Bab 1 (kenangan)

True Story Series 5355

Fajria sedang membaca buku.Alif terlihat Fajria.Dia terus menghampirinya.

“ Ya,ni Alif nak bagi sesuatu ni. ” ucap Alif.

Fajria terus memusingkan badannya.

“ Apa dia Alif? ” soal Fajria.

“ Ambil ni.Ya simpan tau! ” Alif memberi sekeping gambar kepada Fajria.

“ Gambar? ” soal Fajria.

Alif mengangguk kepalanya.

“ Gambar ni tanda persahabatan kita tau. ” ucap Alif lalu dia tersenyum.

“ Persahabatan? ” Fajria merenung gambar itu.

Gambar ketika Alif dan Fajria sewaktu kecil berada di tangan Fajria.

“ Alif tak ada kawan perempuan yang Alif rapat macam Ya.Ya je yang Alif ada.Kita kawan sampai bila-bila tau.Ya kena janji dengan Alif. ” ucap Alif.

Fajria tersenyum.

“ Ya janji.Tapi kalau Alif yang mungkir janji,Ya tak nak kawan dengan Alif. ” ucap Fajria.

“ Okay Alif janji.Alif takkan mungkir janji dengan Ya. ” ucap Alif lalu mengangkat tangannya sebelah.

“ Betul? ” soal Fajria.

Alif mengangguk.

“ Janji tau? ” ucap Fajria.

” Alif janji. ” kata Alif.

Fajria tersenyum.

“ Ya,Alif nak keluar kejap.Ya tunggu Alif tau. ” ujar Alif lagi.

Fajria mengangguk kepalanya.Kemudian Fajria merenung gambar di tangannya itu.Dia tersenyum.

“ Tak sangka Alif cepat je masa berlalu.Sedar-sedar kita dah dewasa. ” bisik Fajria sendiri.

Terdengar pintu di ketuk.

“ Ya,kau buat apa tu?Tadi aku dengar kau bercakap.Dengan siapa? ” soal Arina.

Fajria tersedar dari lamunannya.Dia terus memandang Arina.

“ Tak ada apa-apa.. ” ucap Fajria.

“ Ya,aku ada satu cerita nak gosip dengan kau. ” ucap Arina.

“ Apa dia?Kau jangan kata kau nak ajak aku membawang pasal anak Pakcik Yusri tu.Yang kahwin dengan Zaim budak kelas kita dulu.Betul kan? ” ucap Fajria.

“ Macam mana kau tahu? ” Arina tertawa kecil.

“ Aku tahulah.Zaim tu kan crush kau masa zaman sekolah dulu.Kau ingat aku dah lupa ke? ” ujar Fajria.

“ Tu salah satu yang aku nak gosip.Tapi ada lagi satu cerita aku nak gosip.Tapi aku rasa kau dah tahu dulu.Betul tak? ” ucap Arina.

“ Apa dia? Pasal siapa? ” kata Fajria.

“ Serius lah kau tak tahu Ya? ” soal Arina.

Fajria menggelengkan kepalanya.

“ Alif budak kelas kita yang rapat dengan kau tu dah nak kahwin.Kau tak tahu ke? ” ucap Arina.

Fajria terdiam.

“ Tak silap aku dia kahwin dengan Fifi.Kawan masa dia study kat Australia dulu.Aku dengar cerita lagi diaorang dah bercinta lama.Tak sangka dia dah nak kahwin.Tapi dia tak beritahu kau ke yang dia nak kahwin? ” ujar Arina.

“ Tak ada pun.Dia sibuk kot. ” ucap Fajria.

“ Takkanlah sibuk sangat sampai tak beritahu kau.Kau kan bff dia.Takkan tak beritahu! ” ujar Arina lagi.

“ Maybe dia nak uruskan majlis dia.Nanti ada lah tu dia beritahu aku. ” ucap Fajria menyedapkan hatinya.

“ Tapi kan aku ada dengar Fifi tu keluarga dia kaya.Sepadan lah dengan Alif.Alif tu pun anak orang kaya.Kalau dengan kita ni macam pinang dibelah sepuluh. " ucap Arina.

“ Kau ni.Ada-ada je.Pinang di belah sepuluh lah. ” kata Fajria.

“ Betullah.Kita ni orang biasa.Manalah padan dengan si Alif tu.Lagi-lagi kau.Kau kan dah kenal lama Alif tu.Takkan kau tak ada perasaan pada dia?Kau nak tahu tak?Perempuan dengan lelaki tak boleh berkawan.Sebab nanti salah seorang dari mereka akan timbul rasa cinta.Tapi aku tengok kau steady je.Kau ni betullah hati kering.Atau kau tak ada perasaan pada si Alif tu?Muka kau ni memang terserlah muka tak ada perasaan.Maybe lah Alif tu rasa kau sesuai jadi bff dia ” ucap Arina.

“ Kau ni ada-ada je lah.Dah dia je kawan lelaki yang aku ada.Tu yang aku rapat.” kata Fajria.

“ Aku tahu Ya.Saja je usik kau. ” ucap Arina.

“ Kau kan.Aku dah kenal dah kau.Arina,esok teman aku.Aku dah minta kerja tapi orang tu suruh datang interview esok.Teman aku boleh? ” kata Fajria.

” Wow!Kau minta kerja kat mana? ” soal Arina dengan teruja.

“ Kat sini je.Kedai buat kad kahwin.Ada kosong tu aku cuba.Tahu-tahu dapat.Alhamdulillah rezeki aku. ” kata Fajria.

“ Senanglah aku lepas ni.Nak kahwin nanti buat kad kahwin dekat kau je. ” ucap Arina.

“ No problem.Yang penting kau dah ada calon ke Puan Arina? ” usik Fajria.

“ Lambat lagi Ya.Kau dulu baru aku.Aku tunggu jodoh jatuh dari langit.Kalau jatuh esok atau lusa aku kahwin. ” kata Arina.

“ Aku pun sama.Nak macam kau.Tunggu jodoh jatuh dari langit.Agak-agaknya macam mana dia jatuh? ” kata Fajria.

Mereka berdua saling berpandangan lalu tertawa.

****************

Alif menemani Fifi di butik yang berdekatan.Alif memandang Fifi.Fifi mempunyai rupa paras yang menarik.Matanya yang bulat.Pipi yang agak tembam.Fifi merupakan seorang yang lemah lembut.Kerana sikapnya yang sopan telah mencuit hati Alif untuk mengenalinya lebih lagi.

Fifi perasan akan pandangan Alif.

“ Alif?Kenapa pandang saya macam tu?Ada yang pelik ke kat muka saya ni? ” soal Fifi.

Alif menggelengkan kepalanya.Dia tersenyum.

” Awak cantik!Sejuk hati saya tengok awak. ” ucap Alif.

“ Awak janganlah macam ni.Malulah saya orang pandang. ” ucap Fifi memandang sekelilingnya.

“ Apa yang nak malukan?Kita kan bakal jadi suami isteri!So biarlah saya nak pandang bakal isteri saya ni.Tak boleh ke?Kalau tak boleh tak apalah. ” ujar Alif.

“ Boleh.Tapi saya tak selesa lah sekarang.Orang pandang kita.Saya segan. ” kata Fifi.

Alif tersenyum.

“ Ya!Saya faham. ” ucap Alif.

“ Lepas tengok baju kita pergi makan ya?Saya lapar.Tadi tak sempat nak makan. ” ucap Fifi.

Alif mengangguk kepalanya.

“ Boleh!Untuk bakal isteri saya ni semua boleh.Kalau suruh petik bintang kat langit pun saya sanggup tau. ” ucap Alif.

“ Betul awak boleh petikkan bintang untuk saya ? ” kata Fifi.

” Boleh! ” jawab Alif.

“ Kalau macam tu saya nak satu.Awak kena bagi saya tau. ” ucap Fifi.

Alif tertawa.

“ Awak kata nak ambil untuk saya.Esok saya nak tengok bintang tu ada pada awak. ” Fifi memandang wajah Alif.

“ Saya gurau je awak.Mana saya sampai nak ambil bintang kat langit.Tapi... ”

“ Tapi apa awak? ” kata Fifi.

“ Tapi kalau ambil bintang kat hati awak saya sampailah. ” ucap Alif.

Fifi tersenyum malu.

“ Awak ni kan!Sempat lagi bagi punchline. ” kata Fifi.

Alif tersenyum.

“ Awak jomlah pergi cari makanan.Saya dah lapar. ” ucap Fifi lagi.

“ Baiklah.Jom!Kesian dia lapar.Tak makan lagi. ” ujar Alif.

Mereka pun mencari makanan yang ada di sekitar itu.

***********************

Encik Zainal mengalu-alukan kedatangan Encik Zamri serta isterinya iaitu Puan Hazliya masuk ke dalam rumahnya.Puan Suhaimah telah menghidangkan minuman serta makanan di atas meja.

” Amboi,banyaknya makanan.Awak berdua saja yang datang ni. ” ucap Encik Zamri.

“ Bukan selalu kami hidangkan makanan banyak ni.Ada orang jauh datang.Kami masaklah banyak sikit.Buat alas perut. ” ucap Puan Suhaimah.

Encik Zamri dan Puan Hazliya tersenyum.

” Jemput minum dulu.Jangan segan-segan. ” ucap Encik Zainal.

Selesai meneguk air mereka sambung berbual semula.

“ Macam mana yang kita dah bincangkan tu? ” soal Encik Zamri.

” Bincangkan apa tu? ” ucap Encik Zainal.

“ Tentang anak-anak kita.Nak satukan mereka berdua. ” ucap Puan Hazliya pula.

“ Kami terima je kalau Ria jadi menantu kami. ” ucap Encik Zamri.

Puan Suhaimah dan Encik Zainal saling berpandangan.

“ Tentang itu.Saya kena tanya tuan badan dulu.Kalau dia terima Amin.Boleh lah kita berbesan ya? ” ucap Encik Zainal.

“ Boleh saja. " balas Encik Zamri.

Mereka pun tertawa.Fajria hanya mendengar dari biliknya sahaja.Fajria termenung sendiri.Dia menarik nafasnya.

“ Ayah ,Ya tak nak sesiapa.” Fajria berbisik sendiri.

Fajria mengurungkan diri di dalam biliknya.

Assalamualaikum hai korg..author comeback utk my sec novel iaitu Be Mine Yaya plk..so hope korg enjoy dgn sec novel..jgn lupa baca ni komen thankss

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience