bawa kau tahu Wati! Tidak ingat? Tiba-tiba pula dapat amnesia?!" Mat Rock mengecilkan matanya. Geram pula hati ini.
Syafiq menggeleng kepala.
"Kahwinkan ajelah opah dia orang ini. Tolonglah tolong. Penatlah tengok!" Syafiq mengeluh.
"Itulah, opah lagi penat dok dengar dia orang bercekau hari-hari tapi esoknya dok mencari juga. Gasaklah situ.." Opah menggeleng kepala lalu berlalu pergi bersama Syafiq meninggalkan Wati dan Mat Rock yang masih bertelagah.
"Kahwin dengan Wati yang montel macam anak paus ini?! Memang tidaklah!" teriak Mat Rock.
Mulut Wati ternganga luas.
"Hello, ingat aku hairan? Aku pun tidak inginlah nak kahwin lelaki rambut kembang macam sarang tupai ini!" dengus Wati dan berjalan laju memasuki rumah.
Mat Rock hampir tersedak mendengar.
"Eh, Wati! Petang ini jangan lupa ikut aku rewang kenduri tahlil rumah Tok Amat!" Mat Rock mencekak pinggang.
"Yaa.. Tahulahhh!" jerit Wati dari dalam rumah. Wati tersengih simpul seribu makna.
Muaz kembali dengan barang dapur yang dipesan oleh Haura. Haura berjanji untuk masakkan pelbagai lauk kesukaan Muaz seusai sampai ke rumah. Setelah pintu kereta ditutup, Muaz melangkah perlahan kerana hairan pintu utamanya itu terbuka luas sedangkan kebiasaannya akan ditutup dan berkunci.
Muaz masuk dengan mata yang melilau. Jantungnya berdebar. Digenggamnya plastik di tangan dengan erat. Beberapa langkah kemudian, jantungnya seakan mahu gugur dan lututnya lemah melihat figura di hadapannya memegang sebilah pisau yang bersinar tajam.
"Abang Muaz.."
"Kau.. buat apa kat sini? Mana Haura? Mana Haura?! Sayang?! Sayanggg?! Sayang kat manaa?! Ya Allah.." jerit Muaz sambil mengambil langkah berjaga-jaga. Dia melepaskan plastik di tangannya begitu sahaja.
"Abang! Kenapa abang terjerit-jerit ini? Haura ambil telefon sekejap kat atas." ujar Haura sambil menuruni anak tangga.
"Sayang! Sayang tidak apa-apa ke? Ya Allah.."
Muaz meraba tubuh Haura melihat kalau-kalau Haura telah dicederakan. Dia mendepakan tangan agar Haura kekal selamat berada di belakang tubuhnya.
"Tidak cukup lagi ke Ayu apa yang kau dah buat selama ini hah?! Tidak puas hati lagi kenapa?! Nak bunuh orang pula sekarang?!" pekik Muaz. Hatinya mendidih.
Ayu segera meletakkan pisau di tangannya ke atas meja kopi. Dia berundur beberapa langkah.
"Astagfirullahalazim. Abang dah salah fahamlah. Ayu datang bukan sebab itu." Haura memegang lembut tangan Muaz untuk menenangkan lelaki itu.
"Duduklah Ayu." Haura memimpin Muaz agar duduk bersama di ruang tamu.
"Tadi, Ayu datang bawa buah. Dia cuma tolong potongkan jelah abang." Haura tersenyum kerana Muaz begitu takut akan kehilangan dirinya.
Wajah Muaz merona kemerahan.
"Tapi.. Still kena hati-hati kan.." Muaz menjeling Ayu yang duduk terbungkam di sebelah Haura.
Buk!
Tiba-tiba Ayu melutut menghadap Haura dan Muaz membuatkan mereka tersentak.
