Fajria telah pergi ke temuduga.Dia pun telah berjaya mendapat kerja itu.Arina menemani Fajria.Dia melihat Fajria tersenyum bahagia.
“ Amboi,senyum sampai ke telinga.Happylah tu dapat kerja kat situ. ” ucap Arina.
Fajria tersenyum.
“ Of courselah.Dah sebulan tau aku cari kerja.Semua tak dapat.Alhamdulillah rezeki aku kat situ. ” kata Fajria.
” Alhamdulillah.Aku gembira tengok kau gembira.Rezeki kau Ya.Lepas ni susahlah nak ajak orang tu pergi dating.Dia dah busy kerja. ” ucap Arina.
“ Kau perli aku ya Arin? ” kata Fajria.
Arina tertawa kecil.
“ Boleh je aku keluar dating dengan kau.Tapi hari aku cutilah.Hari aku kerja kau datinglah sorang-sorang. ” ujar Fajria.
“ Sampai hati suruh aku dating sorang-sorang.Kau tak kesian ke kat kawan kau yang comel ni? ” ucap Arina lalu membuat muka comelnya.
“ Arin,kau ingat aku tergoda tengok kecomelan muka kau tu! ” ucap Fajria.
“ Sebab aku tahu kau akan tergoda.Sebab itu aku buat. ” ucap Arina sambil tersengih.
“ Kau kan aku dahlah tengah kebulur.Aku tak makan apa-apa dari tadi.Perut aku kosong ni.Kita pergi cari makanan lah. ” ajak Fajria.
“ Tadi aku suruh makan tak nak. ” balas Arina.
“ Tak sempat.Jomlah aku lapar. ” Fajria menarik Arina.
“ Bukan tak sempat.Kau yang excited nak interview.Tu yang sampai nak interview pun rasa kenyang. ” ucap Arina.
“ Ala Arin ni.Macam tak tahu je aku macam mana kan?Jomlah Arin.Aku dah lapar. ” ucap Fajria lagi.
“ Iyalah.Kang kebulur pula dia.Jom aku teman.Aku pun lapar ni tahu. ”
*********************
Alif dan Fifi mencari kedai untuk membuat kad kahwin mereka.Alif melihat sebuah kedai yang berdekatan di situ.Dia dan Fifi terus masuk ke dalam kedai itu.
Seorang wanita berada di situ.Wanita itu bertanya kepada mereka berdua.
“ Selamat datang.Ada yang saya boleh bantu? ” ucap wanita itu lalu dia memandang ke arah pasangan tersebut.
Fajria melihat Alif di hadapannya.Alif terkejut lalu tergamam.
“ Ya,kau kerja sini ke? ” soal Alif tiba-tiba.
Fifi terus memandang Alif.
Fajria mengangguk.
“ Ya,aku kerja sini.Ingat siapa tadi!Kau nak buat kad kahwin ke? ” soal Fajria.
“ Aku nak buat kad kahwin.Lama dah ke kau kerja sini?Tak bagitahu aku pun. ” ujar Alif lagi.
“ Barulah juga aku kerja sini.Dalam dua minggu macam tu. ” jawab Fajria.
Fifi melihat tunangnya itu kelihatan gembira berbual dengan teman baiknya.Timbul rasa cemburu di hatinya.
“ Sayang lupa ke kita nak buat kad kahwin! ” celah Fifi.
Alif tersentak lalu memandang Fajria.
“ Ya,aku dengan Fifi tengah cari design kad kahwin.Kalau boleh nak yang simple-simple je.Lagipun aku pun tengah bajet untuk kad kahwin ni. ” ucap Alif.
“ Ada.Banyak je design.Kau nak yang macam mana?Kejap aku tunjuk. ” Fajria terus mengambil contoh design kad kahwin lalu diberikan kepada Alif.
Fifi dan Alif membelek design-design yang ada di situ.
“ Yang ni cantik.Agak simple.Tak ada serabut sangat. ” ucap Fifi.
Alif memanggil Fajria.
“ Ya,aku nak yang macam ni lah.Simple.Lepas tu tulisan dia ni kau bagi nampak tebal sikit.Itu je.Aku tak nak banyak-banyak sangat ayat nanti nampak serabut. ” ucap Alif.
” Okay.Baik. ”
Selesai sahaja menempah kad kahwin itu.Alif dan Fifi keluar dari kedai itu.Fajria hanya memandang sahaja mereka berdua.Dia pun menyambung semula kerjanya.
*********************
Fajria termenung melihat laptopnya itu.Dia melihat gambar-gambar yang ada di dalam laptopnya.Fajria terdengar ibu dan ayahnya sedang berbual.Dia pun menuju ke dinding biliknya untuk mendengar perbualan mereka.
“ Ya mana? ” soal Encik Zainal.
“ Ada kat dalam bilik dia! " jawab Puan Suhaimah.
Encik Zainal menarik nafas berat.
