Selepas urusan keluar dari hospital diuruskan oleh Adam, mereka bergerak balik ke rumah…selama 1 minggu Lily ditahan di wad, Adam tak pernah sekali pun datang melawat Lily. Dia datang hari ni adalah kerana Lily yang telefon untuk bawa dia balik kerumah. “kau memang suka menyusahkan aku kan??? Kau tahu tak aku banyak lagi kerja dari nak hadap muka kau ni…orang lain pun mengandung juga, tapi tak macam kau, lembek…!!!” bentak Adam pada Lily bila Lily siap-siap masuk ke dalam keretanya. “Lily minta maaf sebab menyusahkan abang, tapi Lily terpaksa sebab Lily tak cukup duit untuk tambang teksi balik rumah…” ...