"Ayu.. Ayu nak minta maaf sangat-sangat dekat Kak Haura dan Abang Muaz. Walaupun Ayu tahu salah Ayu ini tidak boleh dimaafkan. Tolonglah, maafkan Ayu! Hati Ayu tidak pernah tenteram sejak ikut cakap Rania. Mungkin itulah balasan Ayu sebab cuba runtuhkan rumah tangga orang. Ayu menyesal sangat. Menyesal! Sebab itu Ayu datang nak minta maaf itu je. Lepas ini Ayu tidak akan kacau Kak Haura dan Abang Muaz lagi. Ayu janji. Tolonglah maafkan Rania juga ya. Rania.. Dia dah meninggal dunia sebab kemalangan." Ayu berkata sambil air mata yang berjuraian.
Muaz dan Haura terkejut mendengar berita tentang Rania. Muaz terus duduk dengan tegak dari sandaran.
"Innalillahiwainnalillahirojiun.." Haura menelan air liur seakan tidak percaya.
Haura memaut kedua tangan Ayu dan menariknya untuk duduk kembali di kerusi.
"Kak Haura dah lama maafkan Ayu dan Rania. Tidak berdendam apa pun. Cuma berharap yang benda ini tidak akan berulang lagi walau dekat sesiapa pun. Kak Haura doakan Ayu bahagia dunia dan akhirat ya.." Haura mengusap lembut tangan Ayu.
Ayu menangis teresak-esak dan memeluk Haura. Dia tidak menyangka Haura dapat memaafkan dirinya. Muaz hanya memandang mereka dengan sebak. Kalau ikutkan amarah hatinya ini tidak mungkin dia dapat memaafkan orang sekeji Rania dan Ayu itu. Namun, Haura membuka matanya yang manusia semuanya tidak sempurna malah memerlukan manusia lain untuk nampak sempurna.
Malam ini Haziq dan Fatima bakal berangkat ke luar negara. Fatima memutuskan mahu menyambung pelajaran di Korea sekaligus memulakan hidup baru setelah ketiadaan Nek Embun. Haura adalah orang yang paling gembira mendengarnya. Harapan Nek Embun dimakbulkan dan Fatima juga telah banyak berubah.
"Perlu ke kau cuti sampai sebulan Ziq?" tanya Muaz pada Haziq.
"Eh, perlulah! Aku pun perlukan ketenangan dan kebebasan lepas apa yang dah berlaku." balas Haziq. Sengaja dia mahu mengikuti Fatima ke Korea untuk sama-sama membantu buah hatinya itu menyesuaikan diri di sana.
"Lepas kau balik, turn aku pula eh cuti sebulan!" ujar Naufal sambil tersengih.
"Hah masak, kalau macam ini lingkuplah Alamsyah aku!" Muaz menggeleng kepala.
Syafiq menepuk-nepuk bahu Muaz sambil disertai oleh gelak tawa semua lelaki.
Haura tersenyum melihat Fatima yang manis bertudung. Sebelum berangkat, Haura berborak dengan Fatima.
"Kalau Nek Embun ada lagi.. Mesti dia bahagia tengok Fatima dah berubah. Dia nak tengok Fatima buat apa yang Fatima suka dan jadi diri sendiri. Nek Embun tidak pernah benci Fatima dia selalu doakan Fatima tahu. Dia tahu cucunya ini seorang wanita yang baik cuma keadaan yang memaksa Fatima kan. Jadi, lupakan kisah lalu dan terus maju ke hadapan ya! Kalau ada apa-apa masalah, Kak Haura ada untuk Fatima.." pesan Haura.
"Oh, kalau Haziq buat hal dengan Fatima cepat-cepat beritahu Kak Haura dengan Abang Muaz tahu! Tahulah nasib dia nanti.." Haura berbisik dan tersengih.
Fatima yang sebak sejak tadi juga tertawa dan mengangguk. Kini, hidupnya lebih bahagia dikelilingi orang-orang yang menghargai.
"Terima kasih Kak Haura. Terima kasih juga sebab selalu ada dengan Nek Embun saat Fatima tiada di sisinya. Fatima menyesal kak. Bila dah tiada baru sibuk nak hargai." Fatima menyeka air mata di pipi.
Haura terus memeluk Fatima agar dia tidak menyalahkan dirinya lagi. Dia tahu Fatima bukanlah sengaja berperangai sebegitu.
Selesai melihat Fatima dan Haziq berangkat pergi masing-masing membawa haluan sendiri. Haura dan Muaz berjalan berpimpinan tangan menuju ke arah tempat letak kereta.
