Tengku Alif Nadheer-seorang yang tampan.Memiliki wajah kacukan Melayu-Arab.Bersahabat dengan Nida Fajria sejak zaman sekolah menengah lagi.Rupa parasnya yang menarik telah menmbuatkan dia menjadi kegilaan para gadis.Alif telah pun mempunyai kekasih hati dan bakal berkahwin tidak lama lagi. Nida Fajria- seorang gadis kampung.Memiliki wajah yang menawan.Wajahnya yang manis mampu menggugat sesiapa yang memandangnya.Nida Fajria telah memendam perasaan kepada Alif Nadheer sejak dari bangku sekolah lagi.Gadis ini seorang yang ceria dan tidak kenal apa itu masalah.Hingga suatu hari Alif memberikan kad undangan perkahwinan kepadanya. Fifi Zurina- merupakan bakal isteri kepada Tengku Alif Nadheer.Mereka sudah lama bercinta dan bakal menjadi pasangan suami isteri seperti kisah novel cinta.Tanpa di sangka ada sesuatu yang terjadi di dalam hubungan rumah tangga mereka sehingga terjadinya penceraian. Muhammad Al Amin- bakal disatukan dengan Nida Fajria.Jodoh mereka disatukan oleh keluarga mereka sendiri.Ibu bapa mereka telah pun merestui hubungan antara mereka berdua.Tetapi saat yang mereka telah nantikan, lelaki ini telah kembali menghadap penciptanya di hari yang bahagia itu. Gadis yang ceria ini telah menerima dugaan yang tidak mampu di terima oleh akal fikirannya.Kuatkah Nida Fajria untuk menempuh dugaan yang bakal mendatang lagi dalam hidupnya? “Awak saya sayangkan awak lebih dari nyawa saya.Saya sanggup hilang nyawa saya dari hilang awak.” - Muhammad Al- Amin. “Aku suka kan kau Alif.Tapi aku tahu kau dah nak berkahwin.Aku harap kita masih lagi berkawan macam dulu.” - Nida Fajria. “Ria,aku dapat tahu Alif dah bercerai.Kau kat mana?Kau ada kat sini ke?” - Arina Safya. “Ria,please bagi saya peluang untuk cinta kan awak.Sekali je.” - Alif Nadheer. “Sanggup kau ceraikan aku kerana perempuan kampung tu?Aku takkan lepaskan kau Alif.” - Fifi Zurina. “Mencintai seseorang hanya sebagai igauan mimpi tapi bukan untuk dimiliki.Cinta hanya hadir dari sebuah hati yang tulus dan ikhlas.Ia pergi apabila sudah tidak di perlukan lagi.Cinta terhadapnya akan pudar jika tidak di ingati semula kenangan yang sudah lama di buang.Kini menjadikan dirinya lebih kuat dan lebih matang.” Warkah hati dari seorang insan bernama cinta. ??Versi islamik/sopan ??Ada kekejaman(pembunuhan)
Update 06 December 2024
2023-07-30 1 Replies
best.... teruskan update