Bab 3 ( perasaan )

True Story Series 5355

Fajria sedang membuat kerjanya.Dia teringat akan perkara semalam.

“ Alif kan orangnya? ” ucap Encik Zainal.

Fajria tidak menjawab.

“ Ya,ayah tanya ni. ” ujar Encik Zainal.

Fajria mengangguk perlahan.

“ Ya ada perasaan pada Alif kan?Sejak bila Ya sukakan Alif? ” soal Encik Zainal.

“ Dah lama. ” Fajria menundukkan kepalanya.

“ Sejak bila? ”

“ Sejak sekolah lagi. ” jawab Fajria.

“ Ya,ayah faham Ya sukakan Alif.Tapi Ya kena faham situasi.Alif tak lama lagi nak jadi suami orang.Tak baik ganggu hubungan orang.Ya kena redha dengan apa yang jadi. ” ucap Encik Zainal.

Puan Suhaimah memandang anaknya.Dia mendekati Fajria.Dia mengusap bahu Fajria.

“ Ya kuat ya!InsyaAllah ada yang lebih baik dari Alif.Kita tak tahu. ” ucap Puan Suhaimah memberi semangat kepada anaknya.

“ Ayah tak nak terburu-buru nak kenalkan Ya dengan Amin.Ayah faham perasaan Ya.” ucap Encik Zainal.

Fajria memandang ayahnya.

“ Terima kasih ayah ibu sebab faham Ya.Mungkin Ya perlukan masa untuk berkawan dengan Amin. ” ucap Fajria.

Puan Suhaimah dan Encik Zainal mengangguk perlahan.

Amir memanggil nama Fajria.

“ Ria! ”

Fajria masih termenung.Amir melihat Fajria.

“ Fajria! ”

“ Kenapa? ” soal Fajria.

“ Kau yang kenapa?Termenung dari tadi.Dah sampai Paris ke? ” sindir Amir.

Fajria tersengih.

“ Dah sambung balik kerja kau.Jangan kau sambung termenung pula.Aku potong gaji kau. ” ucap Amir.

Fajria tersengih.Dia pun menyiapkan kerjanya.

*******************

Alif melihat jam.Sudah waktu makan tengahhari.Dia yang masih menyiapkan kerja itu terus berhenti.Perut Alif berbunyi menandakan bahawa dia sudah lapar.

Alif teringat yang tempat kerja Fajria dekat dengannya.

“ Kalau aku ajak Ya makan ni.Okay juga!Aku pun dah lama tak lepak dengan dia.Lepas ni aku pun dah nak kahwin mesti tak macam dulu dah.Baik aku ajak dia lunch. ” kata Alif.

Alif menghantar mesej kepada Fajria.Fajria telah menerima mesej itu.Fajria membuka mesej yang telah dihantar itu.

“ Ajak makan?Sekarang ke? ” Fajria termenung seketika.

Dia menerima mesej lagi.

“ Jomlah Ya.Mana tahu hari ni last aku makan dengan kau.Lepas ni tak boleh dah.Aku kena jaga hati Fifi.Kau pahamlah kan aku pun dah nak kahwin.Mesti kena jaga hubungan aku dengan dia. ” balas Alif menggunakan mesej.

Fajria membacanya.

“ Okay.Tempat biasa.Aku datang. ” balas Fajria.

“ Amir,Ya pergi rehat tau kat luar.Makan jap. ” ucap Fajria.

“ Okay Ria.Jangan lambat-lambat. ” balas Amir.

Fajria memberi isyarat tangannya.Dia bergegas keluar menuju ke keretanya.Fajria telah sampai ke tempat yang di tujunya.Terlihat Alif seorang diri di situ.

Fajria melangkah ke arah Alif.Alif memandangnya.Alif tersenyum kepada Fajria.Hati Fajria berdebar tatkala melihat senyuman yang dilemparkan oleh Alif.

“ Sampai pun kau?Ingat tak nak datang tadi. ” ucap Alif.