Seusai mendekati kereta mereka, Haura mengerutkan dahi.
"Kotak apa ini abang?" Haura melihat sebuah kotak putih yang sederhana kecil berada di atas bumbung kereta.
"Entah. Sayang bawalah masuk. Kita tengok kotak apa." arah Muaz seraya membuka pintu.
Belum sempat Haura membuka kotak tersebut, selepas melabuhkan punggung Muaz terus menghulur sebuah jambangan bunga ros putih yang dihiasi reben hitam.
Haura terpana melihat Muaz senyum melebar begitu.
"Abang.." Haura mengambil jambangan bunga di tangan Muaz. Diciumnya bunga yang mekar dan indah itu.
"Terima kasih sayang.. Sudi terima abang semula walaupun abang tidak layak. Abang gembira dan bersyukur sangat sayang dah balik rumah. Abang nak tebus balik setiap hari-hari yang abang dah bazirkan bersama sayang. I love you soooo much, my dear.." Muaz menggengam tangan Haura justeru membelai pipi Haura.
"I love you too abang.. Jangan pernah tinggalkan sayang lagi tahu. Kalau tidak.." rengek Haura.
"Kalau tidakkk..?"
"Kalau tidak, sayang nak merajuk lagi!" Haura menjeling kecil pada Muaz.
"Oh, ingat sayang nak izinkan abang kahwin dua ke tiga ke empat.." Muaz menahan tawa.
"Apa abang ini?!" Haura membuat muka tidak puas hati. Berani pula dia kata begitu.
"Abang gurau jelah. Eh, cepatlah buka kotak itu." Muaz tersengih.
"Sajalah itu nak ubah topik." Haura mencebik melihat Muaz tersengih-sengih.
Di dalam kotak putih itu ada dua keping tiket penerbangan, sebentuk cincin dan seutas rantai berbentuk bintang yang Haura pernah tinggalkan untuk dipulangkan semula pada Muaz.
"Apa ini abang?" tanya Haura.
"Meh, abang tengok sini sayang dapat apa. Oh.. sayang dapat tiket pergi Jepunlah bulan depan. And then.. cincin dengan rantai? Herm.." Muaz menyarungkan cincin perkahwinan Haura di jari manis dan mengambil rantai pula seraya memakaikan ia di leher Haura.
"Jangan pernah pulangkan cincin dan rantai ini semula pada abang. Hati abang sakit sayang, bila bintang hati abang sendiri hilang dari pandangan.." Muaz berbisik di telinga Haura lalu mengucup lembut pipi Haura.
"Abang! Malulah orang tengok." jantung Haura berdegup laju. Haura menolak dada bidang Muaz kerana terkejut dicium. Walaupun hanya di dalam kereta tetaplah segan jika ada mata yang melihat.
Muaz membetulkan duduknya.
"Malu? So, kalau kat rumah sayang tidak malu kan kan? Okay, abang rasa kita kena balik cepat. Sekarang juga!" Muaz tersengih nakal. Dia memakai tali pinggang keledar dan sedia untuk memandu.
"Abanggg.. Bukan kita nak pergi makan ke?" Haura membulatkan matanya.
"Tak nak, abang nak baliklah sayang. Nak balik, nak balik! We have to. Nanti kita makan maggi jelah sayang pleaseee.." Muaz membuat muka kasihan.
Haura tertawa kerana kemanjaan suaminya itu. Dia menggeleng kepala kerana sejak dia pulang di sisi Muaz, manja Muaz itu semakin menjadi-jadi.
Cup!
Haura mencium pipi Muaz sebagai balasan ciumannya tadi. Dia mengenggam erat tangan Muaz seperti tidak boleh dilepaskan walau sesaat.
"Terima kasih abang. Haura suka sangat hadiah yang abang bagi ini. Semoga Haura Medina dan Muaz Addin saling mencintai kerana Allah. Semoga kita kekal bahagia dunia dan akhirat. Dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.." tutur Haura lembut. Dia mahu membuka lembaran baru untuk sehidup dengan Muaz. Tidak mahu terpaut terlalu lama dengan masa lalu yang menyakitkan.
"Amin. InsyaAllah sayang. Doa abang sentiasa mengiringi doa sayang. Moga cinta kita mekar sampai syurga Firdaus.." Muaz memandang Haura dan mengucup lama tangan isterinya dengan penuh rasa cinta. Tidak mahu dia mensia-siakan peluang kedua yang Haura telah berikan.
- TAMAT -
Alhamdulilllah, its a wrap gaisss!
By the way, lagu ni dulu kan sebulan pasang tak reti-reti telinga ni nak jemu dengar sebab suka tengok diorang couple nampak sweet gittew. Okay fineee, suka tengok Teuku Wisnu je sebab zaman kita sekolah dulu kan mampu layan sinetronnn je lagipun time tu dialah yang paling handsome lol..
Terima kasih semua pada yang sudi baca, komen dan singgah walau tidak seberapa. Hasya sebenarnya first time karang novel. Edit je dekat 637281919 juta kali sebelum published hahaha jadi kalau ada salah silap terkurang mana-mana tu korang tutup mata jelah minta halal ya.
Pelangi Cinta hanyalah sebuah cerita rekaan tetapi ada beberapa plot cerita yang diambil dari kisah benar. Buat watak-watak novel yang wujud dalam dunia realiti ini (nama watak bukan nama sebenar), hasya sentiasa menitip doa walau tidak zahir di mata kalian.
So, gais Hasya hargai sesangat kalau korang boleh rate cerita ini dengan banyakkk bintang, boleh drop sebarang komen walau sepatah perkataan tanda support. Bolehlah hasya buat kenangan hehe. Kalau masih jua tidak mampu, cukup doakan semoga hasya dilimpahkan kurniaan rezeki, dipermudahkan segala urusan baik dunia mahupun akhirat. Moga doa ini berbalik pada yang sudi mendoakan..
**********
Sebenarnya hasya nak lock cerita ni separuh jalan so kalau nak sambung baca hasya nak jual cerita ini. Tapi, tak sampai hati nak buat macam tu sebab kesian kat orang yang betul-betul nak baca sampai tamat tapi tak mampu nak beli .
Jadi, hasya decide pada sesiapa yang sudi nak hulur seikhlas hati boleh beri kat no. acc bawah ni eh. Hasya tak paksa tau haha. Kita ibu tunggal anak seorang yang masih berkelana mencari secebis rezeki. Alhamdulillah Allah Maha Baik masih beri segala nikmat dalam hidup walau sebenarnya hasya tak punya apa-apa. Moga Allah kuatkan hati buat semua para ibu yang berjuang!
Pada yang memberi sumbangan, semoga Allah jualah yang mampu membalas dan mengkabulkan segala doa-doa kalian..
MAYBANK -
FRUITTEY MARKETING
**********
- Epilog/Teaser -
Bunyi tolakkan troli bagasi di lapangan terbang itu kedengaran semakin mendekat. Seorang wanita berambut panjang diikat mengurai yang berwarna kuning air melangkah angkuh menjinjit beg tangan kecil yang berwarna putih. Menyerlahkan kukunya yang panjang bercat merah. Perlahan dia membuka cermin mata untuk bertentang mata.
"I nak semua maklumat tentang Muaz Addin dan Haura Medina. Let me know in two days. I nak tahu.. siapa yang berani sangat nak bermain dengan api itu?" senyuman sinis terukir di bibirnya seraya memakai semula cermin hitam yang ditanggalkan sebentar tadi. Rambut ikalnya dikibas megah.
"Baik, Datin Vee." ujar seorang wanita bersut khaki. Dia menunduk dan menelan air liurnya kelat. Selendang berbunga hitamnya diperkemaskan. Segera dia menolak troli bagasi yang sudah ditinggalkan pergi oleh wanita separuh usia itu. Hatinya mulai resah setelah mendapat khabar akan kepulangan Datin Vee ke tanah air.
Nahhhh, saja berangan sikit kalau Pelangi Cinta ada next sequel! Bgehehehe perasan jerk kan. Kalau ramai yang berminat nak ada sambungan, okaylah boleh dipertimbangkan..
Share this novel