“ Liya,cuba awak pujuk Ya tu.Suruh dia berkawan dengan Amin anak si Zamri tu.Dia tu satu-satunya anak tunggal kita.Saya bukan apa.Saya teringin nak tengok Ya kahwin.Kalau kita tak ada siapa nak jaga dia?Sebab tu saya beria Liya. ” ucap Encik Zainal.
“ Abang,saya bukan apa.Ya tu dah besar.Bab jodoh ni biarlah dia yang cari sendiri.Kita tak sepatutnya masuk campur hal dia. ” kata Puan Suhaimah.
“ Abang tahu.Kita bukan paksa Ya.Kita kenalkan je dia dengan Amin tu.Amin tu baik budaknya.Saya kenal Amin tu orangnya macam mana.Jenis hormat mak ayah dia.Sopan santun pula tu.Tak salah kita kenalkan mereka.Mana tahu kalau Ya rasa selesa berkawan dengan dia.Ada jodohnya.Kalau tak tak apalah.Nak buat macam mana.Abang tak ada nak memaksa.Abang bagi cadangan je.Takkan Ya sukar Alif pula?Alif kan dah nak kahwin dengan tunang dia tu? ” kata Encik Zainal.
Fajria terduduk di lantai.Dia memejamkan matanya lalu di bukanya kelopak matanya.Fajria teringat ketika Alif datang ke tempat kerjanya.
Dia agak gembira apabila Alif datang ke tempat kerjanya itu.Tetapi apabila dia terlihat tunangnya Alif ada bersama.Senyumnya menjadi tawar.
Fajria menarik nafasnya.Dia bangun lalu keluar dari bilik menuju ke dapur.Ibu ayahnya memandangnya.Fajria yang dari dapur ingin masuk ke biliknya,tetapi dipanggil oleh ayahnya.
“ Ya,sini kejap.Ayah ada benda nak cakap. ” ucap Encik Zainal.
Fajria mengangguk kepalanya.Dia menuju ke ibu ayahnya itu.Fajria berdiri di hadapan mereka.Dia memandang kedua-dua ibu ayahnya.
“ Ya duduk dulu. ” ucap Encik Zainal.
Fajria pun duduk di sofa itu.
Encik Zainal mencuit isterinya itu.Dia ingin menyuruh isterinya yang mengatakan kepada Fajria.
“ Awak cakaplah kat Ya. ” ucap Encik Zainal.
“ Eh!Saya pula yang kena cakap.Abanglah yang cakap.Abang yang beria tadi. ” balas Puan Suhaimah.
“ Awak ni. ”
Encik Zainal menarik nafasnya sebelum berbicara.Fajria berkelakuan seperti tidak mengerti apa yang ingin di sampaikan oleh ayahnya.
“ Ya kenalkan Pakcik Zamri? ” soal Encik Zainal.
“ Kenal.Kawan ayahkan? ” kata Fajria.
“ Pakcik Zamri kawan ayah masa ayah kecil-kecil dulu.Dia tu rapat dengan ayah.Macam ni Pakcik Azman ada anak lelaki.Nama dia Amin.Amin tu baik orangnya.Selalu ikut ayah dia pergi masjid.Ayah tengok pun sejuklah mata memandang.Ya tak ada kawan kan?Kalau Ya berkawan dengan anak Pakcik Azman tu tak ada masalah kan? ” ucap Encik Zainal bersungguh-sungguh.
Sudah diduganya seperti yang dia dengar di dalam biliknya sebentar tadi.
“ Ayah,Ya boleh je kawan dengan anak Pakcik Zamri tu.Tapi kalau nak suruh Ya kahwin dengan dia, Ya minta maaf.Ya tak ada perasaan kat dia.Ya tahu ayah nak tengok Ya bahagia.Ada kehidupan sendiri.Ada keluarga sendiri.Tapi hati Ya tak boleh nak terima.Susah nak terima.Ya lebih suka bersendiri je sekarang. ” ucap Fajria.
Puan Suhaimah memandang suaminya itu.
“ Ayah faham maksud Ya.Tapi ayah nak tanya.Kenapa Ya tak boleh nak terima Amin tu?Sebab Ya tak ada hati pada dia?Ayah tahu perasaan ni tak boleh di paksa.Tapi tak salahkan Ya terima Amin?Atau Ya dah ada orang yang Ya suka? ” ucap Encik Zainal.
Fajria terdiam.
“ Kalau betul ada bawa dia jumpa ayah. ” ucap Encik Zainal lagi.
Fajria terus memandang ayahnya.
“ Dia tak ada kat sini. ” ucap Fajria.
“ Maksud Ya? Ayah kenal ke siapa orangnya? ”
Fajria menundukkan wajahnya.
“ Alif ke? ” soal Encik Zainal.
Fajria terus memandang ayahnya.
Good afternoon guys,author bru as mood nak update Be Mine Yaya.So DH lama xupdate..hari ni author comeback blik utk update..author DH update bab kedua utk korg.jgn lupa baca ni komen ye.. thanks
Share this novel