“ Of course lah aku datang.Gila kau ada orang nak belanja.Mestilah aku datang. ” balas Fajria bersahaja.

“ Kemain kau,aku belanja baru kau nak datang.Tak apalah.Kau bayar sendirilah. ” balas Alif pula.

“ Kalau bayar sendiri aku balik.Tinggal kau sorang-sorang. ” ucap Fajria lalu tertawa.

“ Sanggup ya buat macam tu? ”

“ Demi makanan aku sanggup. ” jawab Fajria.

Mereka berdua tertawa kecil.

” Kau nak order apa?Kuey teaw basah?Dietlah tu. ” ucap Alif.

Fajria tersengih.

“ Kau dah hafal ya makanan fav aku? ” soal Fajria.

“ Of course.Aku dah tau dah makanan fav kau.Bukan makanan je perangai kau pun aku dah masak. ” ucap Alif lalu tertawa.

“ Ceh!Malaslah aku makan.” ucap Fajria.

“ Ewah dia.Aku cakap macam tu dia nak main ugut-ugut pula. ” kata Alif.

“ Kau order apa?Mesti mee goreng pedas kan?Kau ni lunch pun makan pedas.Orang makan nasi lah.” ucap Fajria.

“ Eleh.Dia kata aku.Dia pun bedal kuey teaw basah.Dietlah sangat. " balas Alif.Sudahnya dua -dua tertawa.

“ Dahlah cepat order.Aku dah lapar ni.Kau jangan sampai aku makan kau. ” kata Fajria.

“ Amboi,kenyang ke makan aku? ” kata Alif.

“ Kenyang.Kenyang setahun! ” Fajria tertawa.

“ Tak habis-habis nak kenakan aku kan? ” ucap Alif.

“ Weh,order cepat.Aku tak boleh lambat-lambat nanti bos aku bising. ” kata Fajria.

“ Iyalah. ” Alif memanggil pelayan lalu membuat pesanan.

Selesai mereka menjamu selera.Alif terus membayar bil makanan itu.Fajria terlopong.

“ Kau belanja aku ke?Aku main-main je weh! ” kata Fajria.

Fajria tidak menyangka Alif membayar untuknya sekali.

“ Ala.Bukan selalu.Lepas ni susah nak lepak dengan kau.Aku lepas ni makin sibuk.Kau faham-fahamlah.Aku kan tak lama lagi nak kahwin dah. ” ucap Alif.

” Aku faham.Kau ni macam tak jumpa aku terus je.Lepas kahwin pun boleh je ajak Fifi makan sekali dengan aku kan?Tak ada masalah Alif. ” ucap Fajria.

Alif mengangguk.Fajria melihat jam di tangannya.

“ Weh aku dah lambat ni.Nanti bos aku bising.Aku balik dulu tau.Bye!Thanks you belanja aku.Lepas ni bolehlah belanja aku lagi. ” kata Fajria mengusik Alif.

“ Boleh je.Aku belanja kau bayar. ” ucap Alif.

Fajria tertawa.

“ Okaylah.Aku balik dulu.Bye.. ” Fajria melambaikan tangannya kepada Alif.

Alif pun melambaikan tangannya.Alif menuju keretanya.Ketika itu ada sepasang mata sedang memerhati mereka.

******************

Di dalam perjalanan Alif mendapat panggilan dari Fifi.

“ Hello sayang.Buat apa tu? ” ucap Alif.

“ You kat mana?Makan jom?I laparlah. ” ucap Fifi.

“ Alamak sayang.I dah makanlah tadi.Sorry.Kita makan esok nak? ” ucap Alif memujuk Fifi.

“ You makan dengan siapa?Kat mana? ” bertalu-talu soalan diberikan oleh Fifi.

“ I makan dengan kawan I je. ” balas Alif.

“ Kawan?Kawan yang mana satu? ” kata Fifi.

“ Yazir.I makan dengan dia tadi. ” ucap Alif.

“ Oh.Okay! ” Fifi mematikan telefonnya.

“ Hello sayang!Sayang! ” Alif menarik nafasnya.

“ Kalau aku cakap,aku makan dengan Ya.Dia mesti jealous.Dia tak suka Ya.Dia anggap Ya tu suka aku dan nak rampas aku dari dia. ” bisik Alif sendiri.

Alif mengeluh berat.

“Yazir?Kau makan dengan Yazir?Kau jangan tipu aku Alif.Kau makan dengan Fajria tadi.Kau tunggu.Kai kena dengan aku nanti. ” ucap Fifi.

Alif sudah sampai ke tempat kerjanya.Dia melihat kereta milik Fifi berada di situ.Alif berasa hairan.Dia berlagak biasa.

Alif masuk ke tempat duduknya.Dia melihat Fifi berada di situ.

“ Makan dengan Yazir ke?Mana Yazir? ” soal Fifi.

Alif terdiam.

“ You cakap dengan I yang you makan dengan Yazir.But Yazir ada kat sini. ” ucap Fifi.

Yazir memandang Alif dan Fifi.

Takkan nak bergaduh kat sini pula.Bisik Yazir.

“ Yazir betul ke you keluar makan dengan Alif? ” soal Fifi.

Yazir menjadi serba salah.

“ Aku tak ikut Alif pun.Aku ada je kat sini. ” jawab Yazir dengan jujur.Fifi mengangkat keningnya.

” Kali Yazir cakap dia ada kat sini?Siapa pula yang you jumpa bernama Yazir? ” soal Fifi kepada Alif.

Alif terdiam.

“ Jawab Alif.I nak you jujur.Kalau tak I pecahkan pc ni. ” ucap Fifi.

Alif menarik nafasnya.

“ Okay I jujur.I jumpa Ya.I ajak dia makan dengan I.Sebab lepas ni kita dah kawin.So I tak boleh nak jumpa lepak dengan dia dah.I ajak dia makan lunch dekat kedai biasa kitaorang lepak. ” ucap Alif dengan jujur.

Fifi tersenyum.

“ Kenapa you tipu I?You cakap you keluar dengan Yazir!But you keluar dengan Fajria. ” soal Fifi lagi.

” I taknak you jealous Fifi.I tahu you cemburu buta.Kalau you tahu I keluar dengan Ya. ” ucap Alif.

“ Of course lah I jealous.You tunang I Alif.Bakal suami I.Memang patut I jealous. ” ucap Fifi.

“ But you cemburu buta.You anggap Ya tu nak rampas I dari you.Sedangkan Ya tu anggap I sebagai kawan je.I bestfriend dia. ” ucap Alif.

Fifi tertawa.

“ Bestfriend?You dan Fajria bestfriend?You nak tahu tak Alif.Lelaki dan perempuan tak boleh berkawan tahu!Sebab salah seorang dari mereka akan timbul rasa suka dan sayang.You tak pelik ke you boleh berkawan dengan dia sampai sekarang?Because she loves you.You tak nampak ke Alif.I ni buat macam-macam sebab tak nak dia ada perasaan pada you!That's why I jealous apabila you keluar dengan dia. ” ucap Fifi.

“ Fifi I rasa tu perasaan you.Ya tak ada perasaan pada I.Dia masih sama macam dulu.Kalau betul dia suka I kenapa dia tak cakap kat I yang dia suka I? ” kata Alif pula.

“ Sebab you tu tak lama lagi jadi bakal suami I.Sebab itu dia tak cakap.I perempuan Alif.I know pandangan dia pada you.You je tak nampak.And dia pun tak berani sebab dia tahu dia ada batas dengan you.Sebab itu I halang you dari jumpa dia.You faham tak? ” jerit Fifi.Fifi terus berlalu pergi.

Alif terdiam.Dia menutup matanya lalu menarik nafasnya.Rakan-rakannya hanyabsaling berpandangan.

“ Kau orang abaikan je. ”

Alif terus mengambil barang-barangnya kelaut dari situ.

Malam guys.Sis Bru update utk Be Mine Yaya.so jgn lupa baca n komen

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience